Followers

Tuesday, December 28, 2010

AndaSuka...Sweet...so sweet...



anak salah seorang staff FST yg sempat aku snap malam tadi...cross effect dan sket editing..comeynye die...

AndaSuka...Amigdala korang berfungsi tak??

Individu gemar bersosial miliki saraf otak besar

NEW YORK - Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang gemar bersosial dan memiliki ramai kenalan memiliki kelompok saraf yang besar dikenali sebagai amigdala, lapor sebuah akhbar semalam.
Amigdala merupakan kelompok saraf berbentuk seperti kacang di dalam otak manusia. Kajian itu melibatkan imbasan ke atas 58 otak sukarelawan.

Dalam kajian itu, kumpulan yang menemui lebih ramai anggota keluarga dan rakan-rakan memiliki amigdala yang lebih besar berbanding mereka yang kurang bersosial.Seorang penulis kajian berkenaan, Lisa Feldman Barrett dari Universiti Northeastern menyatakan, penemuan tersebut tidak memeranjatkan kerana amigdala berfungsi untuk membantu manusia mengenali sama ada seseorang itu merupakan rakan, orang asing atau musuh."Amigdala merupakan pusat kepada jaringan otak yang penting untuk aktiviti sosial," katanya. Menurutnya, setiap orang mempunya satu amigdala yang sebahagiannya berada di sebelah kiri dan sebahagian lagi di kanan.

Kajian amigdala menjadi tumpuan pada awal bulan ini apabila beberapa penyelidik melaporkan mengenai seorang wanita yang memiliki amigdala yang tidak berfungsi.Wanita berkenaan didapati tidak berasa takut dengan haiwan berbisa dan situasi yang mengancam dirinya. Seorang pakar otak, Arthur Toga dari Universiti California, Los Angeles menganggap kajian itu dilakukan dengan sempurna manakala keputusan yang dihasilkan adalah kukuh.Menurutnya, idea untuk mengaitkan struktur otak dengan kelakuan manusia merupakan sesuatu yang menarik dan penting. - Agensi 

sumber: kosmo!

p/s: kalau korang takot dengan lalat sekalipon...jgn risau...itu menandakan amigdala korang beso/berfungsi..tapi kalau korang tak takot nk terjun dari bangunan tingkat 20..tu namenye otak korang da kong..ahahahhaha

sape takot lalat jgn tengok!

AndaSuka...Saman berat tak turun...

Berat tak turun, dapat balik RM4,060

PUTRAJAYA - "Pertahankan hak anda kerana tidak mudah untuk 'membuat' wang walaupun seringgit."
Demikian kata Sarijah Saman yang berjaya mendapatkan semula kos rawatan berjumlah RM4,060 daripada satu syarikat pelangsingan badan yang menjanjikan penurunan berat badan di antara 10 kilogram hingga 15 kilogram dalam tempoh empat bulan dengan 84 sesi rawatan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam.

"Saya hanya ingin turunkan berat badan sekitar 10 kilogram dan mengempiskan perut serta mengecilkan lengan, namun itu tidak dapat dipenuhi oleh rawatan yang disediakan syarikat itu," katanya yang bertugas sebagai pembantu undang-undang.Menurut Sarijah, dia mengikuti jadual rawatan tanpa gagal di bawah seliaan seorang terapi namun hasilnya setelah melakukan kira-kira 80 sesi rawatan, berat badannya tidak berubah malah meningkat lagi sekitar 100 gram kepada 71.6 kilogram.

sumber: kosmo!

p/s: wah...macam besh ni...terbela gak nasib lepas habis ribu2 tapi tak kurus2...haha...nanti nak try la..kalau tak kurus gak..see u in court..hoho...

kambing panggang malam tadi...syiokk woo

Monday, December 27, 2010

AndaSuka...Dinner Staff FST

dengan hidung tersumbat....tekak yg tak bape besh...batok yg memenatkan...gagahkan jugak untuk menjamu selera di dinner staff FST...eh aku staff ke??bekas staff la kot..sebab penah jadi research assistant..adui...hilang nikmat nk minum ais...takpe la..saba je...masa untuk berpantang...tapi kambeng malam ni aku tak pantang...ahahahhaha...kasi tinggal rangka je...

mekasih kepada pared kerana menaja aku untuk dinner malam ni...

AndaSuka...MALAYSIA MENANG BUKAN KERANA LASER!!!!

Indonesia Kalah Bukan karena Laser

Pemain timnas Malaysia, Safiq Bin Rahim, mengangkat kedua tangannya ke arah penonton di samping pemain timnas Indonesia, Arif Suyono, yang berjalan lemah usai pertandingan dalam laga pertama babak final Piala Suzuki AFF 2010 di Stadion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia, Minggu (26/12/2010). Indonesia kalah 0-3


KUALA LUMPUR, KOMPAS.com Teror sinar laser bukanlah penyebab  kekalahan Indonesia dari Malaysia pada leg pertama final Piala AFF. Tim "Merah Putih" kalah karena kesalahan individu seorang pemain.
Demikian ditegaskan pelatih timnas Indonesia, Alfred Riedl, seusai pertandingan yang berakhir dengan skor telak tiga gol tanpa balas di Stadion Bukit Jalil, Minggu (26/12/2010).Tuan rumah Malaysia membuka kemenangan melalui gol yang dicetak oleh Mohd Safee pada menit ke-61. Gol kedua dilesakkan oleh Mohd Ashari bin Samsudin pada menit ke-68, dan gol ketiga kembali dibuat oleh Safee pada menit ke-73.

Sebelum terjadinya gol pertama, pertandingan sempat dihentikan menyusul protes dari kiper Indonesia, Markus Horison. Menurut Riedl, Markus dan sejumlah pemain terganggu oleh sinar laser yang menyorot wajah mereka.

"Setelah permainan dihentikan dan dimulai lagi, kami juga bermain bagus. Namun, setelah gol pertama, keadaan berbalik melawan kami. Malaysia semakin percaya diri dan pertahanan kami kacau," ujarnya.
"Ini bukan soal laser, melainkan kesalahan individual dari satu pemain. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain setelah gol pertama, tetapi itu titik baliknya. Saya akan mendiskusikan itu dengan pemain besok," tambahnya.

SUMBER: Kompas

p/s: harini aku quote dari akhbar indonesia plak....saje je bace akhbar dari seberang...tahniah kepada malaysia malam tadi sebab menang 3-0 keatas indonesia...dan indonesia plak...masih belom terlambat...29 ni masih boleh usaha untuk menjadi juara..permainan bola cuma di padang je...bukan di blog/fb dan jugak rusuhan...

AndaSuka...Ke Jepun la kita...

"isk...banyak plak baju aku bawak dalam beg tarik2 ni..tuka la...kuarkan sket...watpe nk banyak2."
dengan perasaan teruja...aku kemas beg baju aku...dh dekat 2 taun tak guna beg baju ni...last guna mase awal masuk U dlu je...pastu...aku bawak sekali 1 beg sandang...aku pon lupe ape ade dalam beg tu...

