Followers

Wednesday, November 10, 2010

AndaSuka...Eksperiment Big Bang untuk ape yer???

Saintis cipta letupan Big Bang


GAMBAR menunjukkan mesin Large Hadron Collider.


GENEVA, Switzerland - Sekumpulan saintis mencipta letupan mini Big Bang yang menunjukkan detik-detik permulaan alam semesta yang wujud hampir 14 bilion tahun lalu dengan menggunakan mesin penghentam partikel, Large Hadron Collider bernilai AS$6.4 bilion (RM19.79 bilion), lapor sebuah akhbar semalam. Letupan itu berskala kecil tetapi menghasilkan suhu 10,000,000,000,000 darjah Celsius, satu juta kali lebih panas daripada pusat matahari.

Seorang saintis Britain, David Evans yang merupakan salah seorang daripada 1,000 anggota eksperimen itu berkata: "Kami teruja dengan pencapaian itu. Perlanggaran partikel menjana suhu dan ketumpatan paling tinggi yang pernah dicapai dalam satu eksperimen."
Eksperimen itu dibuat di dalam sebuah terowong bawah tanah di sempadan Switzerland dengan Perancis pada Isnin lalu.

Ia dilakukan bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai alam semesta selepas letupan Big Bang atau letupan besar berlaku 13.7 bilion tahun lalu. - Agensi

Sumber: Kosmo!

P/s: Nilai mesin tu 6.4billion okew...dengan investment sebanyak tu...korang rase ape pulangan yg diorang harapkan daripada eksperiment ni...ape matlamat sebenar diorang??

2 comments:

klANA said...

byk mrk nak analyze.. plg menarik teori partikel Higgs.. kalau btl wujud n manusia blh kuasai.. time machine dah tak impossible lagi.. aper pon dgn izinNya jua...

p/s: artikel yg sgt menarik, thx 4 sharing :D

nur said...

banyak tu 6 billion.. kalau agih bagi modal wat bisnes kan bagus
ALL IN ONE

Entry terkini...

LinkWithin