Followers

Saturday, December 18, 2010

AndaSuka...Manusia brperangai setan..

Simbahan asid lelaki cemburu


TUMINAH menunjukkan telefon bimbit yang memaparkan imej Nur Ain yang kini koma selepas ditikam sebanyak 19 kali dan disimbah cuka getah oleh seorang lelaki di Kota Tinggi kelmarin.


KOTA TINGGI – Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang lelaki terhadap seorang wanita yang dikatakan keluar dengan lelaki lain sampai ke kemuncaknya apabila dia bertindak menikam mangsa bertubi-tubi dengan sebilah pisau dan menyimbah tubuhnya dengan cuka getah kelmarin.

Kejadian pukul 9.15 pagi itu berlaku di rumah mangsa di Kampung Baru Sungai Redan di sini. Ekoran itu, Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, koma apabila badannya melecur hampir 70 peratus akibat terkena cuka tersebut manakala beberapa bahagian tubuhnya termasuk di kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan paha ditikam sebanyak 19 kali.

Mangsa kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh anak angkat keluarga mangsa berusia 42 tahun yang dikatakan tidak dapat menerima hakikat bahawa cintanya ditolak selain cemburu.

sumber: kosmo!

p/s: isk..isk...isk...ape nk jadi la ni...1 lagi kes menunjukkan ramai manusia dah berperangai lagi teruk dari binatang...bila minda dirasuk setan...ni la jadinye...

No comments:

Entry terkini...

LinkWithin