Followers

Friday, October 29, 2010

AndaSuka...Harga berkadar langsung dengan Kualiti

Terselamat selepas kereta sport melayang

 
KERETA sport Lamborghini Gallardo.


DALLAS - Seorang pelumba, Richard Holt, 40, tidak mengalami sebarang kecederaan semasa kereta sport Lamborghini Gallardo bernilai AS$238,871 (RM742,963) yang dipandunya di trek Texas Mile di Amerika Syarikat melayang dan berpusing beberapa kali selepas dirempuh angin lintang pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada mulanya, dia memandu selaju 378 kilometer sejam sebelum membrek dan kereta itu mengeluarkan payung terjun untuk memperlahankan kelajuan.Namun, angin lintang yang kuat menyebabkan kereta itu tidak stabil menyebabkan ia terbabas dan melayang sebelum berpusing beberapa kali dan terhempas. Anggota-anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan mereka mendapati Holt cuma terperangkap di dalam kereta itu dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan. - Agensi

Sumber: Kosmo!

P/s: memang sangat berbaloi dengan harga yang dia bayar....kalau bawak Gen2 kemalangan pada kelajuan 120km/J pon da jadi keranda kot.. huuuuu....pantang maut sebelom ajal...

No comments:

Entry terkini...

LinkWithin