Followers

Tuesday, November 2, 2010

AndaSuka...Berhati-hati kalau buat cash deposit

Peniaga dipukau lelaki berkopiah

RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki yang memakai kopiah putih menuju ke belakang mangsa sebelum disyaki melarikan RM2,100 di sebuah bank di Shah Alam, Khamis lalu.

SHAH ALAM - Seorang pemilik kedai runcit kehilangan wang tunai RM2,100 selepas bahunya ditepuk oleh seorang lelaki yang memakai kopiah putih ketika mangsa memasukkan duit di dalam mesin deposit sebuah bank di Seksyen 14 di sini Khamis lalu.

Ketika kejadian pada pukul 1.21 tengah hari itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an pergi ke bank terbabit seorang diri untuk mendepositkan wang sebanyak RM5,000. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, semasa berada di dalam bank, bahu mangsa tiba-tiba ditepuk oleh seorang lelaki juga berusia dalam sekitar 50-an yang berada di belakangnya. Lelaki itu kemudian menegur mangsa kononnya cara dia memasukkan wang ke dalam mesin deposit salah dan ingin membantu.

“Mangsa selepas itu seakan-akan terpukau dengan menyerahkan kesemua wang kepada lelaki yang memakai kopiah itu. Selepas melakukan transaksi dia menyerahkan slip bank kepada mangsa lalu meninggalkan premis tersebut. “Beberapa minit kemudian, mangsa yang melihat slip bank itu terkejut apabila mendapati hanya RM2,900 yang dimasukkan manakala baki dipercayai dilarikan oleh suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber: Kosmo!

P/s: Air yang jernih jgn disangka tiada buaya...sekarang ni buaya bukan stakat kopiah die leh pakai, jubah,serban,baju polis, bomba, sampai baju mandi pon die leh pakai untuk menyamar..so, kene la hati2..kalau nk bank in duit ke..nk kuarkan duit ke..elok ajak kawan..pastu suh kawan tu stand by jauh sket dari kita..buat2 macam tak kenal..suh die tolong perhatikan kalau ade yg mencurigakan..mane la tau kene pukau..leh kawan tu wat flying kick dari blakang terus ke rusuk pemukau jahanam tersebut..duit dapat..penjenayah pon dapat..pastu tambah 2 3 das lagi tendangan halilintar ke muka dan juga alat sulitnya sebagai hadiah persahabatan...perhhh...tiba-tiba panassss je ati ni dengan perompak/penyamun/peragot/pemukau ni...sabo padel...sabo..kalau ko jumpe..ko langga je ngn kete...ahahahahhaha

4 comments:

djambu puadovich said...

air jernih boleh nampak ada buaya ke tak...tapi setuju dengan cadangan langgar dgn kereta~

djambu puadovich said...

air jernih boleh nampak ada buaya ke tak...tapi setuju dengan cadangan langgar dgn kereta~

Unknown said...

bahaya nye .. berselindung dibalik kopiah putih .. kenapa diblurkan muka si pencuri tu??? sebarkan je la muka dia ..

Unknown said...

hm... make sure sampai je ke mane2 ATM untuk cucuk duit atau buat cash deposit, bace la ape2 doa2 pendinding yang u all semua tau...

Entry terkini...

LinkWithin