Aih....mak aku pon tengah kemas baju??mak aku ikot gak ke??tak kesah la...isk...kol bape flight ni..okes...dah siap...jom gi jepun..ek...nape aku gi jepun ni????rasenye macam aku nk gi kejar sumone...kawan lame...aku pon tatau nape???

aku dh berada pon kt jepun...waaaa....seronotnye...cuaca cam sejok2 je haa....kedai rapat2 je....ramai yg jalan kaki...sekali tejumpe kawan aku yg same2 gi jepun sekali ngn aku...jari name die...bile mase lak die gi jepun aku pon tatau la....aku pon follow die...sebab die cakap,nk tunjukkan motel untuk kitorang sewa nanti...

tapi...kitorang singgah kt 1 kedai runcit...yg peliknye...sume jajan/cikedis yg ade kt malaysia ni ade kt jepun...yg aku ingat double Decker,Rota, Ring...haha...bungkusan sama...cume tulisan jepun je...pastu aku cube carik jam..nk tengok masa kt jepun untuk dibandingkan dengan jam tangan aku..aik...jam kt kedai tu macam jam umah aku plak..warne kuning..sebijik sama...die tunjuk kol 11.10 pagi...jam aku plak....aku tak ingat kol bape..
kemudian...aku terkejut..kt kedai tu ade jual roti gardenia beb...bungkusan sebijik same laa...tapi saiz die kecik sket..maksudnye..roti dalam bungkusan tu lagi sket la...aku sambar sekali 1 bekas kaya....pastu aku bayar...alamak..lupe lak...tak tuka duit lagi..aku pon tanye kt cashier tu leh tak baya guna RM...merapu gak la aku speaking...casher tu cakap buleh...pastu die nasihat...hati-hati kalau nk wat money changer,nanti kene tipu..siap leh cakap melayu slang cine plak...pelik...

Yang kawan aku ni dah kua dari kedai...tak tunggu pon...bile aku kua...aku pon jalan la ke hujung bangunan sampai jumpe 1 kedai corner lot...tibe2 "oi padel...meh sini...makan dulu" lah..kawan aku dok tengah makan rupenye...aku datang dekat...tengok die ngah makan nasik putih lauk ikan kari...aku pon pandang kt kedai tu.......aiyoooooooo..apa sudah jadi???????????

"tennnetttt...tetetetennnetttt....tetetettetetetennnneettt...."
dah bunyik alarm henphon ni....adoyai....ape jadah lak aku mimpi gi jepun ni...aduiiiii....sampai skang menjadi tanda tanya....

Sunday, December 26, 2010

AndaSuka...back to the future

Pertandingan melucukan di Internet




LONDON - Satu pertandingan menghasilkan semula gambar semasa zaman kanak-kanak mencetuskan sensasi di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang penulis blog, Ze Frank meminta para pembaca blognya supaya menghasilkan semula gambar zaman kanak-kanak mereka.
Hasilnya, dia menerima beratus-ratus gambar melucukan yang disiarkan di laman webnya, www.zefrank.com.
Antara gambar yang popular termasuk seorang lelaki yang 'menghidupkan' semula saat-saat dia tidur meniarap di riba ibunya. - Agensi

sumber: kosmo!

p/s: haha...kreatif betol pemilik blog tu...

AndaSuka...GRO versi Santa

GRO ala Santa Claus ditahan

BEBERAPA orang GRO yang berpakaian ala Santa Claus yang ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan dibawa keluar dari sebuah pusat hiburan di Tanjung Tokong semalam.


GEORGE TOWN - Pelanggan yang meraikan sambutan Krismas di sebuah pusat karaoke di Tanjung Tokong di sini menerima 'hadiah istimewa' apabila dilayan oleh puluhan gadis pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berpakaian ala Santa Claus malam kelmarin.Dengan memakai topi bulu bersama blaus merah paras paha, setiap gadis tersebut boleh ditempah oleh pelanggan dengan bayaran RM130 bagi sesi karaoke serta tambahan RM50 jika mahu mereka menanggalkan baju.

Jika inginkan layanan lebih hangat termasuk dibawa ke ranjang, pelanggan dikenakan bayaran dari RM230 hingga RM400 untuk satu malam.Bagaimanapun keseronokan yang ditawarkan gadis-gadis tersebut tidak sempat dinikmati oleh pelanggan terbabit apabila pusat karaoke itu diserbu sekumpulan pegawai Jabatan Imigresen Putrajaya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.

Sumber: Kosmo!

p/s: Oh! GRO....

Saturday, December 25, 2010

AndaSuka...Misi tempuhi alam pekerjaan

Rasa macam baru semalam je tahun 2010 bermula...rupe-rupenye...tinggal lagi 6 hari sebelom kite menyambut tahun baru 2011...dan...tamatnya zaman nak berpoya-poya bagi aku...tahun 2011 datang dengan cabaran yg baru...umor bertambah lagi setaun...dah pertengahan 20an rupenye...kawan2 yg lain ade yg dah beristeri...tak kurang gak yg dah dukung anak...aku???haha...baru nak bertapak mencari haluan nampaknye...

Dengan projek master yg hampir-hampir nk siap tapi tak siap2 gak...skang kene pikir camne nk sara diri..kalau seblom ni ade scholar..skang kene la kije...isk...aku amek keputusan nk kije je la trus...master siapkan part time je..takakn da besa panjang nk harapkan mak aku tanggung...Harapan aku...semoga aku dapat kerja dengan segera dan jugak sesuai dengan naluri aku ni..haa...sape2 ade kerja kosong...bleh la rekemen kt aku...uhuhuhu...

Friday, December 24, 2010

AndaSuka...sepatutnya menang 2.49 juta!!

Kontroversi jawapan kuiz bernilai RM2.49 juta


GABE OKOYE (kiri) dan Brittany Mayi memikirkan jawapan dalam kuiz Million Dollar Drop terbitan stesen televisyen Fox di Amerika Syarikat pada Isnin lalu.


LOS ANGELES - Satu pasangan muda di Amerika Syarikat (AS) kalah dalam kuiz Million Dollar Drop sekali gus terlepas untuk memperoleh AS$800,000 (RM2.49 juta) selepas mereka memberikan jawapan yang betul tetapi dianggap salah oleh pihak penganjur, lapor sebuah akhbar semalam. 

Dalam kuiz yang disiarkan pada Isnin lalu, Gabe Okoye dan pasangannya, Brittany Mayi memberikan jawatan buku nota Post-It Notes bagi menjawab soalan barangan yang manakah dijual lebih awal di kedai sama ada komputer Macintosh, pemain muzik Sony Walkman atau Post-It Notes. Mereka kecewa selepas mendapati jawapan Post-It-Notes yang diberikan pasangan tersebut didapati salah dalam kuiz terbitan stesen televisyen Fox itu.

