Followers

Sunday, October 31, 2010

AndaSuka...Mencari Bilik sewa...untuk perempuan [STICKY POST]


Warghhh....dah berpinar mata ngadap pc ni mencari bilik sewa.....kat sini saye nak mintak tolong la sape2 yg singgah ke blog saye ni..saye sedang mencari bilik untuk di sewa..bukan untuk saye...tapi 'kawan' saye...pompuan...

Detail:
  • perempuan/melayu/islam
  • 2 orang
  • bekerja
  • kemasukan bulan Nov

lokasi pencarian:
  • Rumah yang berdekatan LRT  (laluan yg boleh turun di stesen Bandaraya)
  • sewa bawah 400 sebilik (untuk 2 org)
  • kalau boleh yang berdekatan dengan Stesen bandar tun razak, stesen cheras, salak selatan..

kepada sape2 yang ada maklumat atau ade bilik untuk di sewa...boleh la bagi contact number kt komen yer..kerjasama anda sangat-sangat dihargai..

Friday, October 29, 2010

AndaSuka...Harga berkadar langsung dengan Kualiti

Terselamat selepas kereta sport melayang

 
KERETA sport Lamborghini Gallardo.


DALLAS - Seorang pelumba, Richard Holt, 40, tidak mengalami sebarang kecederaan semasa kereta sport Lamborghini Gallardo bernilai AS$238,871 (RM742,963) yang dipandunya di trek Texas Mile di Amerika Syarikat melayang dan berpusing beberapa kali selepas dirempuh angin lintang pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada mulanya, dia memandu selaju 378 kilometer sejam sebelum membrek dan kereta itu mengeluarkan payung terjun untuk memperlahankan kelajuan.Namun, angin lintang yang kuat menyebabkan kereta itu tidak stabil menyebabkan ia terbabas dan melayang sebelum berpusing beberapa kali dan terhempas. Anggota-anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan mereka mendapati Holt cuma terperangkap di dalam kereta itu dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan. - Agensi

Sumber: Kosmo!

P/s: memang sangat berbaloi dengan harga yang dia bayar....kalau bawak Gen2 kemalangan pada kelajuan 120km/J pon da jadi keranda kot.. huuuuu....pantang maut sebelom ajal...

AndaSuka..Gula dari habuk kayu

UMP cipta gula daripada habuk kayu

 
MIMI SAKINAH menunjukkan gula daripada habuk kayu ciptaannya di UMP, Jalan Gambang, Kuantan semalam.

KUANTAN - Seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mencipta gula alternatif daripada habuk kayu khusus untuk pesakit diabetes. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim memberitahu, gula baru itu tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan dan boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik.

"Gula ciptaan saya ini adalah baik jika dibandingkan dengan gula alternatif untuk pesakit diabetes di pasaran yang dipercayai mengandungi bahan kimia aspartam yang boleh menyebabkan tumor otak. "Berdasarkan penyelidikan selama tiga tahun, saya dapati semua jenis habuk kayu mampu menghasilkan gula tetapi buat masa ini gula yang dihasilkan hanya daripada habuk kayu jenis meranti dan cengal," katanya pada majlis meraikan kejayaan cemerlang penyelidik UMP di sini semalam.

Mimi Sakinah menyertai British Invention Show 2010 di London baru-baru ini. Pada pameran di London itu, beliau dan dua lagi penyelidik UMP termasuk Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Rosli Mohd. Yunus dan Dr. Zularisam Ab. Wahid berjaya mendapat pingat emas dalam kategori masing-masing pada pertandingan selama empat hari bermula 13 Oktober lalu.

Sumber: Kosmo!

P/s: Tahniah kepada Dr. Mimi Sakinah atas ciptaan Nobel nye ni...memang sangat berguna sebab dapat mengelakkan penggunaan bahan kimia..selain itu, boleh manfaatkan habuk kayu sebagai produk nilai tambah. Cuma, ape yg aku takotkan...bila research ni dah dibisneskan nanti...jgn pulak hutan ditebang semata-mata kerana gula...minded bisnesman ni lain ngn researcher..Go green...

Thursday, October 28, 2010

AndaSuka...Misi pergi tak kembali..Marikh..

Misi NASA hantar angkasawan ke Marikh

LAKARAN artis menunjukkan Kapal Angkasa Seratus Tahun yang akan menghantar angkasawan menjajah planet lain.

SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merancang satu misi berani untuk menghantar beberapa angkasawan dalam satu laluan sehala bagi membolehkan mereka tinggal di planet lain buat selama-lamanya, lapor sebuah akhbar semalam. Idea itu dikenali sebagai Kapal Angkasa Seratus Tahun bagi menghantar angkasawan menjajah planet lain. Dalam misi itu, beberapa angkasawan bakal dihantar ke planet seperti Marikh dan mereka mengetahui tidak lagi akan pulang semula ke Bumi.

