Followers

Monday, November 29, 2010

Andasuka...Edisi lawak...Penerbangan

  Pada sebuah penerbangan dari Kuala Kumpur ke Australia.


  "Ini Kapten Kamal berbicara".


  "Atas nama seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan selamat
menikmati perjalanan anda bersama Hebat Airlines nombor penerbangan MH101 dari
Kuala Lumpur menuju Australia".


  "Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur".


  "Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap, maka anda akan melihat
bahwa kedua mesin sedang terbakar"


  "Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat
bahagian ekor sudah mulai tercabut"


  "Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu darurat kecil
berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda"


  "Mereka adalah saya iaitu kapten anda, beserta co-pilot dan seorang
pramugari. Anda sedang mendengarkan rakaman pesan saya"

 kalau aku la..takleh ketawa lagi dah....

Andasuka...Edisi lawak...warden

Temuduga warden Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara.

Pegawai :Awak ada pengalaman ke?
Pemuda :Tak ada.
Pegawai :Awak mesti dasyat kalau dapat keje kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?
Pemuda : Ooohhh...tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya
keluarkan je!!



hahahahhahaha....senang nye ko jawab lahabau... 

BERANI MATI : BLOG AKU BEST !

satu lagi segmen yang ditaja oleh Ben Ashaari


Kali ni Ben buat segmen untuk pemilik blog menilai/mereview blog sendiri pulak dengan cara menceritakan asal usul keturunan blog masing-masing..hahahahaha....kepada sape-sape nk join...klik banner Ben tue yer...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertama sekali..selamat datang kepada pengunjung Padelblog:AndaSuka......name aku padel...aku sangat menghargai kehadiran korang semua ke blog picisan aku ni...okes...seswai dengan tajuk BLOG AKU BEST! kt sini...aku  nk cerita sikit kenapa aku cakap..blog aku best...

Kategori Blog: aku mengkategorikan blog aku kepada santai/humor/info/rojak...
entry-entry yg aku post menggunakan gaya bahasa santai/hantam sajalah/pasar borong, sebab...aku ingin wujudkan suasana berehat tepi pantai sambil bace blog...isi-isi post aku plak terdiri dari lawak-lawak yg menggumbirakan hati aku dan juga maybe hati korang dan hati nyamuk juga...tak ketinggalan...masa aku rajin...akan keluar la entry-entry ilmiah yg tak berapa berinfo dan juga info ceduk dari kawan baek aku...iaitu..kosmo!...walaupon sesape je leh bukak kosmo! sendiri..tapi bukan sume rajin buat camtu..kan..kan...?????
santai sambil berblog ditepi pantai

Usia Blog: Kalau korang ibaratkan blog aku ni adalah manusia...nescaya...blog aku masih diperingkat janin lagi..hahahhahaha....mama...plz jgn gugurkan baby taw... baby tak besalah... papa yg besalah... kakakkakakaka...baru berusia tak sampai setengah tahun lagi...tapi insyallah akan terus HIDUP lama selagi aku tetap bernafas...cheewahhh....
owh...ini bukan aku....mahupon blog aku

Tujuan berBlog: ehh..ehh..Ben ni...ko tatau ke Ben...????orang buat blog ni sume nak jadi KAYA Ben... KAYA ko taw....hahahahha...kalau kekayaan yg aku kejar...sure dah lame aku delete je blog ni...buang karan je dok depan pc lame2..seposen pon 2 hari baru dapat....kehkehkeh....tujuan aku berBlog pada awalnya cuma nk mencuba...nk tau ape seronotnye ade blog...kemudian makin minat...dan jadilah HOBI... dan aku trus berblog kerana aku gembira...aku dapat meluahkan isi hati..dapat menjelajah dunia dengan lebih luas...yg penting..kekadang dapat tiket free dari nuffnang...hahahaha...
akulah musafir yg menjelajah dunia