Namun, kontroversi mengenai jawapan itu tercetus apabila pengguna-pengguna forum di Internet mendakwa, pasangan tersebut menjawab dengan tepat dan wang tersebut sepatutnya menjadi milik mereka. "Sebenarnya, Post-It Notes tidak memasuki pasaran AS sehingga 1980, tetapi ia dijual di empat buah bandar raya untuk menguji pasaran bermula pada 1977," kata seorang penulis blog, Richard Lawson."Justeru, ia mengatasi Sony Walkman yang mula dijual pada 1979," tambahnya.Menurut Lawson, soalan yang ditanya itu adalah sama ada ia dijual di kedai dan bukannya dijual di seluruh AS.

Penerbit eksekutif kuiz itu, Jeff Apploff dalam satu kenyataan mempertahankan jawapan yang diberikan pasangan itu tidak betul. Menurutnya, sampel buku nota Post-It Notes itu diberikan secara percuma pada 1977 dan 1978 dan ia hanya dijual di kedai pada 1980. - Agensi

sumber: kosmo!

AndaSuka...Pelacur asing bermaharajalela

Pelacur asing cabar polis


KELIHATAN beberapa pelacur bersidai di kaki lima bangunan Wisma Indah, Cheras untuk mencari pelanggan semalam.


KUALA LUMPUR – Masih tidak serik! Walaupun telah banyak kali diserbu, pelacur yang bersidai di kaki lima di bangunan empat tingkat di Wisma Indah Jalan Pudu di sini bukannya berkurang tetapi bertambah rancak.Mereka yang beraksi manja dan berpakaian seksi terus menjalankan tugas menggoda pelanggan berhidung belang tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Tinjauan Kosmo! mendapati, beberapa pelacur tempatan, China dan Filipina terus mendominasi kawasan berkenaan sejak empat bulan lalu sejak awal pagi. Wartawan yang berpura-pura mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank kemudian terus didekati seorang pelacur yang menawarkan khidmat urutan badan.

sumber: kosmo!

p/s: Syarat kemasukan warga asing perlu diperketatkan...kebanyakkan pelancong wanita dari China dan Filiphin ni datang untuk melacur je ha...

Thursday, December 23, 2010

AndaSuka...kahwin budak 11 tahun tak sah

Nikahi budak 11 tahun tidak sah

Siti Sarnan (depan) bersama anak dan suaminya, Hussin meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memutuskan perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun yang popular dengan panggilan 'Sudin Ajaib' pada 19 Februari lalu adalah tidak sah.

Hakim Abdullah Man berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati, tidak ada asas membatalkan perkahwinan antara kanak-kanak terbabit dengan lelaki berkenaan kerana hubungan mereka berlangsung tanpa apa-apa dokumen yang sah mahupun sijil nikah.Keputusan tersebut disambut dengan linangan air mata oleh ibu kanak-kanak itu, Siti Sarnan Mat Ail, 42, plaintif yang memfailkan tuntutan membatalkan perkahwinan tersebut.

Siti Sarnan dalam samannya memfailkan suaminya, Hussin Salleh, 54, sebagai defendan pertama manakala lelaki yang dikatakan bernikah dengan anaknya, Shamsudin Che Deraman atau 'Sudin Ajaib' sebagai defendan kedua.Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata, pernikahan antara kanak-kanak itu dengan defendan kedua hanya dakwaan pihak plaintif semata-mata kerana ikatan itu tidak disokong dengan dokumen yang lengkap untuk menjelaskan wujudnya pernikahan itu.

sumber: Kosmo!

p/s: macam-macam hal...

AndaSuka...hanphone selamat ke?

Telefon selular tak sebabkan risiko barah otak


TIADA bukti menunjukkan penggunaan telefon selular menyebabkan barah otak. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.


"Frekuensi elektromagnet telefon selular ini adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion atau non ionized radiation iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di badan kita," katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab satu soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad.

sumber: kosmo!

p/s: kalau henphone digunakan untuk hentak kepala kawan atau dilempar dengan deras ke muka girlpren...akan mendatangkan perubahan kepada sel tubuh badan mangsa juga...iaitu bengkak...ahahahhaa

AndaSuka...Al-Quran berdakwatkan darah Saddam

Kitab al-Quran ditulis guna 24 liter darah Saddam Hussein



MUKA surat al-Quran yang ditulis dengan darah Saddam Hussein

BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar), lapor sebuah akhbar semalam. Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud. Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.- Agensi

Sumber: Kosmo!

p/s: adusss...camne nk buat eh...


AndaSuka...Penghina Sultan di tangkap

Pakar IT hina sultan ditahan


TIGA pegawai polis memeriksa barang-barang yang dirampas pada sidang akhbar

di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR – Selepas lima bulan pasukan khas polis memburu dalang yang mewujud dan mengendalikan akaun laman sosial Facebook dengan menyiarkan pelbagai komen menghina institusi diraja Johor, suspek yang licik itu akhirnya ditahan di Sentul di sini baru-baru ini.Lelaki berusia 40 tahun itu dicekup di sebuah rumah sewa di Bandar Baru Sentul pada pagi 29 November lalu.

Suspek yang menggunakan alamat e-mel, pendekar.bentan@gmail.com untuk akaun laman sosial itu telah memaparkan status dan komen-komen yang mempunyai unsur-unsur menghina institusi diraja Johor.
Turut dirampas dalam serbuan itu adalah lima telefon bimbit, gajet pembantu peribadi digital (PDA) pelbagai jenis, empat komputer riba dan perkakas komputer yang digunakan oleh suspek untuk menjalankan aktivitinya.

AndaSuka...malaysia masih ramai lelaki...

Penduduk Malaysia kini berjumlah 27.6 juta orang


NOR MOHAMED (tengah) menunjukkan buku laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 sambil disaksikan Wan Ramlah (kanan) dan Ismail di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Katanya, penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang. "Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof dan Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/Demografi), Ismail Yusoff.

sumber: kosmo!

p/s: owh...masih ramai lelaki dari perempuan....harap semua maklumat bancian tu betol la...

AndaSuka...Fail sulit UFO

Tentera New Zealand dedah fail UFO


LAKARAN sebuah objek terbang yang tidak dikenali yang pernah dilihat oleh saksi di New Zealand.
 
 
 WELLINGTON - Tentera Udara New Zealand semalam mendedahkan lebih 2,000 muka surat laporan sulit mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilihat sepanjang setengah abad lalu di negara berkenaan. Laporan-laporan media tempatan menyatakan fail tersebut yang merekodkan dakwaan penemuan UFO dari tahun 1952 hingga 2009 tidak menunjukkan sebarang bukti tentang lawatan makhluk asing ke negara itu.

