Followers

Friday, January 14, 2011

AndaSuka...Air sungai Hijau tiba-tiba

Misteri air bertukar hijau


SUNGAI Goldstream di Kanada bertukar menjadi hijau pada 29 Disember lalu.


OTTAWA, Kanada - Sungai Goldstream di Kanada yang mengalir melalui bandar Langford di British Columbia bertukar menjadi warna hijau, lapor sebuah akhbar semalam. Seorang jurufoto yang mengembara di tebing sungai tersebut untuk merakamkan gambar burung helang, Tyson Elder sempat merakamkan gambar sungai itu yang berwarna hijau pada 29 Disember lalu.

Bahan pewarna hijau itu tidak menyebabkan kematian ikan dan ia bertukar semula kepada warna asal dalam tempoh sejam.Para penyiasat pada mulanya menyalahkan satu bahan organik yang digunakan sebagai pencelup sebagai punca kejadian itu.Namun, semasa kejadian, tiada ujian dilakukan untuk menguji sistem air di kawasan tersebut dengan menggunakan bahan pencelup hijau.

Ketua Jabatan Bomba Langford, Bob Beckett menyalahkan golongan nakal yang tidak dikenali melakukan kejadian itu.Imej sungai itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

sumber: kosmo!

p/s: ntah pape la mat saleh ni...tapi kalau tiba2 memang air tu bertukar ijau tanpa sebab...waa...agak seram... tgk sini untuk maklumat lanjut http://www.youtube.com/watch?v=NaNHo6QEeZc

2 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

nape ta wat wane biru ke, merah ke, kuning ke...itam ke..hohoho~

paDel said...

@Khumaera Ismail
amboi...banyaknye kamo mintak

Entry terkini...

LinkWithin