Followers

Wednesday, January 26, 2011

AndaSuka...Pelik dan pelik..mereka memang pelik














p/s: Jgn tiru gaya mereka...walaupon mereka kreatif..kalau nk jugak..gi buat kt kereta ke..pintu rumah ke..mangkok tandas ke..hehe

AndaSuka...Green Hornet..kenapa anda perlu tonton..


Dah hari rabu..baru aku nk buat review filem ni...

Isnin lepas aku berpeluang untuk menonton screening Green Hornet kt Midvalley..dapat tiket free dari Nuffnang sebab join contest green hornet..biasenye pegi ngn en.Pareed..tapi kalini dapat request dari cik Irabun lak...die nak ikot tengok pilem ni...sebab aku cakap dapat tiket 3D...sekali datang,tiket biase je..tak dapat tayangan 3D pong...ahahahahhaha....kene tipo...

okes..ni sinopsis pilem "Tabuan hijau"

THE GREEN HORNETTM
Action Comedy
            January 27, 2011

In the 3D action-comedy The Green Hornet, Britt Reid (Seth Rogen) is the son of LA’s most prominent and respected media magnate and perfectly happy to maintain a directionless existence on the party scene – until his father (Tom Wilkinson) mysteriously dies, leaving Britt his vast media empire.  Striking an unlikely friendship with one of his father’s more industrious and inventive employees, Kato (Jay Chou), they see their chance to do something meaningful for the first time in their lives: fight crime.  To get close to the criminals, they come up with the perfect cover: they’ll pose as criminals themselves.
 
Protecting the law by breaking it, Britt becomes the vigilante The Green Hornet as he and Kato hit the streets.  Using all his ingenuity and skill, Kato builds the ultimate in advanced retro weaponry, Black Beauty, an indestructible car equal parts firepower and horsepower.  Rolling in a mobile fortress on wheels and striking the bad guys with Kato’s clever gadgets, The Green Hornet and Kato quickly start making a name for themselves, and with the help of Britt’s new secretary, Lenore Case (Cameron Diaz), they begin hunting down the man who controls LA’s gritty underworld: Benjamin Chudnofsky (Christoph Waltz).  But Chudnofsky has plans of his own:  to swat down The Green Hornet once and for all.

(ni official-synopsis..malas aku nk translate)

adegan dikejar lori simen

dua-dua same samdol

kereta yang supercool

Ape yang best movie ni???kalau korang bandingkan cite batman..cerita ni pon lebih kurang macamtu jugak la...ade anak orang kaya...ade kereta super cool...pakai topeng...kene kejar ngn polis dan jugak penjahat...
Tapi 1 element yang membuat filem ni lain dari cite batman adelah....filem ni sangat lawak...tak stress..serius ataupon 'berat' untuk ditonton...serius aku cakap...lawak NAK MAMPOS punye cerita...aku sampai nk krem kt abdomen sebab gelak sambil bontot tesepit kt kerusi GSC MID yang agak sempit...kehkehkeh....Aku pon taktau sape yg hero...sape yg side kick...dah dua-dua watak utama pon same bangang...lagi bangang...ketua mafia yang buget cool boleh kene racun untuk tuka identiti macam green hornet gak...memang takleh blah die nye lawak...saket perot nk gelak...

so...kalau korang stress...nk tengok movie..meh la menonton Green Hornet yang akan ditayangkan esok diseluruh malaysia...berbaloi baloi...

Directed by:                                                    Michel Gondry

Screenplay by:                                               Seth Rogen & Evan Goldberg

Based upon "The Green Hornet"
radio series created by:                                  George W. Trendle

Produced by:                                                  Neal H. Moritz

Executive Producers:                                     Michael Grillo
Seth Rogen
Evan Goldberg
Ori Marmur
George W. Trendle, Jr.

Cast:                                                               Seth Rogen
                                                                       Jay Chou
                                                                       and Cameron Diaz
                                                                        Christoph Waltz
                                                                        Edward James Olmos
                                                                        David Harbour
                                                                        and Tom Wilkinson

Wednesday, January 19, 2011

AndaSuka...Bosan??jom layan gambar jap

the rules

creativity

odd payment method 

 
ROFLcopter Hair

 honest scammer

 
Unemployed Stuff To Do List

AndaSuka...Kisah yang takkan selesai...

dah lame gak tak merangkak ke blog kawan2...2 3 minggu ni mood tak menentu sangat...tensen manjang...walaupon bibir tetap senyum...heheh....dan bile berjalan-jalan tadi....berbaca semula isu panas sepanjang zaman....ape lagi kalau bukan blogwalking scam...susah nk banteras benda macam ni...ape yang terbaik...kita tingkatkan langkah berjaga-jaga dan upgrade la shoutbox kita...walaupon masih tak terhindar dari masalah ni...sekurang-kurangnye...kita dah cuba untuk melindungi diri...nk buat camne...selera masing2...ade yg suke guna scripter,ada yg guna software....then blogwalking secara normal...macam-macam la...