Ia juga tidak memberi sebarang petunjuk mengenai beberapa cahaya misteri yang dilihat oleh kru dan para penumpang sebuah penerbangan komersial di perairan timur Pulau Selatan New Zealand pada Disember 1978. Insiden tersebut merupakan penemuan UFO paling terkenal di negara itu. Cahaya-cahaya itu dirakamkan oleh seorang kru televisyen New Zealand di dalam pesawat berkenaan. Pada waktu yang sama, beberapa pengawal trafik udara mendakwa melihat beberapa objek misteri pada radar mereka.

Ketika itu, tiada laporan mengenai kehadiran pesawat lain di lokasi tersebut. "Kejadian itu tidak dapat diterangkan sehingga sekarang," kata seorang penyelidik UFO sejak 35 tahun lalu, Suzanne Hansen.

Fail itu turut mengandungi lakaran-lakaran saksi yang pernah melihat UFO. - Agensi
 
sumber: kosmo!

p/s: stakat lukih UFO...aku pon boleh....



 

Wednesday, December 22, 2010

AndaSuka...Edisi lawak...haji kelentong!!

kain kapan hj. teepo....

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya
berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le
iktibar..

AndaSuka...Edisi lawak...curang...

Alkisah dekat-dekat nak pilihanraya ni ............ cerita dipetik dari sebuah banglo kat .......????!!

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Gilo punye datin...ahahahhahahaa

AndaSuka...Edisi Lawak...Translation

Why Malaysian Government insists on using English for math and science?

This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. See example below:-

Hardware = barangkeras

Software = baranglembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server = pelayan

Client = pelanggan


Try to translate this:

ENGLISH:

That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.

Now in BAHASA:

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan..

Now you know...WHY...

wahahahahahha......

Tuesday, December 21, 2010

AndaSuka...Video game untuk kuceng...

Permainan video untuk kucing


LAMAN YouTube menunjukkan seekor kucing bermain dengan permainan video komputer tablet iPad baru-baru ini.


LOS ANGELES - Sebuah syarikat mencipta permainan untuk kucing di komputer tablet iPad, lapor sebuah akhbar semalam.Satu video promosi permainan itu menunjukkan haiwan tersebut seolah-olah 'terpukau' dengan imej tikus yang muncul di skrin iPad.

Kucing itu cuba untuk menangkap tikus yang terdapat dalam permainan tersebut.Selain tikus, aplikasi permainan itu turut mengandungi satu cahaya laser yang menarik minat haiwan tersebut untuk menangkapnya.
Menurut akhbar metro.co.uk, permainan itu boleh didapati secara percuma di iTunes Store keluaran Apple. - Agensi

sumber: kosmo!

p/s: mak aih....kalau kuceng tu boleh beli sendrik ipad takpe gak..ni tuan punye kuceng gak yg kene belikan...uhuhuhuhu.....dunia...dunia...

AndaSuka...Selamat pengantin baru kepada Farouk dan juga Hairol

tengok sekali tajuk entry...farouk dan hairol...takkan lelaki kawen lelaki lak kan??bile mase lak malaysia benarkan kahwin gay...pastu bile mase lak kawan bek aku bedua ni gay...ahahhahahaha....takde la...sebenarnye aku berada kt kampung terchinta skang ni untuk menghadiri kenduri kahwin 2 orang sahabat aku ni yg diadakan pada hari yg sama...(kawan aku ni kawen ngn pompuan okew)...isk..isk...nasib la seblah2 kampung je wat kenduri...kalau jauh..tak terdaya gak nk pegi...

Insyallah...esok berlangsung la majlis perkahwinan belah lelaki, farouk di kampung parit jabong dan hairol nizam kt kampung parit belemam (kampung aku)...tapi bagos gak diorang ni wat ujung minggu yg sama...kalau minggu berasingan...mane nak menyempat balik kg kan...yela...takkan setiap minggu nk drive balik kg..lebam woo...

So, esok aku akan update gamba kawen kawan aku bedua ni...(mentang2 da ade senjata terbaru)...ahahahhaa...saje wat teaser untuk arini...jgn mara haaa....

ek....korang tanye aku bile aku nk kawen pulak???
ni aku jawab..." insyallah...kalau dah sampai jodoh...kawen la aku nanti...harap tak lame la dah...kkekekkee"
gatai tak aku....

gambar bunge (bukan awek) blakang umah mak aku..saje je bubuh sini..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
gambar perkahwinan farouk dan hairol.

farouk dan isteri

hairol dan isteri

AndaSuka...VIOU (very important orang utan)

Orang utan diberi layanan kelas pertama

SEEKOR orang utan duduk di kelas pertama sebuah feri dari Sepanyol ke Dorset, Britain baru-baru ini.


LONDON - Seekor orang utan berusia 11 bulan yang diberi nama Silvestre diberi layanan istimewa apabila ia dibenarkan duduk di kelas pertama dalam perjalanan feri dari Sepanyol ke Dorset, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.

Haiwan itu dibawa ke Pusat Menyelamat Mawas Dunia dekat Wareham di Dorset dari Zoo Santillana di Sepanyol selepas ibunya meminggirkannya selepas ia dilahirkan.
Perpindahan haiwan itu diiringi oleh beberapa kakitangan zoo tersebut. - Agensi 

sumber: kosmo!

AndaSuka...Pembunuhan kejam

Tiga senjata bunuh pelajar ditemui

BATU PAHAT - Siasatan polis mendapati tiga jenis senjata digunakan dalam pembunuhan seorang pelajar perempuan yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit, di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata senjata berkenaan merupakan sebilah parang, sebilah pisau lipat dan satu buku lima serta dua guni dipercayai digunakan suspek bagi melakukan jenayah tersebut. "Kesemua barangan itu ditemui dalam serbuan polis terhadap salah seorang daripada tiga suspek yang ditahan Jumaat lepas."Polis turut menemui telefon bimbit milik mangsa di dalam rumah salah seorang suspek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga pelajar perempuan berkenaan di Kampung Parit Ju Darat, di sini semalam.

sumber: kosmo!

p/s: motif pembunuhan adelah dendam...kalau ye pon bedendam...jgn la sampai membunuh...gelap masa depan...hilang maruah diri dan keluarga

AndaSuka...gagak dan kematian???

Ratusan gagak petanda ajal menjemput pelancong

HOTEL yang menjadi tempat penginapan 35 pelancong Thailand sebelum 25 daripada mereka terkorban dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh semalam.


IPOH – Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai punca kemalangan dan mengapa 25 daripada 35 pelancong dari Hatyai, Thailand itu menjadi korban, kakitangan di sebuah hotel yang didaftar masuk oleh kesemua mangsa sudah mempunyai jawapan tersendiri.

Menurut kakitangan yang enggan dikenali itu, pada hari pelancong tersebut mendaftar masuk pada pagi Ahad lalu, dia melihat ratusan burung gagak tiba-tiba bertenggek di atas bumbung hotel sambil membuat bising.
Apa yang menghairankan katanya, sebelum ini, senario seperti itu tidak pernah berlaku walaupun spesies burung berkenaan dikatakan banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia seakan-akan memberi petanda awal mengenai tragedi itu.