Ape yang best pada blog aku: blog aku best sebab aku suke post ape yg aku rasakan menarik...hatta ceduk dari kosmo! sekalipon...kalau aku rase menarik...aku akan post...lepastu...aku akan post pandangan yg menarik je untuk pembaca-pembaca...kalau aku rase tak menarik..takde la aku post...aku jugak post lawak2 untuk sape2 yg mencari senyuman...dan aku POST sume tu...bukan kerana NAMA mahupon ingin menjadi postman...aku adalah insan biasa...
aku akan cuba untuk buat korang tersenyum

Sasaran Trafik untuk 2011: kalau korang tanye kt Ben sekalipon...die akan jawab..."saye sasarkan peningkatan 1000kali ganda dari trafik sekarang" walaupon sekarang trafik die dah macam kereta nk balik raya di setiap jalan raya...samalah aku jugak...aku harapkan traffik/pengunjung yg akan datang/minat/suke/sayang blog aku pada masa depan bertambah 99.98 billion kali ganda dari sekarang...dan UV harapan aku pada setiap hari-hari yg akan aku lalui nanti....biarlah lebih dari 2000UV/day...insyallah....akan menjadi kenyataan jua nanti...tanpa usaha...tiada kejayaan...betol tak??

semoga...makin bertambah pengunjung dimasa hadapan

semoga...yg ni pon bertambah jugak..

AndaSuka..."Bom Jangka" yg kita makan selalu...


Makanan adalah salah satu keperluan untuk hidup...hatta ulat dalam batu sekalipon perlu makan...apetah lagi manusia yg terkenal sebagai pemakan berjaya...hahahahhaha...tapi...Tahukah anda????makanan adalah penyebab penyakit merbahaya seperti kanser,sakit jantung dan juga darah tinggi..pasti anda semua tahu kan...kan...kan...???

Dan harini...fokus makanan yg aku maksudkan...adalahhhh.....Mee segera...sape tak penah makan mee segera???angkat kening!!mesti sume penah makan mee yg terkenal ni kan..Mee segera pertama telah dijual di jepun dengan jenama Chikin Ramen pada tahun 1958 (wikipedia et al.). dan sehingga sekarang..satu undian yg dijalankan di jepun menunjukkan mee segera menduduki tangga pertama mengalahkan karaoke dan cakera padat..

Dalam banyak-banyak makanan segera...mee atau nama kampungnya meggi (tidak merujuk jenama mee segera) sangat popular di kalangan masyarakat malaysia tidak kira bangsa mahupun umur...malah...ada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun lagi sangat gemar makan mee segera daripada makanan lain...kepada student pulak...mee segera adelah sahabat dunia akhirat...kepada yg bekerja..mee segera adelah backup plan...kepada penggemar mamak....meggi goreng mamak ibarat candu...(perhh...sanskrit ni)...




tahukah anda....untuk menjadikan mee segera keras macam yg kita tengok tu...memerlukan bahan seperti lilin(wax) untuk menyaluti dan memberi struktur kepada mee tersebut...selain itu..ia juga penting untuk mengelakkan mee tersebut melekat antara mee ketika dimasak...mee segera ini...jika dimakan...mengambil masa 3 hari untuk di hadam (sumber dari pembacaan)...maksudnye...dok dalam usus lebih lame dari makanan lain..sebab...enzim pencernaan terhalang untuk mencernakan mee tersebut...


Sepinggan mi segera mempunyai kandungan karbohidrat (daripada tepung) yang tinggi tetapi rendah kandungan serat, vitamin dan mineral. Mee segera sering di masak dengan cara menggoreng.. ini mengakibatkan kandungan lemak tepu/lemak trans meningkat dalam makanan berasaskan mee tersebut. Selain itu..mee segera yg datang dengan serbuk perasa biasanya mengandungi MSG dan kandungan garam yg tinggi...kandungan MSG dan juga garam (natrium) yg tinggi dalam pemakanan sangat tidak sihat kepada tubuh badan..