Pengarah Pusat Penyelidikan Ames milik NASA, Pete Worden menyatakan bahawa pihaknya telah menerima pembiayaan sebanyak AS$1.58 juta (RM4.91 juta) untuk memulakan projek terbabit. Pasukan penyelidik turut menerima wang tambahan sebanyak AS$100,000 (RM310,850) daripada NASA.
"Kami juga berharap dapat meminta beberapa orang bilionair untuk membentuk satu dana dikenali Kapal Angkasa Seratus Tahun.
"Program angkasa lepas sekarang sangat bermatlamat untuk membolehkan manusia tinggal di dunia lain," kata Worden. 


 Worden juga memberitahu, dia sudah berbincang mengenai kos penerbangan satu hala ke Marikh dengan pengasas bersama enjin carian Google, Larry Page. Misi tersebut mungkin melibatkan kos AS$10 bilion (RM31 bilion). Dia menyatakan bahawa teknologi-teknologi baru seperti biologi sintetik dan pengubahsuaian genom manusia boleh diteroka dalam misi terbabit. Worden mendakwa manusia boleh berada di bulan planet Marikh menjelang tahun 2030. - Agensi 

Sumber: Kosmo!

P/s: sape la yg sanggup jadi angkasawan tu...memang sawan betol la diorang ni...

AndaSuka...Promosi dalam talian..semaaakkkkk...


Baru je 10 min lepas aku melayan telemarketing operator dari Bonus Link..masuk kali ni...ade la dekat 5 promotion semua nye...."tahniah...encik adalah pengguna bonus link yg terpilih untuk menerima promosi kami"
Macam tu la setiap kali diorang ni telepon..takde la nk salahkan diorang..dah kijenye pon telemarketing..kene la buat camtu kan..

So, ape yg aku semaaakkk sangat????aku semak bile die da start bebel2...pastu..tibe2... "ye encik, saye akan bantu encik untuk mendaftar sekarang yer..sila jawab 5 soalan yg saya akan berikan"..Wah...tadi cakap promotion je...bile aku cakap nk register???..bile cakap nk pikir dlu...mule la pongpang2 die kua hujah...kesihatan ni penting la..ape la..segala la...hello...aku bukan idop dalam gua..aku tau ape yg penting...aku tau costumer right untuk diri aku...apekehal ko nk register aku padahal Term & Condition aku tak semak dlu pon..

Memang die terangkan segala laa...tapi air liur takleh pakai dalam perjanjian cayang oi..kene hitam putih..kalau aku setuju..maksudnye..aku dah terikat ngn T&C die..kalau mulut die cakap A...T&C cakap B...aku la yg tebangang nanti...


So..aku nak nasihatkan kepada mereka-mereka di luar sana..bijaklah membuat tindakan..lebih2 lagi perkara macam ni..kadang2 pemahaman kita terhadap penerangan yg diberikan lain dari maksud sebenarnye..atau kadang-kadang org yg bagi penerangan pon tak paham maksud yg tercatat kt T&C tu...Kenapa penting T&C tu??sebab ia adalah detail produk yg kita langgan...macam mana produk tuh berkesan untuk kita dan dimana hak kita berada ketika melanggan satu-satu produk insuran..dan kita tau risiko2 yg perlu diambil bila melanggan produk tersebut..ni salah satunya dokumen penting yang boleh tentukan kita memang ke kalah dalam mahkamah...


Ahhh....lantak la....yg penting ujung taun ni kene renew insuran kereta....tensennnnnn.......wuuuuuuu......

Wednesday, October 27, 2010

AndaSuka...Fenomena Sinestesia ataupon persilangan deria..

KANAK-KANAK pintar, Ainan Celeste Cawley, 10, terkenang pengalamannya dua tahun yang lalu. Pada waktu itu dia sedang bermain dodge ball yang melibatkan pembalingan sebiji bola di antara dua kumpulan. Pemain dikira menang jika semua anggota kumpulan lawan terkena bola itu. Ainan menyukai permainan itu. Namun, pengalamannya lebih daripada keseronokan berkejar-kejaran dan bersosial dengan teman sebaya. Sebaliknya, setiap kali bola itu dibaling, anak sulung pasangan Valentine dan Syahidah Cawley itu dapat melihat jajaran berwarna di depan dan belakang bola itu.

Kelebihan itu membuatkan Ainan lebih seronok bermain. Jika orang lain melarikan diri daripada bola yang dibaling, Ainan sebaliknya melarikan diri daripada jajaran warna tersebut. Berikutan pengalaman itu, Ainan mendapati sebarang objek yang bergerak pantas akan mengeluarkan jajaran berwarna itu. Tiada warna terhasil daripada objek yang bergerak perlahan. Semakin laju pergerakan objek itu, semakin panjang jajaran berwarna tersebut.

