Google cipta aplikasi gambar organ dalaman manusia

PENGGUNA akan dapat melihat bentuk dalaman organ manusia menerusi Google Body Browser. 
NEW YORK - Enjin carian Internet, Google, sedang mencipta satu  aplikasi tiga dimensi (3-D) yang membolehkan pengguna melihat anatomi  tubuh manusia, lapor sebuah akhbar semalam. Dikenali sebagai Google Body Browser, aplikasi tersebut yang  akan dilancarkan tidak lama lagi berfungsi seperti peta dunia Google  dengan pengguna boleh melihat bahagian luaran, organ dalaman serta  tulang manusia.
Pengguna boleh memanipulasi aplikasi untuk melihat gambar organ manusia. Satu klip video pengenalan mengenai cara aplikasi tersebut berfungsi telah disiarkan di internet baru-baru ini.Seorang penulis blog yang menyaksikan klip video berkenaan berkata, dia teruja dengan potensinya.
"Kita dapat melihat bagaimana aplikasi ini dapat membantu pembelajaran anatomi manusia," katanya.
"Pada tahun lalu, saya dapat menggunakan satu aplikasi serupa dan ia  memudahkan pelajar mempelajari sistem tulang manusia," tambah penulis  blog tersebut. - Agensi 
sumber: kosmo! 
1 comment:
walaweyhh~ dunia semakin maju.. tp, bila semakin maju, manusia jd semakin mls.. uhuk3~ =.="
Post a Comment