Antara kesan jangka masa panjang ialah kanser usus yg disebabkan oleh bahan pengawet mee segera dan juga penyakit-penyakit lain seperti kanser hati dan darah tinggi akibat kandungan garam dan bahan kimia yg tinggi....Satu lagi kebimbangan mengenai kesan buruk pengambilan mee segera terhadap kesihatan ialah produk mungkin boleh dikilangkan dengan lemak dan minyak teroksida jika proses tidak dilakukan dengan sempurna. Lemak dan minyak teroksida adalah bahan yang berbahaya (karsinogen dan pengoksida) kepada kesihatan  boleh menggalakkan penghasilan neurotoksin serta menyebabkan sel-sel saraf kurang aktif. selain itu..kebergantungan kepada makanan segera juga meningkatkan gejala skurvi  (kurang vitamin).


Boleh dikatakan...hampir kesemua makanan terproses atau makanan segera adalah tidak sihat kerana mengandungi asid lemak trans (trans fatty acid),iaitu bahan pengoksida kepada tubuh badan dan agen kanser..
tapi...nk buat macam mana kan....makanan segera adalah salah satu trend zaman sekarang...ape yg boleh kita buat...kurangkan mengambil makanan segera ni...bukan bergantung terhadap makanan segera untuk hidup...
Kepada yg gemar mee segera...kalau anda masak sendiri kt rumah...dinasihatkan...rebus mee tersebut...kemudian basuh mee yg dah kembang tu...then rebus untuk kali kedua...air rebusan yg pertama tu jgn la di gunakan dalam masakan atau di buat kuah sup...atau...gi masak nasik la deyy....makan nk telur goreng sebijik+kicap...lagi masyuk...


Ingatla...badan kita adelah apa yg kita makan...kalau sedap kt tekak...tak semestinya sihat untuk badan..betoi dak???mungkin sekarang kita sihat walaupon dah 1 kontena mee segera kita hadap..tapi...untuk masa depan???esok???lusa???anda nak ke dengar dr bagitau..."maaf..anda mengidap kanser usus akibat mee segera"....mintak dijauhkan...so...tepuk dada...tepuk dahi...tepuk segala...jgn ikut selera...okew....


Renung-renungkan...




AndaSuka...Ngangkung...seram, lawak..dan bermotif

Semalam...aku menyempatkan diri untuk tonton filem terbaru Metrowealth ni kt e-curve damansara...punye la ramai makhluk..patot la dr rozmey nk buat pilem je..cepat kayoo...tu pon kalau pilem sedap la kan...ahah......okes...antara  tarikan filem Ngangkung ni...yaaa...pelakon Shaheizy Sam...tu untuk golongan wanita la kan...tapi takde la sume datang nk tengok mamat ni...mesti sebab thriller yg di tontonkan agak lucu dan macam beshhh skooottttttttttt.....


Okeh....ni review dari aku yg tak bape suke kritik dan terima seadanya...memang takleh jadik  gossip reporter la aku ni.. sume pon omkey je kan...Ngankung adelah filem seram komedi macam jugak jgn pandang belakang congkak...berkisar pasal 3 orang sahabat nk menjadik kayo dengan mudah...


Movie ni menceritakan camne kesusahan akan menguji keimanan dan kewarasan berfikir seseorang...Azim (Sam), sorang pemandu lori yg gaji cukop2 untuk sara isteri dan sorang anak akhirnya terpengaruh dengan hasotan syaiiiitooonn untuk meNgangkung atau org sebut..tarik nombor ekor...kisah seram dalam cerita ni sampingan je sebenarnye..hantu tu sume sebagai sampingan je..yg utama adalah massage2 pasal gejala sohsial seperti menggugurkan kandungan,pinjam duit dengan Ahlong dan jugak maen nombor ekor...


boleh kata--cerita yg berunsurkan moral diselang-seli dengan lawak senario la...lawak yg ditunjukkan agak menjadi dan tak memualkan..plot cerita mudah difahami..msg sume akan sampai kpd pasangan2 kapel..ahahahahaha...memang platform yg baek la movie ni kan....



keseluruhan: aku kasik 7 dari 10 bintang kt langit..sila ambil sendiri bintang-bintang tu...hahahahahha

AndaSuka...Kalaulah semua boleh dimiliki....

