Followers

Thursday, October 21, 2010

AndaSuka...Ikan Piranha paling bessaaa punyoooo....




Ikan piranha gergasi berjaya ditangkap

BENTUK ikan piranha gergasi.

LONDON - Seorang pemancing, Jeremy Wade berumur 52 tahun menangkap seekor ikan mirip piranha sepanjang 1.52 meter dan berat 45.39 kilogram di Sungai Congo, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu mempunyai 32 batang gigi yang saiznya sama dengan ikan jerung putih. Ia ditangkap dengan joran 90.7 kilogram dan menggunakan umpan seekor ikan air tawar, baru-baru ini.

Ikan itu merupakan spesies ikan harimau Afrika yang terkenal kerana menyerang manusia dan buaya.
Pemancing itu yang merupakan hos program River Monsters di stesen televisyen ITV berkata, dia mengambil masa lapan hari sebelum berjaya menangkap ikan itu.

"Ia merupakan seekor ikan yang amat berbahaya untuk dikendalikan. Jika anda tidak berhati-hati, ikan itu dengan mudah akan memutuskan jari anda," katanya. - Agensi

Sumber: Kosmo!

P/s: kalau camni punye besa la ikan piranha...ikan jaws pon die leh akikah ramai2...uhuhuhuhu...badan die normal je...tang gigi tu dah menunjukkan kekejaman ikan ni...

4 comments:

Unknown said...

cerita River Monster (CH 551)tu memang best... tengok waktu dia tangkap Ikan Keli gergasi tu.. pergh.. besar gile...
kuman "Bee.." Entry

Gen Fujita said...

Kat Afrika pun ada ikan macam piranha? Menarik.

Nik Lisa said...

erk, besar gila.

paDel said...

@Kuman Chaos
umah takde astro..sedey nyee...waaaa

@Gen Fujita
kt malaysia pon ade piranha laa...tapi piranha darat...ahahahaha

@n i k l i s a
kenape????tak pecaye keee??

Entry terkini...

LinkWithin