“Tambah misteri lagi apabila burung-burung tersebut tetap bertenggek di situ dengan membuat bising sepanjang malam tadi (kelmarin). Ketika itu, entah kenapa kami tidak pula cuba menghalau burung tersebut.
“Senario tersebut mengundang keanehan kepada pekerja hotel dan pengunjung lain kerana ia seolah-olah salah satu babak di dalam filem yang selalunya dikaitkan dengan kematian seseorang,” ceritanya kepada Kosmo! semalam.

sumber: kosmo!

p/s: takziah kepada mangsa yg terselamat dan keluarga mangsa yg mati akibat kemalangan...harap siasatan punca kemalangan dapat diselesaikan awal...mesti sume nk tau penyebab kemalangan ngeri kali ni...tapi rasenye bas dipandu laju dan jalan licin...so..hati-hati la ketika memandu

Saturday, December 18, 2010

AndaSuka...edisi lawak....wasiat Nenek Ani

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, ... .

Keadaannya semakin ari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah... ... ... ... .

"Din, ... . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu"

p/s: oh....sadisnye....

AndaSuka...edisi lawak....Bos Poyo...

Bos power?

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompeni besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit first day dia kat kompeni tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawab.

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.

Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu hantar pizza".

p/s: camne bos tu tak kenal mamat anta pizza...kan ke budak anta pizza pakai baju pizza...??

AndaSuka...Motosikal Tron Legacy di alam nyata

Motosikal unik dijual RM172,452

SEORANG lelaki menunggang motosikal unik keluaran syarikat Parker Brothers Choppers di Florida.


MIAMI - Sebuah motosikal yang digerakkan program komputer seperti dalam filem sains fiksyen, Tron: Legacy kini direalisasikan ke dunia nyata oleh pembuat motosikal, Parker Brothers Choppers yang beribu pejabat di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam. 

Motosikal yang dikenali sebagai Light Cycle itu sepanjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam.

sumber: kosmo!

p/s: waaa...sedih sebab terlepas tiket free 3D Tron legacy...takpe la..nanti gi tgk sendirik je...camne la nk bawak moto gile beas ni...mau tebabas masuk longkang nanti...ehh...handle die leh pusing kanan kiri ke??

AndaSuka...Manusia brperangai setan..

Simbahan asid lelaki cemburu


TUMINAH menunjukkan telefon bimbit yang memaparkan imej Nur Ain yang kini koma selepas ditikam sebanyak 19 kali dan disimbah cuka getah oleh seorang lelaki di Kota Tinggi kelmarin.


KOTA TINGGI – Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang lelaki terhadap seorang wanita yang dikatakan keluar dengan lelaki lain sampai ke kemuncaknya apabila dia bertindak menikam mangsa bertubi-tubi dengan sebilah pisau dan menyimbah tubuhnya dengan cuka getah kelmarin.

Kejadian pukul 9.15 pagi itu berlaku di rumah mangsa di Kampung Baru Sungai Redan di sini. Ekoran itu, Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, koma apabila badannya melecur hampir 70 peratus akibat terkena cuka tersebut manakala beberapa bahagian tubuhnya termasuk di kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan paha ditikam sebanyak 19 kali.

Mangsa kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh anak angkat keluarga mangsa berusia 42 tahun yang dikatakan tidak dapat menerima hakikat bahawa cintanya ditolak selain cemburu.

sumber: kosmo!

p/s: isk..isk...isk...ape nk jadi la ni...1 lagi kes menunjukkan ramai manusia dah berperangai lagi teruk dari binatang...bila minda dirasuk setan...ni la jadinye...

Friday, December 17, 2010

AndaSuka...aplikasi 3D dari google

Google cipta aplikasi gambar organ dalaman manusia


PENGGUNA akan dapat melihat bentuk dalaman organ manusia menerusi Google Body Browser.



NEW YORK - Enjin carian Internet, Google, sedang mencipta satu aplikasi tiga dimensi (3-D) yang membolehkan pengguna melihat anatomi tubuh manusia, lapor sebuah akhbar semalam. Dikenali sebagai Google Body Browser, aplikasi tersebut yang akan dilancarkan tidak lama lagi berfungsi seperti peta dunia Google dengan pengguna boleh melihat bahagian luaran, organ dalaman serta tulang manusia.

Pengguna boleh memanipulasi aplikasi untuk melihat gambar organ manusia. Satu klip video pengenalan mengenai cara aplikasi tersebut berfungsi telah disiarkan di internet baru-baru ini.Seorang penulis blog yang menyaksikan klip video berkenaan berkata, dia teruja dengan potensinya.

"Kita dapat melihat bagaimana aplikasi ini dapat membantu pembelajaran anatomi manusia," katanya.
"Pada tahun lalu, saya dapat menggunakan satu aplikasi serupa dan ia memudahkan pelajar mempelajari sistem tulang manusia," tambah penulis blog tersebut. - Agensi 

sumber: kosmo!

AndaSuka...akibat menyibuk tak bertempat...

Maut ketika tunggu ambulans


KERETA Khor Chai Tong remuk selepas kemalangan di Kilometer 5.1 Jambatan Pulau Pinang arah Butterworth semalam.


GEORGE TOWN - Sikap kebanyakan pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan di atas Jambatan Pulau Pinang semalam dipercayai menjadi punca nyawa seorang lelaki gagal diselamatkan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, Khor Chai Tong, 25, meninggal dunia selepas kira-kira 20 minit dikeluarkan dari keretanya yang terlanggar tembok penghadang jambatan di Kilometer 5.1 arah Butterworth.
Sebuah ambulans hanya tiba kira-kira 45 minit selepas kejadian gara-gara kesesakan jalan raya sejauh lima kilometer akibat tindakan orang ramai memperlahankan 

sumber: kosmo!

Thursday, December 16, 2010

Andasuka...Edisi lawak...combo

Lawak 1

Majikan : kamu di pecat!
Pekerja : tapi saya tidak melakukan apa-
apa!!
Majikan : itu lah sebabnya mengapa kamu
di pecat..

Lawak 2

Tuan rumah : adakah kamu telah mencuci
ikan ini sebelum kamu mengorengnya.
Pembantu rumah : saya fikir itu tidak
perlu apa gunanya mencuci ikan
yang memang berada dalam air seumur
hidupnya.

Lawak 3

Seorang penumpang kapal terbang
bertanya kepada seorang wanita tua
disebelahnya.

Penumpang : makcik tahu tak nama
lapangan terbang yang kita lepasi tadi?
Makcik : tidak.makcik tak tau.kenapa?
Penumpang : sebab anak makcik turun di
situ tadi dan tidak naik semula.

Lawak 4

Guru : louie, jika saya beri awak dua
ekor arnab hari ini , dan dua ekor
lagi pagi esok berapa ekor arnab yang
kamu ada di rumah?
Louie : tujuh
Guru : apa maksud kamu "tujuh"?
Louie : yalah, saya sudah ada tiga ekor
arnab di rumah.