Skang ni aku sendiri pon dah tak sempat nk blogwalk...tapi rasenye kalau nk blogwalk...aku lebih suke guna bloglarian...sume blog ada dalam tu....yg kt shoutbox aku ni...ade masa aku singgah gak semula...ade masa..tak terlayan...maaf la...aku pon takleh nk beza dah mane yg fake mane yg real...ni baru je tuka kepada shoutmix...heheh....maaf kepada rakan2 sebab aku jarang datang ke blog korang...mood dan selera berblog aku masih belom pulih....masih kusut masai...insyallah...kalau dah okew nanti...aku akan aktif macam dlu....

ape kaitan gambar ni pon aku tatau la

AndaSuka...Hole in 1


tu dia....ini macam punya orang pon ada ka???

AndaSuka...Kesalahan yang kecil...impak yang besar..!!


kahkahkahkahkah......kalau slah tulis leh padam lagi...kalau salah cakap????mau lebam bijik mata...pikir dulu sebelum bertindak!!

AndaSuka...Sekadar Imaginasi pelik

kissin coffee 
killer snikers
Bill Gates cloud

Constellation Leo

 

Pedo-Barney

 
 Getting the Cows Attention


  
Hopscotch On A Roof

p/s: dah le tu....sambung kije semula...ehehehhehe

AndaSuka...Jangan jadi spesies ketam MELAYU


satu hari din pergi ke pasar untuk beli ikan dan sayur untuk dijadikan juadah makan tengahari...
sampai sahaja di pasar...din singgah ke kedai yang menjual hasil laut..ada beberapa bakul dan juga baldi yang mengandungi ikan,udang dan juga ketam...ada 1 sahaja baldi yang ditutup dan ditindih dengan batu di atas penutupnya...din lalu membuka dan melihat ke dalam baldi trsebut.."ketam",getak hati din..."tapi baldi sebelah ni pon ketam gak..apesal baldi ni je tokey ni tutup..ketam special ke ape ni??"

din: tokey, apesal ketam dalam ini baldi tada tutup...yg satu lagi u kasi tutup

tokey: owh...ini tada tutup..ketam melayu...itu wa tutup...ketam cina...

din: waah...ketam pon ade bangsa gak ke??gurau kasar lu apek...

tokey: hahaha...jgn mara la kawan...wa gurau ma...sama la...dua-dua pon ketam..mau brapa kilo?

din: kasi la 5 ekor..tokey..mau tanya...ape pasal u cakap itu ketam ada cina melayu??u racist ka??
 
tokey: choii...bukan racist ma..ini true story punya...u cuba tengok..itu baldi tada tutup..setiap kali ada ketam mau keluar...ketam lain tarik dia jatuh...suma pon tamau kasik ketam keluar...itu tutup punya baldi..kalau tada tutup...sume ketam keluar...1 ekor panjat baldi...ketam lain kasi tolong...itu macam la...

din: itu macam ka??


-begitulah kisahnya...bukan menghina...tetapi mengingatkan...perbaiki diri sendiri...kalau dah senang...jangan dilupa orang yang susah...tak semestinya menghulurkan duit dan harta...cukup jika beri peluang dan ruang...sama-sama membantu...supaya sama maju...sama berjaya....

p/s:kalau tak paham maksud apek tu..takpe la...lambat laun korang akan paham...
ketam masak lemak kegemaran Cik Ira...

AndaSuka...Kalau duit kertas yang bertaburan??

Berebut duit syiling di lebuh raya


TANPA menghirau keselamatan dan anggota polis, orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya.


SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

sumber: Kosmo!

p/s: ragam manusia...kalau dah namenye duit...sape la yg tanak kutip kan

Friday, January 14, 2011

AndaSuka...Air sungai Hijau tiba-tiba

Misteri air bertukar hijau


SUNGAI Goldstream di Kanada bertukar menjadi hijau pada 29 Disember lalu.


