Followers

Tuesday, November 9, 2010

AndaSuka..haiwan ganjil atau manusia jakun??

Kecoh makhluk ganjil di tasik

GAMBAR yang dihantar ke Institut Sains Marin Virginia menunjukkan bentuk hidupan air yang mencetuskan kekecohan di Newport News baru-baru ini.


RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa orang menemui satu benda ganjil yang besar dan bertompok-tompok terapung di sebuah tasik buatan di Oyster Point, bandar Newport News, Virginia, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pada mulanya, benda ganjil itu ditemui oleh seorang pekerja pejabat, Tracy Collier semasa membawa seekor anjing milik bosnya berjalan.

Dia dan beberapa pekerja pejabat lain kemudian menghubungi pakar-pakar di Institut Sains Marin Virginia dengan menghantar e-mel dan gambar makhluk itu. Makhluk itu berdiameter kira-kira 1.21 meter dan bergerak ke dalam tasik sejauh 1.82 meter.

Ia kelihatan bergoyang semasa gelombang ombak membadai makhluk ganjil itu. Pakar-pakar di institut tersebut menjelaskan bahawa makhluk ganjil itu merupakan koloni hidupan air Pectinatella magnifica.Koloni hidupan air itu muncul sama ada terapung atau berpaut pada objek terapung. - Agensi

Sumber: Kosmo!

p/s: ntah-ntah biawak kot...diorang tak penah tengok biawak ke??uhuhuhu...

5 comments:

watchalawatco said...

kalau nak diikutkan gambar mustahil pulak biawak.. hehe.. gambar tu pun nampak macam fake saja :)

Unknown said...

tak jelas la gamba nye..
macam batu je..

suria lekatlekit said...

Oo.. tu makcik tahu tu.. cicak tokek betul tak?? erkk.. cicak tokek bleh berenang ker

Unknown said...

skrg banyak sisa toksik buan merata2....xmustahil ada binatang berubah stucture dalaman dan luaran untuk membentuk spesies baru..ikan dbkl tu disebabkan sisa toksik la...ikan tu sebenarnya ikan keli sebelum ni

paDel said...

@wanbirakbatu
tak kesah la ape pon...hahahha

@diana
photographer tu tak terer amek gamba..ehehehe

@THE LEKAT LEKIT STORY
cicak tokek tu yg lompat2 tu..ni die mengesot..bukak cicak ni..salamandir kot

@E.d.Y
mutan la ni..ntah2 ninja tetel..betoi ke ikn dbkl tu ikan keli??iskk...iskkk...

Entry terkini...

LinkWithin