Lawak 5

Seorang penerbit filem mahu menerbitkan
sebuah filem yang paling canggih
dalam dunia, dan dalam filem itu ada
adegan pertempuran yang paling hebat
pernah diadakan.

Penerbit : saya akan menggunakan dua
pasukan tentera setiap satu mempunyai
25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50
ribu, bagaimana kita mahu membayar
mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah
rancangkan, kita gunakan peluru hidup!

Lawak 6

Anak ular : ibu kita nie beracun tak?
Ibu ular : tidak. mengapa tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit
lidah saya!

hehehhehehe. . "

Andasuka...Edisi lawak...AKU ABANG DIA

Suatu hari azman dan isterinya pulang
dari kerja seperti biasa...

Tapi ada sesuatu yang luar biasa
berlaku pada hari itu.

Cuaca panas menjadi lebih panas buat
azman kerana tersekat didalam trafic
jame

Azman " Ish!, geram betul aku. Jalan
tidak pernah sesesak ini, kenape pula
sesak hari ni"

Ist3 " Sabarlah abang, mungkin kerja-
kerja pembaikan jalan sedang
dijalankan, tak pun ada kemalangan ke".

Dengan perasaan marah Azman berkata "
Sabar!, Sabar!,Sabar!, itu ajelah yang
awak tau".

Kenderaan dihadapan masih tidak
bergerak. Malah orang ramai makin ramai
berkumpul.

Azman " Ini tak boleh jadi nie. Aku
mesti buat sesuatu"

Azman keluar dari keretanya dan
berjalan menuju ke arah orang ramai dan
bertanya apa yang berlaku.

Ada accident la encik. kata sorg mat
rempit.

Lalu Azman pun menjerit " Tepi, tepi.
Aku abang dia!. Tepiiiii,Akuuuu
abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!

Orang ramai yang berkumpul mula
bergerak memberi laluan sambil
berpandang sesama sendiri dengan penuh
persoalan.

Dalam hati azman berbangga dan
berkata "menjadi juga idea aku ni"

Tetapi apabila menghampiri kawasan
berkenaan alangkah terkejutnya azman
matanya bulat bagai nak terkeluar
apabila dia melihat keadaan adiknya
yang kemalangan itu...

Azman meratap sambil menutup muka
dengan tapak tangannya

Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu
malunya aku kerana adikku seekor
monyet!!!!!!!


 camni la adik dia..wakakakakaka

AndaSuka...Pameran Batu-batuan pelik..jom tengok

Peluang saksi fosil telur dinasaur 65 juta tahun

IBRAHIM (tengah) dan Jaafar (kanan) memegang meteor besi seberat 165 kilogram yang dipamerkan pada Pameran Batu-Batuan Pelik, di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Batu meteor besi seberat 165 kilogram (kg) dan fosil telur dinasaur berusia lebih kurang 65 juta tahun kini boleh dilihat di Pameran Batu-Batuan Pelik bermula hari ini sehingga 16 Januari depan di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Pameran kali kedua anjuran Jabatan Muzium Malaysia itu mempamerkan kira-kira 100 jenis batu istimewa yang terbentuk jutaan tahun dahulu daripada kategori meteor, fosil, ambar dan suevit. Batu-batuan ini dibawa khas oleh agensi yang terlibat dalam pameran ini seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, Galeri Meteor, Galeria Perdana dan The Sculptures dan Muzium Alam Semulajadi.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pameran kali ini lebih menarik kerana turut mengetengahkan batu-batuan dari angkasa, hutan rimba, bukit bukau, gua dan juga pergunungan.

Sumber: Kosmo!

p/s: waaa......kalau ade masa...rasenye nak gi la tengok khazanah yg dah berumur jutaan tahun ni....bagos pameran macam ni...boleh tingkatkan kesedaran sosial tentang pentingnya menjaga khazanah alam...alam semulajadi ni kita pinjam je dari generasi akan datang...jadi...pelihara la dengan baik...zas...

sekadar gambar hiasan

Tuesday, December 14, 2010

AndaSuka...Ape yg aku tertinggal..

Dalam 2 ke 3 minggu kebelakangan ni tak menyempat aku nk update blog...ade sket masalah tak dapat di elakkan...okes...arini nk recall semula ape yg aku terpikir nk post 2 3 minggu lepas..tapi tak sempat nk post...ape yekkk...

okes...1st sekali...aku nk ucap terima kasih kepada Nina Syakina sebab aku menjadi pemenang utama Nina's Collection Giveaway...yeayy....dapat jam...memang aku punye jam dah lame arwah..nasib dapat jam free...hehehe

then...aku yg ucap terima kasih kepada mr. Blur owner Jiwakacau sebab sudi review blog aku ni dalam ruangan blog review beliau...tak sangka...akhirnya di review gak oleh beliau...kepada sape2 nk join jiwa kacau blog review..bleh klik kt banner di sidebar seblah...

ape lagi yer..aku pon dah nyanyok ni..tak ingat dah ape patot aku tulis kt sini..nanti pas makan la update..lapo..

Monday, December 13, 2010

Contest-KomenSen:Jelajah dunia

haaa....aku jumpe contest ni dalam Bloglarian...beliau adelah salah seorang ahli dalam bloglarian...jom tengok..ape kene buat...

Apa yang anda perlu buat hanyalah:

"nyatakan nama negara luar yang pernah saya
pergi / tajuk entri yang berkaitan / tarikh ia disiarkan".

Yang Wajib.

1. Buat satu entri tentang contest ini dan linkkan ke blog ini.

2. Lekatkan banner di atas dalam entri tersebut dan juga di sidebar dan biarkan di situ sehingga keputusan disiarkan.

3. Mesti menjadi follower. Kalau belum, sila jadi follower dahulu.

4. Jawapannya hendaklah diberi di ruangan komen entri ini sahaja.

5. Tag 3 rakan blogger anda untuk turut serta. 

Rakan yang di Tag: 

tarikh tutup
20 disember

Untuk maklumat lebih lanjut..klik banner kt atas tu

Sunday, December 12, 2010

AndaSuka...Jom selongkar BlogLarian....

kepada blogger yg dah mendaftarkan diri menjadi geng bloglarian...aku ucapkan tahniah dan terima kasih kerana sudi menjadi ahli keluarga kami...kami (padel & fareed) mengalu-alukan kehadiran ramai lagi blogger di luar sana untuk menjadi ahli komuniti yg besh ni...

okes...arini aku nk review sket pasal bloglarian dari sudut yg lain..maksudnye...selain dari tempat korang berblogwalking..ape lagi yg ade dalam ni..mungkin ade yg dah explore...tapi kepada yg tak sempat atau tak terperasan kemudahan lain yg bloglarian sediakan...jom kita same-same menjelajah...



kita mula dari atas sekali...ruangan atas sekali tu adelah notice board...biasenye kalau ade update terbaru nk bagi tau korang...aku atau pareed akan update kt situ...rajin2 la bace..

okes...kedua adelah page list/tab button..ade 7 page semuanya dalam bloglarian ni termasuk Home...
1) tutorial bloglarian- memberi tips camne nk guna bloglarian dengan lebih effektif...mudah...cepat...selesa

2) Berita@online- dalam ni ade beberapa website akhbar tempatan...guna sistem show button..pilih akhbar mane korang minat...then klik je kt button tu...

