Followers

Wednesday, October 20, 2010

AndaSuka...Direnjat Eletrik sebelum disamun dan Dicabul..berhati-hatilah

 MOKHTAR (tengah) menunjukkan alat renjatan elektrik yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Merenjat mangsa di leher atau belakang badan dengan menggunakan alat renjatan elektrik sebelum menyamun dan mencabul mangsa. Itu tindakan kejam yang disyaki dilakukan dua lelaki yang dikenali sebagai 'Geng Abang Karan' setiap kali menyamun di sekitar bandar ini.

Bagaimanapun, tindakan mereka tidak ke mana apabila kedua-duanya dicekup di Larkin Perdana di sini pukul 9 malam Jumaat lalu. Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit dikenali sebagai Abang Karan di kalangan dunia penjenayah kerana kedua-duanya telah berusia 40 tahun selain mereka dipercayai sering menyerang mangsa-mangsanya di leher atau belakang badan menggunakan alat tersebut.

Sebaik diserang, mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi itu difahamkan akan 'lumpuh' seketika sekali gus memudahkan kedua-dua lelaki terbabit menyamun termasuk mencabul mangsa. Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta.

Selain alat renjatan elektrik tersebut, polis turut merampas sebatang kayu besbol, satu plastik lutsinar mengandungi ganja dan beberapa set kunci untuk pecah rumah.
Sumber: Kosmo!

P/s: kepada kaum hawa...sila berhati-hati kalau jalan di lorong-lorong atau kawasan yang sunyi dan jauh dari pandangan orang..elakkan jalan di tempat gelap dan kalau boleh..biarla berteman...bahaya zaman skang ni...penjenayah ramai sesangat...sila sediakan paper spray atau wisel untuk digunakan bile keadaan memerlukan...
 salah satu alat renjatan eletrik
contoh taser gun yang digunakan polis


8 comments:

Khumaera Ismail said...

huhu~ganas gile siap pkai perenjat..polis msia pun ta guna mende tu..

paDel said...

@Khumaera Ismail
dah name penjenayah...buat ganas je la diorang tau..kalau jumpe..langgar je ngn stemroll..

LyNn HaMzAh said...

isshhhh...menakutkan...memang kena lebih berhati-hati la skrg nie...

Afiq Bukhari said...

pale hotak die gang abang karan. sesuka hati je nk buat camtu..baik gelar gang abang bangang.

orangmuo.com said...

macam-macam cara nak buat jenayah..otak & akal anugerah Allah.. sayangnye digunakan utk berbuat perkara zalim..

paDel said...

@LyNn HaMzAh
haa...len kali nk gi mane2...buleh ajak saye taw...hikhikhik

@Afiq Bukhari
mau die buat geng abang TNB kang...ape ko nak jawab plak???tak pepasal org TNB mogok sebab dikaitkan ngn jenayah...bergelap la kite...ahahahhaa

paDel said...

@orangmuo.com
lebih tepat...diorang gunakan kepala lutut sebenarnye

Gen Fujita said...

Tazer orang dah boleh dapat kat internet, kat sempadan pun boleh kalau pandai cari, kalau terer buat sendiri pun boleh, benda sekarang dah senang dapat, if you know where to get it. Apa pun, hati-hatilah, terutama kepada kaum hawa.

Entry terkini...

LinkWithin