OTTAWA, Kanada - Sungai Goldstream di Kanada yang mengalir melalui bandar Langford di British Columbia bertukar menjadi warna hijau, lapor sebuah akhbar semalam. Seorang jurufoto yang mengembara di tebing sungai tersebut untuk merakamkan gambar burung helang, Tyson Elder sempat merakamkan gambar sungai itu yang berwarna hijau pada 29 Disember lalu.

Bahan pewarna hijau itu tidak menyebabkan kematian ikan dan ia bertukar semula kepada warna asal dalam tempoh sejam.Para penyiasat pada mulanya menyalahkan satu bahan organik yang digunakan sebagai pencelup sebagai punca kejadian itu.Namun, semasa kejadian, tiada ujian dilakukan untuk menguji sistem air di kawasan tersebut dengan menggunakan bahan pencelup hijau.

Ketua Jabatan Bomba Langford, Bob Beckett menyalahkan golongan nakal yang tidak dikenali melakukan kejadian itu.Imej sungai itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

sumber: kosmo!

p/s: ntah pape la mat saleh ni...tapi kalau tiba2 memang air tu bertukar ijau tanpa sebab...waa...agak seram... tgk sini untuk maklumat lanjut http://www.youtube.com/watch?v=NaNHo6QEeZc

AndaSuka...macam-macam hal la...

Pemuda luahkan makanan yang ditelan


LIANG YUXIN dari Xia Mei, selatan China meluahkan semula seekor ikan emas yang sudah ditelannya baru-baru ini.


BEIJING - Seorang pemuda China, Liang Yuxin mengejutkan doktor kerana kemampuannya untuk meluahkan semula makanan seperti ikan dan rantai sepanjang 25.4 sentimeter yang ditelannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Liang yang berusia 25 tahun turut meluahkan semula barang kemas yang sudah ditelannya.
"Saya mendapati saya boleh melakukannya (meluahkan barang yang ditelan). Semasa saya seorang budak, saya tertelan bola secara tidak sengaja dan saya kemudian mendapati saya boleh meluahkannya semula," kata Yuxin yang berasal dari Xia Mei.

Menurutnya, dia kini merancang untuk mendaftar namanya dengan Guinness World Records bagi kategori menelan duit syiling."Rekod itu kini dipegang oleh seorang lelaki di Britain dengan sepuluh duit syiling dan saya boleh melakukan dengan menelan 11 duit syiling," katanya. - Agensi

sumber: kosmo!

p/s: cume la telan thumbtack...hahahaha

AndaSuka...Lotus bagi pinjam kt London je??kat Malaysia camne??

Polis diberi pinjam kereta Lotus


SEORANG anggota polis, Angus Nairn berdiri dekat kereta polis Lotus Evora di sebuah lebuh raya di Midlands, Britain baru-baru ini.


LONDON - Polis di wilayah Midlands diberi pinjam sebuah kereta Lotus Evora yang berharga £50,000 (RM240,526) dan boleh memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter kelajuan dalam tempoh kurang lima saat, lapor sebuah akhbar semalam. Kereta itu diberi pinjam selama dua minggu untuk pasukan polis yang meronda di lebuh raya di Midlands Barat.

Seorang anggota polis, Angus Nairn berkata: "Ia merupakan sebuah kereta yang laju dan kami berharap untuk membuktikan akan terdapat satu halangan yang berkesan bagi sesiapa yang memikirkan mahu memandu dengan laju atau cuba memandu lebih laju daripada kami."Menurutnya, kereta itu mempunyai prestasi yang mengagumkan.Kereta keluaran syarikat Lotus yang kini dimiliki oleh syarikat Proton dari Malaysia itu menggunakan enjin 3.5 liter V6. - Agensi

sumber: Kosmo!

p/s: ehh..eh...kalau la polis kt malaysia pakai Evora ni...mesti polis2 ni slalu racing kt highway...hahaha...bagi la sebijik 2 Evora ni jadik kete peronda highway...buleh gak testpower ngn evo X polis tu..

AndaSuka...Tahi bintang lalu

Tahi bintang melintas di tujuh negeri di AS


GAMBAR yang disiarkan laman TheWeatherSpace.com menunjukkan objek misteri dipercayai tahi bintang yang dilihat dari Arkansas, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.


MIAMI - Satu objek misteri melintasi tujuh buah negeri di Amerika Syarikat pada malam Selasa lalu lapor sebuah akhbar semalam.Pihak berkuasa berkata, cahaya misteri yang dipercayai tahi bintang itu dapat dilihat dari negeri Oklahoma hingga ke Florida.