3) Testimoni bloglarian- ni tempat mengumpulkan testimoni dari pengguna/ahli bloglarian yg secara sekarela membuat post tentang bloglarian..kalau korang rase nk masuk dalam list testimoni...buat la pos then tinggalkan komen kt page testimoni tu dengan link post korang k..nanti admin masukkan..

4) Mangastream- page ni untuk peminat manga online...boleh la usha komik2 yg korang minat kt dalam tu..aku nye paberet dah tentu la naruto...hehehehe

5) contest keluarga bloglarian (NEW) - ni page terbaru..kalau ahli bloglarian ade menjalankan contest..buleh la submit kt page ni dengan cara tinggalkan komen kt page contest ni bersama link contest korang...kami promote percuma je..memudahkan kaki2 contest untuk memburu hadiah (aku la antaranya)

6) koleksi pingsite (NEW) - korang tau fungsi ping site???kepada yg tatau...ping site ni adelah cara kita meninggalkan backlink ke site2 tersebut dengan tujuan mengindex blog kita ke SEO..tak paham???korang google la...susah aku nk terangkan..aku pon tak terre bab ni..yang penting...kalau rajin ping site...alexa rank korang akan meningkat menjadi lebih feymes/baik...

7) Home- muka depan bloglarian la..ape lagi..hehehehe...

pada masa akan datang...lebih banyak lagi page akan dibuka...masih dalam parancangan adalah page ruangan iklan/kedai berbayar kepada blog2 biz..kami nk buat lain dari yg laen sket...tunggu....
selain tu...page join venture juga dalam perancangan...tengah nego2 ngan beberapa blog/group untuk menjadi rakan kongsi


Yang ke-3 pulak....label post..kalau korang perasan..setiap post di label dalam group of 10..ini adalah untuk memudahkan korang berblogwalking agar dapat pegi ke semua entry...disebabkan setiap hari...1 atau 2 kumpulan label ni akan di rotate naik ke atas...akan mendatangkan sket masalah kt korang untuk mengingati korang dah blogwalk sampai post ke berapa..
aku cadangkan...korang klick 1 label..(cth: list 1-10) then blogwalk guna post dalam tu...bila abes teruskan dengan label seterusnya...tapi terpulang la nk blogwalk camne pon...nk bukak sume dari atas sampai bawah pon boley...
selain itu..label ni memudahkan ahli untuk mencari rumah mereka...katakan rumah no.45..cuma bukak label  'list 41-50' takde la tekial-kial mencarik dalam post yg banyak tu...

Okes...abes dah...selain tu..kalau korang rajin tibe2 nk buat banner untuk rumah korang tu...boleh tinggalkan komen kt post rumah korang...nanti admin akan bantu upload banner yg korang dh buat...nk suh kami buat sume..tecirit la depan pc kang...hahahha....banner untuk bloglarian pon dalam proses pembikinan...otak tengah jem...

lupe pulak..saye nk nasihatkan...kepada sesape yg guna counter widget daripada widgeo


tolong la tuka kepada counter yg lain...ini kerana...widgeo akan membuka pop-up iklan apabila korang klick mane2 je kawasan dalam blog korang tu...ade kes...widgeo ni meng take-over blog yg menggunakan widget ni..bahaya wo....widget ni buleh dikatakan spam sebenarnye sebab die menjadikan blog korang agen iklan tanpa korang sedar..so...korang bleh la bertukar ker counter yg lain seperti :

http://www.easycounter.com/FreeCounter3.html
http://vembiz.com/19-very-powerful-free-stat-counter-for-your-website/
http://www.free-counters.co.uk/
http://www.99counters.com/

itu je wat masa ni...selamat berblogwalking...

AndaSuka...Photoshoot at KLIMS

ape ntah name teknik ni..aku taram je

agak macho tak model aku ni...hahahaha 

close up
niat awal nk fokus awek depan sane tu..penat sangat melutut tak dpat2 fokus..amek je la close up

 hoh...bumble bee

teaser je nih
nanti sambung...proses mengupload sedang dijalankan...ehehehehe

Thursday, December 9, 2010

AndaSuka....aaaaaaaaaaaaaa......aku tensen....!!!

nk jerit jap ....warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......tensen....tensennn...tenseeeennnnnnnnnnnnn


tensennye....aku dah sebis kereta...1 masalah dah sattle...tinggal satu lagi...msalah starter...bulan ni macam-macam nk kene bayo...banyak yg nk di ganti...uhuhuhhu...
takpe la...harap2 starter tu tak kong sampai taun depan...

Wednesday, December 8, 2010

AndaSuka...Bercuti di Pahang...

Hari sabtu lepas sampai isnin aku bercuti dengan 'tujuan' di Pahang..tak penah singgah melepak pahang pon sebelom ni...lalu tu ade la kalau nk ke kelantan tau ke terengganu...baru la kalini dapat singgah ke negeri paling bosa kat semenanjung...tujuan yg tersirat pulak ade 2...ehehhehe...salah satunye adelah nk mendapatkan my new gadget...Nikon D5000...Alhamdulillah...berjaya jugak mencapai hasrat nk ade DSLR taun ni...digicam yg lame dah jahanam dah...takpe la..simpan wat kenangan..nanti nak bubuh dalam frame..so.. dah ade gadget baru...ape lagi..merayap sambil kecepup-kecepap la...jom tengok mane aku pegi...ni hasil gambo dari budak baru belajar ni...tak chantek pon..main taram je..berbekal sedikit ilmu kelas fotografi petang jumaat masa amek degree dlu...inilah hasilnye...jgn hina plak..nanti aku nagis tak berenti kang..

 aku melepak kt Pekan, Pahang..bandar diraja..ni depan istana Abu Bakar

 bersebelahan istana..ada kelab Polo..cantek tempat ni..kuda polo je takdak

AndaSuka...Alyssa Bernal

sekali pandang awek ni...aku ingat sedara siti nurhaliza kot...isk..isk...punye la ayu...menawan...dan paling terbaek adelah suara dia...merdu wa cakap lu...

ko tengok tu....dia senyum perrhhh....

manis betol senyuman dia....uhuhuhu


sebenarnye aku nk bagitau yg minah ni ada suara sangat sedap...kalau korang tak caye.. 
play video kt bawah ni






AndaSuka...Mari Mengomen pasal BlogLarian

salam...

baru la dapat luaskan sket pala otak ni untuk buat entry baru...penyertaan yg diterima untuk join segmen blog larian sangat-sangat menggalakkan...sampaikan satu lagi registration telah di buka ni blog Furdunesia@nline...ini untuk mengurangkan beban yg Padelblog tengah hadapi skang..tak menyempat-nyempat nk listkan peserta...camnepon...kami tetap bersyukur sebab projek baru kami ni mendapat sambutan...dan kt sini aku ingin nyatakan secara jujur...kami buat bukan untuk kepentingan sendiri...tapi untuk dikongsi bersama...kalau kami ni jahat...dah lame suh korang WAJIB follow padelblog dan furdunesia@nline...tapi itu bukan matlamat kami...

