Followers

Thursday, November 4, 2010

AndaSuka...Katak seberat bayi baru lahir...

Katak Afrika makan tikus tanah

 GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan seekor katak Afrika memakan seekor tikus.

 LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya.Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam. 

Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya, Pyxicephalus adspersus itu. "Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus malang ini," kata Dan yang berusia 30 tahun.

Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam. Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain. Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu. Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya. Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik. 

Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon. - Agensi 

Sumber: Kosmo!

 takkan la besa ni berudu bullfrog ni

bullfrog ni adelah katak obes...hahaha..

teringat katak dalam anime Naruto

5 comments:

Zulkifli Bin Sa'don said...

besar giler... mane2 awek cube kiss katak ni... mana tau tukar jadi prince padel... hahah..

gurau je del... del.. tak prasan pun entry ni kat GPK... Tak post kat sane ke?

Khumaera Ismail said...

oerghh...kaw-kaw obesiti katak tu...besar gile~!!!tgk pun geli..eeuuw..

paDel said...

@Zulkifli Bin Sa'don

haha...kalau pompuan tu tuka jadi katak amcam???dah dapat 2 eko katak obes..haha
sorry..lambat la aku post..siapkan banner tadi

@Khumaera Ismail
die makan tanpa henti...camtu la jadinye

-NiD's- said...

uyooooooooo KATAK negara dia..mak aii besaq.....geliiiiii woOOO

paDel said...

@-NiD's
ade lagi beso tau...katak dinoso...hahaha

Entry terkini...

LinkWithin