Beberapa laporan menyatakan terdapat warna hijau pada objek itu yang dipercayai tembaga. Kakitangan-kakitangan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menerima berdozen-dozen panggilan berhubung objek itu di langit.

Pengarah Pengurusan Kecemasan di Daerah Copiah, Randle Drane menyatakan beberapa orang melihat cahaya itu dan mendengar satu bunyi kuat telah bertindak menghubungi pihak berkuasa."Sebuah jabatan bomba sukarela melakukan gerakan mencari (objek itu) tetapi gagal membuat sebarang penemuan," katanya.Cahaya misteri yang kelihatan seperti bebola api itu dapat dilihat di Greenwood, Jonesboro, Jackson, Mississippi, Biloxi, dan Florida. - Agensi

Sumber: Kosmo!

p/s: alah...nape tak lalu kt malaysia...kalau tak buleh gak tonton sambil makan popcorn...hehe...

Thursday, January 13, 2011

AndaSuka...Sesungguhnya...masa takkan menunggu kita...

harini dah 13hb Januari...lagi beberapa hari je akan meningkat lagi setahun...owh...bile aku nak kawen ni???

AndaSuka...Nk tak join blogger gathering+Talk dari beberapa blogger terkenal??

salam all...

Baru je abes menjadi Demo untuk lab mikrob asas...atau lebih tepat lagi..menjual minyak...ehehehehhe...

hah...lunch tadi aku borak ngn sorang kawan...blogger jugak lah...pemilik Bloglarian.com .Dia bercadang untuk buat blogger gathering untuk blogger2 UKM dan kawasan-kawasan berdekatan  (serdang ,bangi, kajang, putrajaya, dll)...acara utamanya adalah nk buat talk dengan menjemput beberapa blogger terkenal...boleh berkongsi tips,pendapat, dan jugak belajar tentang dunia blog...selain tu..boleh berkenalan...yela..asik jumpe kt blog je kan..nk jugak kenal2...korang rase...okew tak???baru rancangan je...

AndaSuka...pengasas Google berlayar secara nyata...

Pengasas Google beli kapal layar terpakai


Kapal layar milik Larry Page yang dibeli pada harga RM137.7 juta. Gambar kecil Larry Page dan isterinya.


CALIFORNIA – Pengasas enjin carian, Google di Internet, Larry Page menyertai ‘kelab pemilik kapal mewah’ apabila dia membeli sebuah kapal layar mewah terpakai yang bernilai kira-kira AS$45 juta (RM137.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Kapal yang diberi nama Senses itu dibeli daripada seorang pengusaha arak dari New Zealand, Sir Douglas Meyer yang telah menggunakannya sejak 1999.Senses yang bersaiz 58.8 meter itu dilengkapi dengan tapak pendaratan helikopter, gimnasium, dek bertingkat, 10 bilik mewah, 14 orang anak kapal dan rekaan dalaman dari pereka terkenal Perancis, Philippe Starck.

Page, 37, menerima kapal mewah terpakai itu daripada Meyer menjelang tahun baru lalu.
Page yang berkahwin dengan seorang model, Lucinda Southworth pada 2007 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berumur setahun.Dia dianggarkan mempunyai kekayaan kira-kira AS$15 bilion (RM45.9 bilion). – Agensi

sumber: Kosmo!

p/s: kayo gile ade aset sampai 15billion...huhu...bisnes internet ni memang antara bisnes yg boleh jadi kaya raya

Wednesday, January 12, 2011

If I Were the Green Hornet!!

Green Hornet 

kalau lah aku jadi Green Hornet
Ape akan aku lakukan untuk membantras jenayah??

mula-mula sekali....aku kene ade identiti...macam wira-wira lain..ade kostum penyamaran...aku pon ade gak..

haha...macam ni la lebih kurang kalau aku jadik green hornet...simple..towel atas kepala tu tempat simpan senjata, baju DIESEL je untuk penyamaran seperti orang biasa..

pastu...untuk jadi superhero...kene ade kenderaan canggih..
aku mod keta aku..tambah weapon...psang cermin bullet prof, pasang machine gun..

paling penting untuk membantras jenayah...kene terer hack sistem polis..untuk dapatkan maklumat penjahat dan monitor jenayah yang sedang berlaku...seswai la dengan slogan "Break the law to protect it"..

