Followers

Wednesday, November 3, 2010

AndaSuka...tolong la kekalkan harga minyak

Harga RON 95 kekal tahun ini

 
PENGGUNA diberi jaminan harga RON 95 tidak akan naik tahun ini kerana ia dikawal menerusi subsidi. - Gambar hiasan 

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.

Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam. "Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran," kata beliau ketika dihubungi semalam.Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.

Sumber: Kosmo!

P/s: dalam kenyataan tu..harga minyak kekal tahun ini...kalau dicongak-congak..tahun ni tinggal 2 bulan je lagi..lepas tu masuk tahun 2011 dah..ni macam Hint nk cakap taun depan harga minyak nk naek lagi je...adoyai...jgn la cenggitu...

No comments:

Entry terkini...

LinkWithin