Pada peringkat itu, warna kekuningan dan berunsur oren lebih banyak menghiasi pandangan Ainan. Lebih-lebih lagi daripada objek yang bergerak menggunakan tenaga yang dijana manusia. Bagi pergerakan seperti bola tenis yang dipukul dengan raket pula, bolanya diikuti jajaran berwarna yang lebih terang.
“Saya bersyukur kerana ia membuatkan kehidupan saya lebih berwarna-warni,” ujar Ainan yang sebenarnya mengalami sinestesia pelbagai yang melibatkan persilangan fungsi antara dua atau lebih deria.

Antara tokoh terkemuka yang dilaporkan mengalami sinestesia ialah cendekiawan Leonardo Da Vinci, ahli fizik Richard P. Feynman, penulis Vladimir Nabokov, penyair Boudelaire dan penyanyi Tori Amos. Ainan yang kini mengikuti pengajian Sarjana Muda Amerika di Kolej Universiti HELP, Kuala Lumpur memberitahu kemudian bapanya tentang apa yang dialami. Selepas itu, Ainan dan bapanya, pensyarah kanan Jabatan Psikologi Kolej Universiti HELP, membuat uji kaji bersiri yang berkaitan untuk menjelaskan situasi itu.

Bola

SEBELUM ini Ainan dapat melihat warna terhasil daripada suara-suara di sekelilingnya.


Disebabkan mereka tidak mempunyai dana untuk membeli peralatan canggih bagi menguji keadaan itu, mereka menggunakan tiga bola tenis warna kuning, sebatang kapur tulis, pen, buku nota, bangunan 10 tingkat dan pita pengukur untuk mendapatkan bacaan dan membuat perbandingan.

Valentine membaling bola-bola itu dari aras sembilan bangunan dan Ainan memerhatikan pergerakan bola itu pada satu jarak. Valentine kemudian turun ke aras lebih bawah dan membaling bola dari kedudukan itu pula. Ujian diteruskan dengan mengulang proses yang sama pada ketinggian yang berbeza.

Hasilnya, mereka mendapati warna yang berbeza terhasil daripada kelajuan yang sama pada sudut pandangan yang berlainan.
“Hasil kajian kami itu menunjukkan kelajuan juga mempunyai kod warna,” jelas Valentine.

Jika selama ini kelajuan hanya dapat ditafsirkan melalui formula sesaran bahagi masa, Ainan dapat menilainya melalui kod warna. Biarpun turut teruja dengan penemuan itu, Valentine sendiri tidak dapat melihat warna-warna itu.
“Buat masa ini hanya Ainan yang dapat melihatnya. Mungkin ada lagi orang lain di luar sana mengalami perkara yang sama tetapi tidak menyedari ia sebagai satu kelebihan.
“Selama ini pun Ainan mempunyai kelebihan untuk melihat warna pada bunyi seperti suara. Jadi keadaan seperti ini sudah biasa baginya.
“Penemuan ini kami namakan sebagai Velociperception,” umum Valentine dengan menyimpulkan Ainan saintis termuda yang berjaya membuat penemuan saintifik dalam psikologi manusia di seluruh dunia.
Kertas kerja saintifik tentang penemuan itu yang ditulis bersama Valentine dan Ainan turut diterbitkan dalam jurnal Philica di http://philica.com.

Sumber: Kosmo!


Tuesday, October 26, 2010

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly



Harini...satu lagi contest aku nk masuk..nasib la masuk sume contest dalam blog ni free...kalau bayar..kopak dah dompet aku..

So..aku kene upload pic konvo aku untuk menjadi antara pemenang wanna be...hehehe..

Dari kiri: Prof. Mad. Dr. Nik Marzuki, Dalilah Zhafirah,Fadhil a.k.a padel (owner blog), Fahmi, Fareed


hari konvokesyen aku ni paling besh dalam hidup aku sebab di sertai oleh lecturer kitorang..sebab konvo hujung minggu...tahniah kepada kawan2 yang dah bekerja dan yg dah melanjutkan pelajaran..rindu kamo semua...

Tag kawan-kawan:
Bunga  

kalau ade yang nak menyertai contest ni..bleh klik kt banner atas tu atau kat SINI
hadiah menarik menunggu anda..spek rayban tuhhh....

Tarikh tutup penyertaan : 11.59 PM (31/10/10)

AndaSuka...Kuda kerdil yang paling kecik..comel plak tu..

Kuda paling kecil di dunia

GAMBAR menunjukkan kuda setinggi 53.3 sentimeter (kanan), Bella Contessa di Dakota Utara, Amerika Syarikat baru-baru ini.


DAKOTA UTARA, Amerika Syarikat - Seekor kuda bernama Bella Contessa mungkin merupakan kuda yang paling kecil di dunia kerana ia setinggi 53.3 sentimeter (cm) dan seberat 25.4 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam. 

Baru berusia enam bulan, tinggi Bella tidak melebihi sebiji labu yang bersaiz normal.
Bella kini tinggal bersama pemiliknya, Alison Smith. Kuda itu dikatakan sering menghabiskan masa di kandangnya bersama seekor lagi kuda yang diberi nama Lilly dan dua ekor kambing. 

