Followers

Thursday, December 16, 2010

Andasuka...Edisi lawak...combo

Lawak 1

Majikan : kamu di pecat!
Pekerja : tapi saya tidak melakukan apa-
apa!!
Majikan : itu lah sebabnya mengapa kamu
di pecat..

Lawak 2

Tuan rumah : adakah kamu telah mencuci
ikan ini sebelum kamu mengorengnya.
Pembantu rumah : saya fikir itu tidak
perlu apa gunanya mencuci ikan
yang memang berada dalam air seumur
hidupnya.

Lawak 3

Seorang penumpang kapal terbang
bertanya kepada seorang wanita tua
disebelahnya.

Penumpang : makcik tahu tak nama
lapangan terbang yang kita lepasi tadi?
Makcik : tidak.makcik tak tau.kenapa?
Penumpang : sebab anak makcik turun di
situ tadi dan tidak naik semula.

Lawak 4

Guru : louie, jika saya beri awak dua
ekor arnab hari ini , dan dua ekor
lagi pagi esok berapa ekor arnab yang
kamu ada di rumah?
Louie : tujuh
Guru : apa maksud kamu "tujuh"?
Louie : yalah, saya sudah ada tiga ekor
arnab di rumah.

Lawak 5

Seorang penerbit filem mahu menerbitkan
sebuah filem yang paling canggih
dalam dunia, dan dalam filem itu ada
adegan pertempuran yang paling hebat
pernah diadakan.

Penerbit : saya akan menggunakan dua
pasukan tentera setiap satu mempunyai
25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50
ribu, bagaimana kita mahu membayar
mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah
rancangkan, kita gunakan peluru hidup!

Lawak 6

Anak ular : ibu kita nie beracun tak?
Ibu ular : tidak. mengapa tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit
lidah saya!

hehehhehehe. . "

Entry terkini...

LinkWithin