Followers

Wednesday, November 10, 2010

AndaSuka...Swasta atau kerajaan...yang penting perkhidmatan

Pesakit semakin kurang, pendapatan doktor merosot 


KUALA LUMPUR - Pengamal perubatan am yang pernah dianggap sebagai golongan profesional berpendapatan tinggi di negara ini kini merosot pendapatan berikutan jumlah pesakit yang semakin berkurangan, demikian menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Rencana pengarang terbaru buletin terbitan persatuan itu berkata, trend tersebut membimbangkan kerana profesion itu mungkin pupus satu masa nanti hingga para pesakit menghadapi kesukaran mendapatkan rawatan.
Rencana pengarang itu berkata, pengamal perubatan am di Malaysia merupakan amalan pilihan yang laris dan banyak doktor meninggalkan perkhidmatan kerajaan untuk menyertai sektor swasta sebaik sahaja perkhidmatan wajib mereka selesai.

"Seorang pengamal perubatan am terkenal di Lembah Klang boleh melihat lebih daripada 150 pesakit sehari semasa waktu yang baik tetapi sekarang ia menurun kepada kira-kira 20 orang,'' katanya.

 Doktor lebih berminat hospital swasta : gambar hiasan

sumber: Kosmo!

P/s: Sape yang bersalah??semua orang ada keinginan untuk mendapatkan hidup yg lebih baik...kaji semula perkhidmatan yang diberikan di hospital kerajaan....

3 comments:

Khumaera Ismail said...

true~!!
kalo dicompare hospital swasta ngan gov, memg jauh berbeza..bkn dari segi teknologi..teknologi da mantop..cume customer service je yg kureng..haritu sy admited kat KMC, for 2 days..wlpn mahal..hampir rm3k, tapi service dia sgt2 bgs..mesra pelanggan, dan cepat..

paDel said...

@Khumaera Ismail

sebab tu skang ramai yg dpatkan insuran kesihatan...sebab leh masuk hospital swasta..untuk yg takde duit byk cam saye ni...hospital daerah la jawabnye

nur said...

'like'?hmmmm
ALL IN ONE

Entry terkini...

LinkWithin