Followers

Tuesday, December 21, 2010

AndaSuka...Pembunuhan kejam

Tiga senjata bunuh pelajar ditemui

BATU PAHAT - Siasatan polis mendapati tiga jenis senjata digunakan dalam pembunuhan seorang pelajar perempuan yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit, di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata senjata berkenaan merupakan sebilah parang, sebilah pisau lipat dan satu buku lima serta dua guni dipercayai digunakan suspek bagi melakukan jenayah tersebut. "Kesemua barangan itu ditemui dalam serbuan polis terhadap salah seorang daripada tiga suspek yang ditahan Jumaat lepas."Polis turut menemui telefon bimbit milik mangsa di dalam rumah salah seorang suspek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga pelajar perempuan berkenaan di Kampung Parit Ju Darat, di sini semalam.

sumber: kosmo!

p/s: motif pembunuhan adelah dendam...kalau ye pon bedendam...jgn la sampai membunuh...gelap masa depan...hilang maruah diri dan keluarga

No comments:

Entry terkini...

LinkWithin