Followers

Friday, November 26, 2010

AndaSuka...Logo Halal...tapi Halal ke??

Awas logo halal bukan milik restoran - Jakim


SEORANG pekerja menutup logo halal yang tertera di papan tanda sebuah restoran selepas diarahkan Jakim dalam serbuan di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Sebuah restoran bukan Islam di Jalan Gasing di sini diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam setelah mendapati logo halal pada papan tanda yang dipasang bukan milik restoran tersebut.

Restoran yang sentiasa mendapat sambutan ramai diserbu lapan penguat kuasa Bahagian Hub Halal Jakim dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri semalam.

"Serbuan dibuat setelah kami menerima aduan daripada orang ramai yang meragui status halal restoran tersebut.. "Bila ditanya kenapa letak logo halal pada papan tanda, mereka mengatakan logo tersebut adalah milik produk yang menaja papan tanda tersebut," kata Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah.

Sumber: Kosmo!

P/s: Teringat salah satu restoran kt e-curve...tingkat dua..warna hijau...besar gile logo halal die tepek kt Papan Nama kedai..bukan poster tau..yg macam ukiran tu...tapi sijil rasenye cam takde je die tampal kt kaunter pembayaran...banyak je kedai yg tak tampal pon sijil halal ni..tak tau la dia tak mohon ke..atau die simpan wat pekasam..

4 comments:

cikmawar said...

duduk di negara islam yg sepatutnya xpayah nak ragu2 halal haram, tp lebih bahaya kn.. kite xpasti btul2 halal ke x makanan kite skrg..
huhu..
makin hari mkn banyak je dpt maklumat tntang xdpt status halal ni..
gerun rase..

kasih suci said...

tu la..kdg2 banyak logo halal yang palsu...kite sebagai umat Islam kena sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan logo halal yang dipaparkan pada mana2 restoren...

RuSh D said...

tue ler..susah nk pastikan..

RuSh D said...

tue ler..susah nk pastikan..

Entry terkini...

LinkWithin