Followers

Tuesday, December 28, 2010

AndaSuka...Amigdala korang berfungsi tak??

Individu gemar bersosial miliki saraf otak besar

NEW YORK - Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang gemar bersosial dan memiliki ramai kenalan memiliki kelompok saraf yang besar dikenali sebagai amigdala, lapor sebuah akhbar semalam.
Amigdala merupakan kelompok saraf berbentuk seperti kacang di dalam otak manusia. Kajian itu melibatkan imbasan ke atas 58 otak sukarelawan.

Dalam kajian itu, kumpulan yang menemui lebih ramai anggota keluarga dan rakan-rakan memiliki amigdala yang lebih besar berbanding mereka yang kurang bersosial.Seorang penulis kajian berkenaan, Lisa Feldman Barrett dari Universiti Northeastern menyatakan, penemuan tersebut tidak memeranjatkan kerana amigdala berfungsi untuk membantu manusia mengenali sama ada seseorang itu merupakan rakan, orang asing atau musuh."Amigdala merupakan pusat kepada jaringan otak yang penting untuk aktiviti sosial," katanya. Menurutnya, setiap orang mempunya satu amigdala yang sebahagiannya berada di sebelah kiri dan sebahagian lagi di kanan.

Kajian amigdala menjadi tumpuan pada awal bulan ini apabila beberapa penyelidik melaporkan mengenai seorang wanita yang memiliki amigdala yang tidak berfungsi.Wanita berkenaan didapati tidak berasa takut dengan haiwan berbisa dan situasi yang mengancam dirinya. Seorang pakar otak, Arthur Toga dari Universiti California, Los Angeles menganggap kajian itu dilakukan dengan sempurna manakala keputusan yang dihasilkan adalah kukuh.Menurutnya, idea untuk mengaitkan struktur otak dengan kelakuan manusia merupakan sesuatu yang menarik dan penting. - Agensi 

sumber: kosmo!

p/s: kalau korang takot dengan lalat sekalipon...jgn risau...itu menandakan amigdala korang beso/berfungsi..tapi kalau korang tak takot nk terjun dari bangunan tingkat 20..tu namenye otak korang da kong..ahahahhaha

sape takot lalat jgn tengok!

No comments:

Entry terkini...

LinkWithin