Followers

Friday, January 14, 2011

AndaSuka...Lotus bagi pinjam kt London je??kat Malaysia camne??

Polis diberi pinjam kereta Lotus


SEORANG anggota polis, Angus Nairn berdiri dekat kereta polis Lotus Evora di sebuah lebuh raya di Midlands, Britain baru-baru ini.


LONDON - Polis di wilayah Midlands diberi pinjam sebuah kereta Lotus Evora yang berharga £50,000 (RM240,526) dan boleh memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter kelajuan dalam tempoh kurang lima saat, lapor sebuah akhbar semalam. Kereta itu diberi pinjam selama dua minggu untuk pasukan polis yang meronda di lebuh raya di Midlands Barat.

Seorang anggota polis, Angus Nairn berkata: "Ia merupakan sebuah kereta yang laju dan kami berharap untuk membuktikan akan terdapat satu halangan yang berkesan bagi sesiapa yang memikirkan mahu memandu dengan laju atau cuba memandu lebih laju daripada kami."Menurutnya, kereta itu mempunyai prestasi yang mengagumkan.Kereta keluaran syarikat Lotus yang kini dimiliki oleh syarikat Proton dari Malaysia itu menggunakan enjin 3.5 liter V6. - Agensi

sumber: Kosmo!

p/s: ehh..eh...kalau la polis kt malaysia pakai Evora ni...mesti polis2 ni slalu racing kt highway...hahaha...bagi la sebijik 2 Evora ni jadik kete peronda highway...buleh gak testpower ngn evo X polis tu..

1 comment:

aQi + GenGkey said...

ala..polis malaysia dh ade evo pun boleh accident..

Entry terkini...

LinkWithin