Ketika dilahirkan, Bella hanya setinggi 38.1sm dan seberat 4.08 kg, tidak jauh bezanya dengan berat bayi manusia biasa. Pada kebiasaannya, kuda kecil yang lain setinggi 45.7sm hingga 55.9sm bergantung kepada jantinanya dan seberat 9.97 kg. 

"Ramai doktor veterinar memberitahu bahawa Bella ialah kuda paling kecil yang sempurna dan tidak mempunyai ciri-ciri seekor kuda kerdil. Ia juga tidak mengalami masalah kesihatan dan sangat comel," kata Alison. - Agensi

Sumber: Kosmo!

comel je kan, tapi macam kuda yang lain je ni

jauh berbeza

Monday, October 25, 2010

NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY

Join satu lagi GA daripada Nina's collection


Tag 3 orang:

kepada sape2 yang berminat nk join GA ni gak..sila klik SINI  

tarikh tutup:
1 disember 2010  

Hadiah menarik menanti...tak tau la ape kan..sekali die kasik kapal selam ke??tak pon swimming trunkpon okew...hahhahaha

Sape nak hadiah free dari Paris? =)

harini aku nk join 1 lagi GA...besh...dapat adiah dari paris...

'Eiffel Tower Giveaway'


Banner GA yg ade backlink sekali


Tag 3 orang:
Lagenda Mahsuri
sorensen 
haida hida 
 
kalau korang berminat untuk join GA ni..klick je kt banner GA atas sinun atau kat side bar
 
 terima kasih kepada nadia&farah yang menganjurkan GA ni

AndaSuka...Merong Mahawangsa akan ke layar perak..


Ade iras cerita pirate of the caribbean tak? Ini adalah filem terbaru keluaran KRU studio...Hikayat Merong Mahawangsa..sempat tengok thriller filem ni masa aku gi tengok Jangan Pandang Belakang congkak 2..
thriller yang di mainkan memang agak gempak gile la...dah tak macam filem2 melayu yang lain punye cerita..dari segi camera effect memang cunzzz...sebijik macam cite2 perang dari holywood...

buku hikayat merong mahawangsa

Cerita Merong Mahawangsa ni asalnya adalah hikayat atau mitos yang menceritakan asal usul kerajaan kedah. Dalam filem ni pulak..KRU fokuskan Merong Mahawangsa yang menjadi eskot kepada putera Rom untuk berkahwin dengan puteri dari Dinasti Han dekat asia tenggara ni..

Mengikut Mitos..Merong Mahawangsa ni adalah keturunan Iskandar Dzulqarnain (Alexander the Great).
Dalam perjalanan eskot putera Rom tu..rombongan diorang ni kene serang dengan lanun Geruda..rasenye kat perairan melaka la kot...pastu...kita same2 la tonton muvie ni yang penuh dengan perperangan....aku suke..suke...ehhehehee...




Thriller Hikayat Merong Mahawangsa


Sumber: KRU Studio

Sunday, October 24, 2010

AndaSuka...Facebook...komen tanpa perlu guna otak...


Aku tergerak nak menulis ni lepas bukak facebook yg feymes kat malaysia ni...yang ibarat akhbar tabloid gitu..yang guna tanda2 seru ni....mesti korang tau kan...aku memang suke tengok pic2 yang di publish sebab banyak pic2 yang unik dikirimkan oleh peminat2 atau paparazi tak bertauliah..

kalau awal2 dlu..pic die banyak pasal benda2 yang melucukan...tapi sekarang..banyak kepada isu-isu panas yang belum tentu betol ke salah..dan makin hari, ayat-ayat pada title picture diorang ni makin Howt dan berapi lah...segala perkataan cacian di aplikasikan...

Yang menyedihkan, pihak admin laman Facebook ni langsung tak fikir masak-masak sebelum tulis title pada setiap picture yang diterima..contohnya, satu pic yg menunjukkan sorang pakcik update status yang tak masuk akal memalukan diri sendiri, ade ke orang waras yang sanggup tulis "apakah 1 dosa aku melakukan hubungan seks dengan wanita lain, bini aku di kampung berpantang...apa salahnya..mereka xfhm.."

bile diselidik..rupenye pakcik ni kene naya ngn badigol mane ntah...walaupon muke dan nama dah dikaburkan..tetap memalukan pakcik tersebut sbb title yg admin ni tulis dah menuduh pakcik ni 'perangai macam binatang'..

paling menyedihkan lagi..sume yang tinggalkan komen tak gunakan otak untuk berfikir..terus terima ape yg disajikan...padahal...komen2 yang lebih awal..ade yang dah terangkan yg pic tu scam je..ade orang edit.....tapi biasela...sume hantam dengan bahasa makian.....nampak sangat tak guna akal yang waras..aduyai...admin pon satu hal..kalau buat keje secara profesional...takde la jadi camni...bikin panas je diorang nie....

BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK...

AndaSuka...Lagi produk tiruan penyebab kanser..

Produk tiruan sarang burung walit penyebab kanser

 
SARANG burung walit produk tiruan (kiri) berwarna merah seragam dan berbau ammonia manakala produk asli hanya memiliki tompok kemerahan. 


SEREMBAN - Produk minuman kesihatan yang diperbuat daripada sarang burung walit kualiti terbaik yang berwarna kemerah-merahan boleh mencecah RM8,000 sekilogram namun jika anda tidak berhati-hati ketika memilih, pengambilan produk itu boleh menyebabkan kanser.

Kesan mengejutkan produk premium itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong yang berkata, risiko kanser itu bukan tindak balas semula jadi tetapi hasil perbuatan pengilang menggunakan bahan kimia berbahaya.
"Bahan kimia ini menjadikan sarang burung kemerah-merahan dan seakan-akan sama dengan sarang burung daripada kualiti terbaik.

Sumber: Kosmo!

P/s: berhati-hatilah membeli produk kesihatan...ramai penyangak yang pentingkan keuntungan dari kesihatan pelanggan mereka...murah tak semestinya asli dan mahal tak semestinya ori..ehh...ape aku tulis ni??

Friday, October 22, 2010

AndaSuka...Mac Book Air terbaru yg nipis bangat!!!

Komputer riba Apple paling nipis

 GAMBAR menunjukkan satu model komputer MacBook Air.

CUPERTINO, California - Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin. Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm. Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.

Satu lagi model komputer riba itu seberat 2.2kg dan baterinya tahan selama lima jam. Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata semasa melancarkan: "Kami bertanya kepada diri sendiri, apa akan berlaku jika MacBook dan iPad digabungkan? Maka inilah hasilnya." iPad ialah komputer tablet keluaran Apple.
GAMBAR menunjukkan dua model komputer MacBook Air yang nipis di Cupertino, California kelmarin.

Komputer MacBook Air tidak boleh membaca cakera padat (CD) atau cakera padat digital (DVD). Ia hanya menggunakan memori flash seperti iPhone. Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit. Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit. Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit. - Agensi

Sumber: Kosmo!

P/s: gile la nipis...nak selit bawah pintu pon lepas kot...berbaloi ke beli laptop ni dengan harga die yg mahal dan fungsi yg terhad..still kene beli external DVD drive dan external hard drive sebab storage die kecik je...memang mainan untuk org yang Beruwang la kan...Beruang sungguh...!!!!

nipis gilew kentang

nipisssssss nyeeeeeeeeee.......

Thursday, October 21, 2010

JOM SHOPPING KAT RIZI BIZ SHOP [RM 1000 perlu dihabiskan]







Harini, satu lagi contest menarik aku jumpe...tajuk contest adelah "JOM SHOPPING KAT RIZI BIZ SHOP". contest ni di anjurkan oleh RIZI-BIZ.COM dengan kerjasama salah satu blogger terkenal kt Malaysia ni..iaitu brader Ben ashaari...

Contest kali ni kene menjawab soalan-soalan yang diberikan dan juga memerah otak untuk menghabiskan duit yang diberikan..nak tahu lebih lanjut..klik pada Banner Ben ashaari kt atas sinun..

Soalannya :
  • Anda diberi RM1000 , sila habiskan duit itu dengan membeli belah produk produk yang terjual di RIZI-BIZ SHOP.
  • Anda perlu catatkan semua perbelanjaan anda seperti berapa jumlah unit yang anda beli  , perlu teka setiap harga barang tersebut dan mengapa anda pilih barang tersebut .. CATAT , JUMLAH UNIT DIBELI , TEKA HARGA SEUNIT ,  ALASAN .
  • Jika RIZI-BIZ SHOP ingin menjadikan sesuatu produk sendiri , apakah produk tersebut dan berikan alasan.
  • Pada pendapat anda , bagaimanakah cara terbaik untuk mempromosikan  serta menaikkan ranking sesuatu website ?
  • Apakah jenis produk yang tidak dijual diblog RIZI-BIZ SHOP jual dan sepatutnya dijual . Berikan sebab ..

  1. Kalau aku diberi RM1000..apekah produk yg aku akan beli???? jom shopping..


i-charge, alat ni bagus untuk menjaga lifespan bateri kereta dan memberikan lebih kuasa dan lebih kilometer kepada kereta anda. Selain tu, produk ni boleh menjaga plug kereta dan menambah baik kualiti bunyi speaker kete. nak guna kt kete gen2 aku tu. Harga Rm630. nak menjadi ahli untuk promote kepada kawan-kawan dan dapat komisyen.
kuantiti : 1unit
Harga: Rm 630


Susu colostrum Alpha-Lipid, produk kesihatan yang dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan. nak beli untuk diri sendiri dan juga untuk mak. Mak memang pengguna setia Alpha lipid ni. jadi nak beli 2 tin dengan Harga Ahli.
Kuantiti : 2 tin
Harga : Rm 150 x 2 = Rm 300


