Followers

Saturday, October 16, 2010

AndaSuka...Magika, Filem Muzikal Malaysia yang best..


Hah...walaupon filem ni dah kua sejak 23 September lagi..tapi baru semalam aku sempat gi tengok movie ni kt Alamanda.. sebelum ni banyak rumors aku dengar..ade yang cakap best...ade lak cakap tak best sebab nyanyi2..terpulang la pada citarasa masing2..

 Antara barisan pelakon filem Magika

 Team Hang Tuah (apek) and the geng cakap utara

Tapi pada aku..filem Magika ni sangat unik sebab biasanya kt Malaysia ni yang ade teater muzikal je..dan setahu aku rasenye ni la filem anak tempatan pertama yg bertema filem muzikal (kalau salah tolong betolkan)..
Filem ni menggabungkan fantasi dongeng dan lagenda terkenal dari Malaysia macam, Puteri gunung Ledang, Pak pandir, Hang tuah and the geng, Mahsuri, Nenek kebayan, Badang, bawang putih&bawang merah, orang minyak, Awang(lembing awang pulang ke Dayang), Pak belalang, dan jugak pokok yang bercakap iras2 macam cerita cave of the golden roses.

Hero: Bad a.k.a Badang (Mawi) dan Heroin: Ayu (Diana Danielle)

Secara ringkasnya, Magika mengisahkan Ayu (Diana Danielle) dan adiknya Malik (Fimie Don) yang baru kematian ibu telah terjatuh kedalam sebuah perigi yang mana ia adalah pintu untuk ke dunia fantasi Magika, lebih kurang macam kene culik ngn bunian la.. Malik yang menyalahkan diri sendiri kerana menganggap menjadi punca kematian ibunya menjadi sangat sedih dan tidak mahu mendengar nasihat kakaknya (ayu).. konflik antara Malik dan akaknya diselesaikan di alam Magika apabila Ibu Malik (Ogy) memujuk malik..

Nenek kebayan sexy

Watak antagonis yang dipegang oleh Nenek Kebayan (Ziana Zain) sangat berkesan dan bersahaja..selain watak2 dongeng lain yang sangat lawak memberikan tontonan santai kepada setiap penonton...Tentang nyanyian plak..dari pengamatan aku, nyanyian tu kebanyakan adalah dialog yang diolah dalam bentuk nyanyian je..so penyampaiannye agak unik dan sesetengah lagu yang disampaikan sangat menarik dan memberi kesan yg mendalam (dan namepon filem muzikal kan???)

bawang Putih&bawang Merah yang howtt

Okeh..dari segi kekurangan pulak...beberapa babak yang menggunakan teknik CGI masih boleh di tingkatkan kualitinya...normal la..ni filem malaysia...bukan hollywood yg ade teknologi CGI tercanggih....

Orang minyak (Nabil) yang agak lucah..hahaha

Filem ni ade iras2 macam The Chronicles of Narnia sket..so sesuai gak lah kalau nak dibuat sekual ke 2 filem ni..papepon...harapan dari aku..kalau ade sekual kedua Magika ni...harap lebih menarik dan mantap...
Sokonglah industri filem Malaysia dan tahniah kepada KRU studio kerana menghasilkan filem yg unik dan besh nih...

  Rindu seorang anak (Malik a.k.a Fimie Don) kepada ibu yang telah tiada

Genre: muzikal/komedi/drama
Mode tontonan: santai sambil makan popcorn gelak2 lagi
Rating: 8/10 Bintang

P/s: Diana dalam cite ni ayu gile cam name watak die woo....gigil2 tangan nk suap popcorn...ahahahahaha

7 comments:

moon said...

da tngk da.... bez la cter nie....
suke2...=)

paDel said...

moon : besh kan...
lawak tyme nabil ngah gatal tu..ahahahaha

Unknown said...

ak pn tgk kt alamanda semlam...haha...nasib xjumpe...mcm kenal je kan...ermm okla kot cite ni...nasib org blanje...layan jela...hehe

Unknown said...

aku dah tgk smalam kat TGV Tebrau City... mula2 cam malas ah nk tgk sebab cerita muzikal kan... aku memang tak suka... tapi disebabkan bwk anak... try jugaklah... Tup2 ish... best giler citer nie... anak aku siap emosi lagi... katanya macam dia masuk dlm filem plak... he3... Thumb up to Edry....

paDel said...

@BezBuddy
haha...kalau kenal sure la tengok same2 kan..nasib la tak kenal...isk...apesal tak cakap ade org banje...leh join sekaki...

@MyaScarff
haaa...tu la...rase macam terfantasi sekali ngn cerita ni...lagi2 bile tengok bawang 2 ketul tu..ayu je...diana tu jgn cakap r..terlebih ayu sudah...ahahahha...
babak badang makan muntah paling yarkksss...haha

zarina said...

lagu nyanyian pokok-pokok tu memang best..love KRU

paDel said...

@zarina

betol tu...pandai diorang bikin lagu kan...nampak cam sempoi je..

Entry terkini...

LinkWithin