Wanita dakwa daftar namanya sebagai pemilik matahari




MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat. Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer. Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet. Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari. 

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.
Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi

Sumber: Kosmo!

p/s: ape kata anda?????Gilo......nyawa pon bukan milik kita..apetah lagi matahari...hahahaha...aku nk claim..oksigen aku punye...hah...hah...jgn napas...jgn napas...sape nk napas..baya 10sen sebulan...kayo den...hhhahhahahahahha...

AndaSuka...Hapuskan denggi

Tiga lagi korban denggi minggu ini

GEORGE TOWN - Tiga lagi kematian akibat demam denggi dilaporkan minggu ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia di seluruh negara akibat wabak itu meningkat kepada 128 orang sejak Januari lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, satu kematian dilaporkan di Sarawak kelmarin manakala dua kematian dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang dan Johor pada Isnin lepas. "Jumlah itu menyaksikan peningkatan kematian kepada 50 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak hanya 78 kematian yang direkodkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus Basic Life Saving Training di sini semalam.

Beliau berkata, sehingga semalam sebanyak 43,477 kes demam denggi dilaporkan berbanding 37,205 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Sehingga semalam, Selangor mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi tahun ini berbanding negeri lain iaitu 15,520 kes dengan 43 kematian.

Sumber: Kosmo!

p/s: sekarang ni musim ujan...banyak air bertakung...rajin-rajinkan la periksa sekeliling kawasan perumahan...takut2 kalau ade tmpat nyamuk ni membiak...kalau demam 3 4 hari tu...cepat-cepat la gi hospital..


Friday, November 26, 2010

AndaSuka...Edisi: Teka-teki 2

pada satu petang...amad berjalan di tepi padang ragut..di sepanjang...perjalanan...amad terjumpa tali, tong sampah, dan juga makcik tengah sidai kaen...kemudian amad berjalan lagi...tiba-tiba amad terjumpe seekor lembu sedang naik angin (marah)....lembu itu mengejar amad...amad pon lari lintang pukang....tiba-tiba amad terfikir satu cara untuk lembutkan  lembu itu...

haaa....macam mane caranya amad nk lembutkan lembu itu??????????


Andasuka...Edisi lawak...ORiginal punyer!!!

Al kisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan
sendiri.Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya. Kemudian
berkatalah orang tuanya ... sekiranya engkau ingin lelaki pilihan
engkau sendiri .. carilah yang sopan santun dan ORIGINAL.

Hatta sebulan mencari bertemulah dia dengan seorang jejaka yang sopan
santun dan keoriginalannya belum lagi diketahui. Setelah selesai
upacara akad nikah, maka malam pertama pun dilalui bersama.
Pada malam pertamanya, si suaminya memakai kondom untuk membuat perancangan keluarga.

Keesokan harinya, si isteri pun memberitahu kepada orang tuanya bahawa suaminya betul-betul original.
Kemudian orang tuanya pun bertanya macam mana engkau tahu laki engkau tu original.
Anaknya pun berkata ... yang sisuaminya punye original sebab PLASTIK pun tak buka
lagi...................

 
hah....hah....haah !!!

AndaSuka..Edisi: teka-teki 1

SILA LA JAWAB....

1) telo apakah yang boleh membuatkan org tercengang-cengang?

2) salon apakah yang berunsur politik?

3) apakah pasangan untuk keris taming sari?

4)ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?


cepat jwaaaabbbbbbbbbb...!!!

AndaSuka...Edisi lawak...matahari...

Matahari
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya
tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku
mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan
apa
yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Doktor : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat
tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini
nanti..."
Doktor : "???"

hahahahhahaha.....