Detox Foot Patch, plaster herba yang mengeluarkan toksik dari badan melalui tapak kaki. cume lekatkan je kt tapak kaki..dan tido..boleh lihat kesannye pada pagi esok..Plaster ni membuang toksik2 dalam badan yg masuk sekali melalui makanan harian kita, makanan sekarang banyak bahan pengawet. Harga yang ditawarkan oleh RIZI BIZ ni sangat murah.. Rm8 untuk 10 keping. kos penghantaran Rm 4.
Kuantiti : 30 keping
Harga : Rm 24 + Rm 4 = Rm 28

Sensaoil , produk khas untuk lelaki perkasa. diadun dengan gabungan ekstrak lintah yang mengandungi hirudin, pheromone dan histamin. Formula ini juga mengandungi minyak zaitun, lada hitam dan halia. Sensaoil boleh merawat penyakit seperti sakit otot, kekejangan dan sengal-sengal badan.JANGAN salah anggap ye..aku beli produk ni sebagai hadiah kawan yg akan melangsungkan perkahwinan pertengahan bulan Nov nanti..mesti die suke sangat ngn hadiah aku ni...ahakss... RIZI BIZ memberi harga promosi Rm 33.90 dan Rm 5.00 untuk kos penghantaran. aku beli 1 botol.
Kuantiti : 1 botol
Harga : Rm33.90 + 5.00 =  Rm 38.90


cube kita kira berapa jumlah perbelanjaan aku:
630 + 300 + 28 + 38.90 = Rm 996.90 

Masih ada baki Rm 3.10 . consider aku dah belanja Rm1000 la..dengan baki tu aku guna untuk beli Teh Ais Special sambil duduk depan pc untuk memilih barangan di RIZI BIZ.

 2.Jika RIZI-BIZ SHOP ingin menjadikan sesuatu produk sendiri , apakah produk tersebut dan berikan alasan.

Rasenye, produk yang boleh dihasilkan oleh RIZI BIZ SHOP adalah cenderahati buatan tangan (hand Made) seperti uncang duit, uncang telefon atau perhiasan yang berasaskan benang kait..sebab apa?? melihat dari lokasi kedai RIZI BIZ SHOP ni terletak di seksyen 15 bangi yang dikelilingi oleh banyak institusi pendidikan, ia memberi peluang perniagaan secara pukal kerana pelajar-pelajar dari institusi pendidikan ini selalu menjalankan aktiviti seperti majlis makan malam dimana mereka memerlukan hadiah (door gift). Jadi, RIZI BIZ berpeluang menjadi supplier dan meluaskan lagi pernigaan di dalam institusi pendidikan yang ada ini.

3. Pada pendapat anda , bagaimanakah cara terbaik untuk mempromosikan  serta menaikkan ranking sesuatu website ?

Cara terbaik untuk mempromosikan website adalah dengan meningkatkan kerjasama dengan banyak website lain untuk mendapat lebih banyak review lebih-lebih lagi apabila bekerjasama dengan website-website yang terkenal. dengan cara ini lebih ramai pengguna internet mendapat maklumat tentang website yang dipromosikan dan menaikkan ranking website itu.

4. Apakah jenis produk yang tidak dijual diblog RIZI-BIZ SHOP jual dan sepatutnya dijual . Berikan sebab .

Produk yang tidak terdapat di RIZI BIZ adelah produk berasaskan perkhidmatan contohnya seperti perkhidmatan cetakan baju custom, Banner/bunting/poster printing dan perkhidmatan menjilid tesis. ini kerana permintaan terhadap perkhidmatan ini tinggi di kawasan bandar baru bangi yang dihuni oleh pelajar universiti dan kolej-kolej swasta.


okes..selesai menjawab semua soalan...lagi lame dari aku menjawab soalan asas mikrobiologi..uhuhuhuu...mintak mintak dapat A+ ahahahhahaha

AndaSuka...Ikan Piranha paling bessaaa punyoooo....




Ikan piranha gergasi berjaya ditangkap

BENTUK ikan piranha gergasi.

LONDON - Seorang pemancing, Jeremy Wade berumur 52 tahun menangkap seekor ikan mirip piranha sepanjang 1.52 meter dan berat 45.39 kilogram di Sungai Congo, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu mempunyai 32 batang gigi yang saiznya sama dengan ikan jerung putih. Ia ditangkap dengan joran 90.7 kilogram dan menggunakan umpan seekor ikan air tawar, baru-baru ini.

Ikan itu merupakan spesies ikan harimau Afrika yang terkenal kerana menyerang manusia dan buaya.
Pemancing itu yang merupakan hos program River Monsters di stesen televisyen ITV berkata, dia mengambil masa lapan hari sebelum berjaya menangkap ikan itu.

