Followers

Thursday, November 18, 2010

AndaSuka...Pamela Anderson belakon cerita melayu...

Pamela bakal bintangi filem Dr. Rozmey



KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan. Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson. Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.

"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan saya memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti. "Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an. Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau.

sumber: kosmo!

p/s: tunggu nak lihat je lah...sape dah tonton 2 alam arini???tolong review skettt....

No comments:

Entry terkini...

LinkWithin