Followers

Thursday, October 14, 2010

AndaSuka...Ukiran mimbar unik dari kayu cengal

MIMBAR masjid merupakan satu bahagian di dalam masjid yang menjadi tempat imam berdiri untuk membaca khutbah. Mimbar juga berperanan untuk imam melihat jemaah supaya khutbah dapat disampaikan secara terus kepada jemaah.

MIMBAR berperanan untuk imam melihat jemaah supaya khutbah dapat disampaikan secara terus kepada jemaah. 

Kebiasaannya, mimbar mempunyai pelbagai bentuk dan ukiran yang dihias cantik serta berkubah. Selain itu, mimbar juga didirikan lebih tinggi dan mempunyai tangga dengan kedudukannya menghadap ke arah kiblat.
Tata rias dan corak yang dibuat oleh pereka mimbar biasanya mengikut kreativitinya. Malah ada juga antara pelanggan yang mereka khutbah mengikut cita rasa sendiri.

Bagi seorang pembuat mimbar majid bumiputera, Nasarudin Yahaya, 46, beliau akan memastikan setiap mimbar yang dihasilkan mempunyai keistimewaan tersendiri.


Nasarudin juga akan memastikan pelanggan berpuas hati kerana beliau mengakui pembuatan mimbar merupakan satu tugas rumit dan memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan.
“Bagi satu-satu mimbar, tempahan boleh disiapkan dalam masa dua bulan dan ukiran merupakan bahagian paling sukar untuk dihabiskan.



“Ukiran perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan ukirannya betul-betul mengikut cita rasa pelanggan.
“Setakat ini, kebanyakan pembeli berpuas hati dengan mutu kerja saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Kelebihan mimbar di bawah syarikat milik Nasarudin iaitu Mimbareka Enterprise di Lorong Padi Emas, Pantai Johor, Alor Setar, Kedah ialah beliau menggunakan kayu cengal sebagai bahan asas.

 kayu cengal yg tahan dan kuat

Pengalaman kedai perabot
Pada masa yang sama, ukiran-ukiran di mimbar itu juga menggunakan reka bentuk terkini. “Kayu cengal diperoleh dari negara jiran dan kebanyakan reka bentuk saya buat sendiri.
“Ada juga pelanggan yang membawa reka bentuk mengikut cita rasa mereka,” katanya yang dibantu oleh tiga orang pekerja.

TEMPAHAN mimbar boleh disiapkan dalam masa dua bulan.


Menyentuh tentang pengalaman Nasarudin menceburi bidang itu, beliau pernah mencuba pelbagai kerja termasuk belayar dengan kapal selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selepas itu beliau menimba pengalaman bekerja di kedai perabot selama tujuh tahun sebelum membuat mimbar.

“Selepas tamat SPM, saya belayar dan kemudian berfikir untuk cuba satu benda baru dengan berkecimpung dalam bidang perabot.
“Saya mula bekerja dengan orang lama seperti membuat perabot rumah dan lama-lama baru terfikir untuk membuat mimbar,” katanya.
Dengan pengalaman yang diperoleh termasuk bimbingan daripada kerajaan, kini Nasarudin boleh berpuas hati kerana perniagaannya yang semakin maju kerana sering mendapat tempahan daripada kontraktor binaan masjid dan ahli-ahli masjid.

Bagi mengukuhkan perniagaannya, Nasarudin tidak hanya memfokuskan pada membina mimbar semata-mata. Beliau sebaliknya, mempelbagaikan kepakarannya membuat perabot.
“Berbekalkan pengalaman bekerja di kedai perabot, saya juga ada membuat kabinet dapur,” katanya.

Sumber : Kosmo!

No comments:

Entry terkini...

LinkWithin