Hack sistem maklumat polis...yeahhh

Pastu..kene menuntut ilmu batin..kalau stakat karate...camne nak tumbok penjahat sampai terpelanting...tak pon camne nk tangkap peluru kan...Aku blaja Silat Sendeng complete set ngn ilmu batin Tahap ke 8

kene tuntut ilmu dulu...baru leh bagi jurus tumbukan angin..

Pastu...Kene carik sub-ordinate..kalau2 la aku demam ke..sape lak nanti nk jage keamanan...kire buleh la gilir-gilir kejar penjahat..kadang-kadang awek ajak kua..takkan nk tolak..kang kene tikam naya je..haha

ni aku punye 'robin' bukan main control lagi

Ape yg paling penting untuk membantras jenayah sebenarnye adalah integriti..jgn sekali-kali ambik rasuah..Jgn gelap mata dengan rasuah dan kemewahan yg diberi oleh penjenayah...kalau tak..kite pon sAme je macam penjenayah tu..KATAKAN TIDAK PADA RASUAH..
banteras Jenayah,Hapuskan RASUAH..

Hapuskan Rasuah..baru leh hapuskan Jenayah



AndaSuka...Game baru melibatkan kencing!!

Permainan video air kencing di Tokyo


KONSOL mengukur tekanan air kencing terletak di atas mangkuk tandas yang akan diletakkan di dalam tandas empat buah stesen tren di Tokyo, Jepun.


TOKYO - Satu permainan video ganjil akan diletakkan di dalam tandas di lima buah stesen tren di Tokyo, Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.Permainan itu akan menguji air kencing si lelaki bagi mengetahui kelajuan dan kepanasannya menerusi sensor di bawah mangkuk tandas.

Alat permainan itu akan memberi keuntungan kepada penciptanya, syarikat Sega kerana iklan komersial akan disiarkan pada konsol sebelum permainan bermula.Permainan itu dicipta dengan tujuan untuk menjadikan tandas sebagai suatu tempat yang menarik. - Agensi

sumber: kosmo!

P/s: lepas ni buat la game menyukat berat najis ketika berak dan tahap gas metana yang dilepaskan ketika berak...muahahahahahha...jijik sangat...

AndaSuka...Cek sudah sampai...tapi lupe nk cashkan..


wahh....EXCEEDING 80K???
kalau betol la cek ni exceed 80K...sure la dah lame aku cash kan...dah beli lense baru...silap2...angkat camera baru je tros...pastu dah upgrade dah kete aku tu....hahaha....poyo je pic ni kan..tolon jgn percaye ye...

Syukur Alhamdulillah dah dapat 1st cek dari nuffnang...walaupon nilai tak seberapa...takpe la...asalkan ade...akan usaha lebih gigih la pasni...sekarang tunggu hujung bulan nk cash cek terbaru...heheh...buleh la wat isi minyak..

Sunday, January 9, 2011

AndaSuka...Segmen mari masuk senarai BlogLarian [Repost]

okes...ni aku nk ajak korang join senarai BlogLarian..ape itu BlogLarian???
korang mesti selalu berblogwalking kan...sekali blogwalking..mesti nak kene bukak banyak windows atau tabs kan...okes...kt Bloglarian ni...kami buat entry yg mengandungi 5-6 blog dalam frame yg berasingan...okes...setiap entry..korang bukak kepada tab yg baru...dan korang leh blogwalking trus 5-6 blog dalam 1 tabs tu...ade paham???kalau korang tak paham....gi la bukak sendirik..then cuba...so..jimat masa loading time..dari semasa ke semasa...blog ini akan diperbaiki untuk meringankan page load...tujuan blog ni diwujudkan adelah...memudahkan dan menukar selera berblogwalking masing-masing...
refferal daripada BlogLarian untuk harini

So.harini nk offer..sape-sape nk masuk dalam list BlogLarian ni...kene la join segmen special ni..

APE YG ANDA KENA LAKUKAN???

1)  Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/

2)  Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)

3)  Follow  Bloglarian

4)  Tag 3 orang atau lebih rakan

5)  sila beritahu rakan yang anda Tag memalui comment

6)  Tinggalkan link post anda di comment entry ini bersama NAMA BLOG ANDA

7)  peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..

8)  tiada tarikh tutup buat masa ini

PENYERTAAN YG ANDA HANTAR AKAN MENGAMBIL MASA 3-5 HARI UNTUK DI SENARAIKAN KE DALAM ENTRY BLOGLARIAN..INI KERANA TERLALU BANYAK PENYERTAAN YG DITERIMA.SILA TINGGALKAN KOMEN JIKA BLOG ANDA TIDAK TERSENARAI SELEPAS 5 HARI..HARAP MAKLUM


Thursday, January 6, 2011

AndaSuka...Burung mati lagi...