"Ia merupakan seekor ikan yang amat berbahaya untuk dikendalikan. Jika anda tidak berhati-hati, ikan itu dengan mudah akan memutuskan jari anda," katanya. - Agensi

Sumber: Kosmo!

P/s: kalau camni punye besa la ikan piranha...ikan jaws pon die leh akikah ramai2...uhuhuhuhu...badan die normal je...tang gigi tu dah menunjukkan kekejaman ikan ni...

AndaSuka...Kucing Terpanjang di Plenet Biru

Stewie kucing terpanjang di dunia


 GAMBAR menunjukkan Stewie yang sepanjang 1.23 meter. 

LAS VEGAS - Seekor kucing yang berusia lima tahun telah memecahkan rekod dunia Guinness sebagai kucing domestik paling panjang di dunia. Kucing tersebut yang diberi nama Stewie diukur dari hujung hidungnya ke hujung ekor sepanjang 1.23 meter.

Rekod kucing terpanjang sebelum ini adalah 1.21 meter. Pemilik Stewie, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, memberitahu, ramai orang terpegun dengan kepanjangan kucing itu. - AP

Sumber: Kosmo!

P/s: camne la kucing ni nk jilat seluruh badan die kan..mesti la penat gile...ahahhaha....

Wednesday, October 20, 2010

AndaSuka...Direnjat Eletrik sebelum disamun dan Dicabul..berhati-hatilah

 MOKHTAR (tengah) menunjukkan alat renjatan elektrik yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Merenjat mangsa di leher atau belakang badan dengan menggunakan alat renjatan elektrik sebelum menyamun dan mencabul mangsa. Itu tindakan kejam yang disyaki dilakukan dua lelaki yang dikenali sebagai 'Geng Abang Karan' setiap kali menyamun di sekitar bandar ini.

Bagaimanapun, tindakan mereka tidak ke mana apabila kedua-duanya dicekup di Larkin Perdana di sini pukul 9 malam Jumaat lalu. Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit dikenali sebagai Abang Karan di kalangan dunia penjenayah kerana kedua-duanya telah berusia 40 tahun selain mereka dipercayai sering menyerang mangsa-mangsanya di leher atau belakang badan menggunakan alat tersebut.

Sebaik diserang, mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi itu difahamkan akan 'lumpuh' seketika sekali gus memudahkan kedua-dua lelaki terbabit menyamun termasuk mencabul mangsa. Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta.

Selain alat renjatan elektrik tersebut, polis turut merampas sebatang kayu besbol, satu plastik lutsinar mengandungi ganja dan beberapa set kunci untuk pecah rumah.
Sumber: Kosmo!

P/s: kepada kaum hawa...sila berhati-hati kalau jalan di lorong-lorong atau kawasan yang sunyi dan jauh dari pandangan orang..elakkan jalan di tempat gelap dan kalau boleh..biarla berteman...bahaya zaman skang ni...penjenayah ramai sesangat...sila sediakan paper spray atau wisel untuk digunakan bile keadaan memerlukan...
 salah satu alat renjatan eletrik
contoh taser gun yang digunakan polis


AndaSuka...Sepetang mencari botol air Ultraman...keciwaaa!!!!

kipas susah mati otromen no.1

Petang semalam aku dan cik Irabun a.k.a ateh keluar dating shopping dengan misi untuk mencari botol air otromen atas permintaan budak kenit kt atas tu...name die Damia maysara(alamak, lupe name penuh) a.k.a mia ank sedare kepada ateh...

 mia sedang posing

Tuesday, October 19, 2010

AndaSuka...Sarung tangan di Tekak???huh...

Sarung tangan tertinggal dalam tekak pesakit

LONDON: Sepasukan pakar bedah tertinggal sarung tangan getah dalam tekak pesakit, menyebabkan suaranya berubah seperti penyanyi lagu soul, mendiang Barry White.

Pembedahan itu bertujuan membantu pemandu trak, Wayne Williams supaya mudah bernafas. Apabila sedar daripada pembedahan, kakitangan di Hospital St George di Tooting, London Barat Daya, berkata, keadaannya baik.
Bagaimanapun, setahun kemudian, ujian pengimbasan menunjukkan terdapat sarung tangan di dalam tekaknya. Williams, 36, berkata, kesilapan pakar bedah itu memusnahkan kehidupannya.
Dia bagaimanapun mendapat pampasan berjumlah �350,000 (RM1.7 juta).
Sumber: myMetro

contoh sarung tangan getah pembedahan

tapi kalau sarung tangan jenis ni yg tertinggal..huh..naya je..
P/s: macam-macam kesengalan yang terjadi rupenye...nasib la lampu pembedahan tak tertinggal sekali kan..

Monday, October 18, 2010

AndaSuka...Kawen 2 dalam masa sehari..mustahil berlaku di Malaysia!!

Lelaki kahwin dua dalam tempoh 24 jam

 AZHAR HAIDRI (kanan) duduk bersama saudara-maranya di Multan malam kelmarin.