AndaSuka...Kepelikkan dan Keajaiban yg tak disengajakan-Nuffnang!!


ini bukan post riak atau bongkak untuk menunjukkan cek cash out dari nuffnang...tapi....ini adelah post untuk menunjukkan 2 keunikan yg berlaku pada cash out yg aku buat....dah dekat sebulan lebih aku cashout..arini saje la nk chek semula...
Ade 2 benda yg aku terperasan tadi sangat unik...iaitu...request date aku adelah 10 nov 10, jam 10:10 dan jumlah cash out adelah 55.33

huh...camne leh kembar2 lak ni...memang tak sangka betol...isk..isk.iskk...then...lepas aku paste tadi...satu lagi benda yg unik aku kesann...jam komputer aku menunjukkan 12:34 ...waaahhhh 1,2,3,4 pulak...ade ape ngn sume nombor ni...eii...seram la pulak tibe2....

ni bukan photoshop okew...ni ori..microsoft office picture tu aku guna untuk crop pic ni je...

AndaSuka...Edisi lawak..Bukak cawangan..

Buka Cawangan...

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami   : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri     : Kenapa pula?

Suami   : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri     : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami   : Berkenaan apa tu?

Isteri     : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami   : Contohnya?

Isteri     : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami   : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri     : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami   : Macam mana pula boleh sama?

Isteri     : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...               

ahahahahhahaa....no komen               

AndaSuka...Logo Halal...tapi Halal ke??

Awas logo halal bukan milik restoran - Jakim


SEORANG pekerja menutup logo halal yang tertera di papan tanda sebuah restoran selepas diarahkan Jakim dalam serbuan di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Sebuah restoran bukan Islam di Jalan Gasing di sini diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam setelah mendapati logo halal pada papan tanda yang dipasang bukan milik restoran tersebut.

Restoran yang sentiasa mendapat sambutan ramai diserbu lapan penguat kuasa Bahagian Hub Halal Jakim dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri semalam.

"Serbuan dibuat setelah kami menerima aduan daripada orang ramai yang meragui status halal restoran tersebut.. "Bila ditanya kenapa letak logo halal pada papan tanda, mereka mengatakan logo tersebut adalah milik produk yang menaja papan tanda tersebut," kata Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah.

Sumber: Kosmo!

P/s: Teringat salah satu restoran kt e-curve...tingkat dua..warna hijau...besar gile logo halal die tepek kt Papan Nama kedai..bukan poster tau..yg macam ukiran tu...tapi sijil rasenye cam takde je die tampal kt kaunter pembayaran...banyak je kedai yg tak tampal pon sijil halal ni..tak tau la dia tak mohon ke..atau die simpan wat pekasam..

Thursday, November 25, 2010

AndaSuka...Rapunzel 3D...terbaek...

1st sekali...nak ucap terima kasih kepada Nuffnang kerana menghadiahkan 2 tiket free premier screening Rapunzel: A tangled tale 3D kepada aku...antara ramai2 yg anta contest...terpilih gak untuk menang tiket ni...cerita ni officialnya ditayangkan bermula harini 25 nov..so kepada kaki-kaki wayang....jom tonton cerita ni...pastikan tonton 3D version...berbaloi-baloi...

Okes..sebab dan tonton movie ni...kene la review kan...
Cerita animasi Disney ni menceritakan watak puteri rambut panjang a.k.a Rapunzel yg mempunyai healing power daripada rambutnya...camne die dapat kuasa tu...korang kene tengok sendiri la..cite kang jadi tak besh pulak nanti..hehe...
macam yg kita dah tau..Rapunzel ni di kidnap semasa kecik oleh sorang nenek a.k.a Mother Gothel untuk tujuan peribadinya...dan dikurung di menara yg tinggi..tapi Rapunzel ingat tu la mak dia..


Bab paling menarik bila datang nye Hero cerita ni, Flynn....macam mana dia leh datang??ape tujuan dia??...gi tonton sendiri...then cerita ni diserikan oleh 2 makhluk yg sangat comel/cute/bongok...kuda yg bernama Maximus dan jugak sesumpah bernama Pascal...korang mesti takleh tahan gelak la tengok 2 eko mangkok ni wat lawak buduh...


Plot cerita sangat menarik...saat bahagia bila Rapunzel dapat keluar dari menara plus advanture yg die lalui...pastu romantik2...pastu kene kidnap semula pastu aksi hero nk selamatkan awek die...sume sangat romantis dan jugak menghiburkan dengan selang seli aksi-aksi lawak...