Apa yg kami inginkan...adalah satu tempat dimana,kita dapat berblogwalking dengan mudah dan effisien...TAPI, bloglarian jugak macam manusia...tak sempurna...hatta security program bank negara pon ade kelemahan..inikan plak blog picisan standed gaban...dari segi kelemahan tu...insyallah akan diperbaiki...blog tu pon tali pusat tak potong lagi..baru umor 6 hari kot...

BlogLarian dibangunkan bukan untuk mencari jalan mudah mendapatkan traffic atau jalan mudah untuk korang gi TEKAN-TEKAN IKLAN NUFFNANG ORANG LAIN DENGAN HARAPAN ORANG TEKAN SEMULA TANPA SEBAB!!!ITU NAMANYA FRAUD KLICK..kalau korang tak tinggalkan msg kt shoutbox atau komen blog yg korang lawat tu...mane nk ade jejak korang...camne org nk ke blog korang plak nanti kan???SO....BlogLarian cuma kumpulkan semua blog yg berminat nk join/cari kenalan baru...kemudian korang semua guna la list yg dah di post untuk berjalan-jalan mencari kenalan baru/tambah trafik blog

Untuk pengatahuan korang...dalam 1 list ada 6 blog..kalau blogger dari blog pertama bukak list tu...secara tak langsung dia telah bukak 5 blog yg lain...pastu???ape lagi???blogwalking la cara oldschool...yg pegi kt shoutbox tinggalkan jejak tu..atau tinggalkan komen ke...tapi...buat masa ni..kalau korang post komen masa blogwalking tu..blog tersebut akan menjadi blog utama dalam tab tersebut (blog lain sume hilang..tinggal blog yg korang komen tu je) so..untuk menyelesaikan masalah ni...korang boleh la klick butang BACK...buat masa ni kami belom jumpe solution untuk baiki masalah ni lagi...harap maaf la yer...uhuhuhuhu...Satu lagi..MASALAH POP UP WINDOWS..camne eh nk sattle..sebab itu adelah hak pemilik blog..ape yg aku leh buat...AKU NASIHATKAN..BUANG JE LA WIDGET/HTML COMMAND POP UP WINDOWS TU...tapi...terpulangla pada masing-masing..aku cume bagi cadangan je...or...kepada yg tak suke pop up windows...set kan block pop up windows pada browser korang....

walaucamnepon....bukan la semua orang dapat memahami konsep yg kami bawa ni...ada sesetengah yg anggap usaha kami ni takde pekdah pon...takpe la...semua orang ada pendapat sendiri...kami tak salahkan sape-sape...kalau korang rasa berminat...boleh join dengan rela hati...kami sedia menerima penyertaan anda...dan...mungkin ada yg rasa taknak dah dok dalam senarai BlogLarian...takpe,korang boleh tinggalkan pesanan pada post dimana blog anda di listkan...dan kami sedia menghormati permintaan anda semua...sebab benda ni bukan paksaan atau wajib bagi sape-sape yg dah join atau yg di listkan secara automatik...

Akhir kata...Takde benda yang mudah kt dunia ni...ape yg kita  boleh usahakan..mencari kaedah yg lebih efektif dan berkesan...kalau kita tak cuba...camne kita nk tahu...

Sekian..Terima Kasih...

Tuesday, December 7, 2010

AndaSuka...SAYA TAK CUKOP TANGAN...KAKI SEKALI!!!

PERGI BERCUTI 3-4 HARI KE PAHANG DARI JUMAAT SAMPAI LA ISNIN..SI PEMILIK BLOGLARIAN, FAREEDSAIRI SEBOK SUH BALIK SEBAB DIA TAK CUKUP TANGAN NK HANDLE PENYERTAAN...HARINI DIA PLAK KUAR JENJALAN...AKU PULAK YG TAK CUKOP TANGAN....WAAAA...BILE NYE NK POST GAMBO2 MENAREKS NI...

OI BE...BILE KO NAK BERTAMBAH NI...NUFFNANG...BULAN DEPAN AKU NYE BESDAY...KO KASIK LA AKU BE BANYAK2....ADOYAIIIII...

Friday, December 3, 2010

AndaSuka...Proton Saga BLM Facelift R3 concept..cair jiwaku...

Ura-ura BLM facelift akan dikeluarkan awal taun depan...korang layan la sendirik....nak nanges tengok design baru nih....

AndaSuka...naik dan Terus naik...memang sadis..!!

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

 
Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.
Senarai harga baru adalah seperti berikut:

* Petrol RON 95 - RM1.85 kepada RM1.90 seliter

* Diesel - RM1.75 kepada RM1.80 seliter

* Gula pasir - RM1.90 kepada RM2.10 sekilogram

* Gas LPG - RM1.85 kepada RM1.90 sekilogram 


P/s: wahh....sekali die naik berjamaah terusss...memang beli karipap seketop singgit la pasni...pastu air sirap due ringgit kot..waaaaaaaaaaaaaa..............kalau pon sume barang asas ni naek...jgn la tibe2 jual ayam goreng seketol 4.50,sayur campur 5.00,pastu milo trus jadik 2.50...kedai ko cikai je ha...lipas sepah2 kot kt dapo...makcik2 yg buat karipap kt umah tu bukan bayo pon lesen perniagaan ngn sewa tapak..tak payah la kalut2 naek harga makanan ikot suke hati ayam je..aduyai...pokoknye...sume merasa tempias akibat kenaikan seposen/duaposen gula..teksi pulak...dah la tak sedo diri..awak tu pakai NGV..ape kejadahnye nk pow mahal2..isik full tank rm9..leh jalan sampai kedah sane tu...sabo je la...sape2 nk amek kesempatan menaikkan harga jualan/perkhidmatan mereka sesuka hati..maka...harus la kita cakap depan2 mereka..KAMI AKAN BOIKOT ANDA...pastu post kt blog..huh...marah betol aku..yg 'naikkan' harga ni pon satu hal..slow2 la skeeetttt...........

Andasuka...Edisi lawak...kambeng biri-biri

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....
Pemuda : mengada taww pakcik ni haaa.. gigit kangg haa... :( :(

waaaaaaaaaaaa....pakcik ni kejammmmmmmmm

Entry terkini...

LinkWithin