MULTAN - Seorang pemuda Pakistan berumur 23 tahun, Azhar Haidri merancang untuk berkahwin dengan dua wanita dalam tempoh 24 jam. Rancangan itu mendapat perhatian ramai penduduk di Pakistan kerana pemuda tersebut mahu menyelesaikan dilema yang menghantui dirinya.

Dilema yang dihadapinya itu ialah dia jatuh cinta dengan seorang wanita berusia 21 tahun, Rumana Aslam.
Bagaimanapun, keluarganya mahu Azhar berkahwin dengan seorang wanita berumur 28 tahun, Humaira Qasim yang menjadi tunangnya sejak dia kecil.

Contest Review Blog Dauspozi.com

 

Harini aku nak join satu lagi contest...contest apaaa????? Contest Review Blog Dauspozi.com
1st sekali... aku macam nk menangis tengok info pemilik blog ni...umur baru je 16 tahun...dah ade blog...pastu followers plak 1054 sudah...teringat masa aku umur 16 tahun dlu...nk maen mIRC pon kene gi cc..budak2 skang ni makin maju...makin terer...huhuhu...

Okes..nak cerita pasal blog Dauspozi ni..Dibina pada 27 Januari 2009 menggunakan domain Dauslife.blogspot.com dan dijenamakan semula menggunakan domain Dauspozi.com pada 28 Mac 2010. Domain Dauspozi.com ditaja seorang blogger popular yang tidak disebutkan namenye..

AndaSuka...Senyum - Malique feat. Najwa

Senyum..Tak perlu kata apa-apa
Senyum..Tak perlu kata apa-apa..
senyuman adelah sedekah..senyuman gak adelah senaman..

Ni ade 15 Fakta Menarik tentang senyuman
sebelum bace tu..play dlu video ni..leh layan lagu sambil bace fakta...


 















Sunday, October 17, 2010

AndaSuka...Kelab Kereta a.k.a Car Club...ape kelebihannya??

Gen2 biru Angel Blue ni la kekasih hatiku

Meeting point kt dataran putrajaya..TT dinner kt Bagan Lalang


Harini baru terasa nk upload pic kekasih hati yg selalu menemaniku ini...sebenarnye post kali ni bukan nak cite poyo-poyo pasal kereta ke ape...tapi pasal Car Club.. Car club yang dimaksudkan oleh saye adelah Gen2Club Malaysia ataupon G2C ni die nye link http://www.gen2club.com/v2/ dan http://www.gen2club.com/v2/forum/ untuk mengakses forum

 Join pelancaran Program Belia 1 Malaysia kt Golden Horses

Dah setahun lebih aku berpacaran ngn gen2 aku ni...beli 1 sept 2009..2nd hand je.. sebelum beli kereta ni..banyak yang aku pikirkan...maklumla...decide nak beli kereta 2ndhand ni susah woo...korang kene banyak buat study pasal kerata 2ndhand...ape point2 yg korang kene chek untuk maksure tak beli kereta yg conditionnye teruk ataupon kereta potong ataupon kereta banjir..nak dekat sebulan la aku merayap kt used car area kajang,bangi,serdang sampai la ke batu caves/kepong sane...dan aku beli kete ni pon kt kepong la..gile jauh kan...dok kt bangi beli kete kt kepong...alasannye...dah kete ni je condition die okew dan loan boleh lepas...banyak yg lain tak lepas loan aku...student lagi la katekan...

AndaSuka... iPhone4 Paling mahal dalam galaksi Bima Sakti..

 iPhone4 yg tak mahal

LIVERPOOL - Sepasang telefon bimbit pintar iPhone Edisi Ros Berlian dipercayai merupakan iPhone termahal di dunia.Sebuah akhbar melaporkan kelmarin bahawa kedua-dua iPhone 4 32GB berkenaan dihasilkan oleh seorang pembekal di Liverpool, Stuart Hughes.

 iPhone4 yg terlampau mahal

Koleksi itu ditempah oleh seorang warga Australia pada harga mencecah AS$8 juta (RM24.6 juta).
Setiap telefon berkenaan ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat.
Badannya pula disaluti emas dan platinum manakala bingkainya diperbuat daripada granit. - Agensi 

Sumber: Kosmo!
*********************************************************************************************

Gile la...henphone je pon. Tecelop dalam cawan..mau teros kong...uih..ni kalau dapat cungkil 2 3 bijik berlian kt iPhone ni pon da cukop nk tuka kete baru...hahahaha...takpe la...iPhone4 berlian pon bukan buleh dibawa mati, budi yang baik juga dibawa mati kan...ehh...bawak sekali dalam keranda buleh..tapi bukan leh pakai pon...pasni spender pon buleh la tatah dengan berlian yer....

perhh...kalau henphone ni tercicir...sape yg jumpe tu takyah kije dah...3 bulan sekali gi cungkil berlian sebijik gi gadai...mabelesssss......

Entry terkini...

LinkWithin