Last sekali..adelah plot dimana Rapunzel nk selamatkan boypren die yg ditikam..dapat ke die selamatkan??ape yg die terpaksa korbankan???mati ke boypren die??uhukkk...uhukk....korang gi la tengok sendri...jgn nanges tau nanti....yg pastinya...happy ending la untuk sape2 yg menonton cerita ni...


Dari segi kualiti 3D nya...tak payah cite dah..memang superb....tak rugi tonton...so..jom ramai-ramai tonton Rapunzel ni...dan aku harap..ade la sekual ke-2 plak nanti...syiokkkk wooo...awek lawa tak hengat punye...hehehehe...
 Lantern 3D yg korang kene tengok...huiyyoo...chantteekkkkk

p/s: sempat juga berjumpe rakan blogger iaitu Kak Ina KL...macam ade jodoh pulak yer kite...len kali leh jumpe ramai lagi...ehehehehhe...

AndaSuka...Radiasi Wifi merbahaya???

Pokok mati akibat WiFi


GAMBAR menunjukkan pokok ash.


ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam. Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.
Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah. Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal. 

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati. Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi

sumber: Kosmo!

p/s: ahhh...sudah....biar betol....kang tibe2 aku tertukar jadi mutan X plak...leh tembus dinding...uhuhuhuhu

AndaSuka...edisi mengemas blog yg banyak sawang...

huuuhhhhhhhhhhhhh.......ingatkan basuh toilet je penat..nk mengemas blog ni pon penat gak...nk merepair segala HTML command lah...susunan lah...kaler lah...isk..isk...korang komen-komen la yer ape2 yg boleh di improvekan kt blog ni...

harini boleh la bejalan-jalan sket...dah banyak minggu server dalam pala otak ni down..tu yg tak sempat nk blog walking menjelajah alam tu...adei...bile la mood  blogging ni akan kembali macam dlu..

AndaSuka...Review daripada Riwayat Hariku

Terima kasih kepada encik Sop pemilik Riwayat Hariku kerana mereview blog aku yg tak seberapa ni...mekaseh banyak-banyak juga kepada pengunjung yang singgah ke blog aku ni...

Mintak maap la yer kalau load page blog aku ni wat pc/laptop korang hang....ade sedikit masalah teknikal yg masih dalam pembaikan...insyallah lepas ni akan ada lebih banyak post2 dan entry menarik untuk anda semua...kene la tgu mood berblog kembali pulih sepenuhnye...eheh....

Terima kasih Duniaaa.........................

 Mood tensen sampai nk makan tikus lab...ahahahahahhaha

Wednesday, November 24, 2010

Case of the Stolen Keys to Tron: Legacy by TGV

computer: "voice confirmation please"

me: Padel..James Padel..

Computer: "access granted..thank you Mr. Padel..u got 1 new assigment from TGV"

detail of the assigment:


The keys to the safe containing TRON: Legacy show reels have been STOLEN from TGV Cinemas! It is believed to be an inside job but no arrests have been made yet. And so far…the culprit has left behind one clue.

Clue will be send to you by login to Facebook Page- www.facebook.com/TGVCinemas

Use this Card to enter the crime scene area as a reporter

poster

Spread the news "TGV Cinemas and partners are giving out A Private Screening Hall for any movie + a Panasonic 50” 3DTV and many other attractive prizes to the ones who manage to solve the case" to confused the culprit. 

The TRON: Legacy is due to premiere on the 16 December 2010 so it is crucial that the keys are located before that. Otherwise, the movie premiere might just be delayed!

AND YOUR JOB IS TO FINE THE KEY BEFORE  THE TRON: LEGACY PREMIERE SCREENING

computer: "device will be destroy in 3 sec.."
.
.
.
Teeeeebaaaaabbbbboooooooooooooooo.....

me: cisss....simple je nih....because i'm  Agen 006 lah!!

Entry terkini...

LinkWithin