Lagi misteri ratusan burung jatuh


SEEKOR burung perling (kiri) dan burung hitam bersayap merah ditemui mati pada Isnin lalu selepas ia jatuh dari langit di Pointe Coupee Parish, Louisiana.


NEW ORLEANS - Misteri menyelubungi saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) apabila kira-kira 450 ekor burung pelbagai spesies jatuh dari langit dan ditemui mati di sebatang lebuh raya di Pointe Coupee Parish dekat Baton Rouge, negeri Louisiana pada Isnin lalu.

Kejadian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam mati apabila jatuh dari langit di bandar Beeba di negeri Arkansas yang berjiran dengan negeri Louisiana pada Jumaat lalu.Kelmarin stesen televisyen Paducah melaporkan seorang wanita di Gilbertsville, Kentucky yang memperkenalkan diri sebagai Sandy menemui berdozen-dozen burung mati di pekarangan rumahnya.

Seorang jurucakap Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky, Mark Marraccini mengesahkan bahawa ratusan burung ditemui mati pada minggu lalu dekat kampus Universiti Murray State. Seorang doktor haiwan di negeri Louisiana, Jim LaCour berkata: "Saya tidak menemui sebarang kaitan dengan kedua-dua kejadian itu."Menurutnya, burung itu mati kemungkinan disebabkan melanggar talian elektrik atau kenderaan dalam waktu malam.

Sebanyak 24 haiwan itu didapati mempunyai kecederaan di kepala, leher, paruh dan belakang badan. Burung itu mati di antara malam Ahad atau awal Isnin lalu di kawasan luar bandar 48 kilometer dari barat laut Baton Rouge.Spesies burung yang mati itu terdiri daripada burung perling, burung hitam bersayap merah dan burung lembu.





Kira-kira 50 ekor burung mati dekat sebatang tiang elektrik. Kira-kira 400 meter dari tempat kejadian itu, sejumlah 400 atau lebih ekor burung ditemui mati di tepi lebuh raya.Seorang profesor biologi dan pengasas Institut Kajian Kelakuan Burung di Kolej William & Marry, Dan Cristol berkata, burung itu mungkin menghidap sakit atau terkejut menyebabkan ia keluar dari sarang dan kemudian melanggar talian elektrik.

"Haiwan itu tidak akan melanggar talian elektrik tanpa sebab," katanya.Beberapa pegawai di Arkansas dan Louisiana menghantar bangkai burung itu ke Pusat Kesihatan Hidupan Liar Kebangsaan di Madison dan Universiti Georgia untuk dikaji.Sebelum ini, terdapat teori bahawa burung yang mati di bandar Beeba, Arkansas adalah disebabkan oleh trauma letupan bunga api sambutan tahun baru.
Penemuan misteri itu berlaku selepas lebih 100,000 ikan ditemui mati di Sungai Arkansas di negeri Arkansas pada minggu lalu. - Agensi

sumber: kosmo!
p/s: flash forward kah???atau...petanda???

AndaSuka...Tun Mahathir dalam segmen Siti

Tun Mahathir janggal diinterviu Siti Nurhaliza


TUN Dr. Mahathir ketika ditemu bual Siti Nurhaliza di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku berasa janggal apabila ditemu bual oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai salah seorang tetamu dalam program bual bicara pertama artis itu yang diberi nama Siti.

Tokoh negarawan berusia 85 tahun itu berkata, beliau sebelum ini hanya mendengar Siti Nurhaliza menyanyi ketika mengadakan persembahan pentas.“Ini merupakan kali pertama saya ditemu bual oleh Siti. Saya rasa ganjil sikit. Namun, saya dapati dia sangat fasih sewaktu mengendalikan program pertamanya ini.
“Malah, saya nampak dia cepat dan mahir menjadi seorang pengacara dengan melontarkan soalan-soalan yang bernas,” jelasnya ketika ditemui pada rakaman episod pertama Siti di Filem Negara Malaysia di sini semalam.

p/s: wah...ala2 oprah malaysia ke ape...Malaysia boleh!!

AndaSuka...kampung baru 111tahun...

Kampung Baru berusia 111 tahun


PEMANDANGAN Kampung Baru, Kuala Lumpur yang akan berusia 111 tahun pada hari ini.


KUALA LUMPUR - Ramai yang tidak menyedari bahawa Kampung Baru di sini yang merupakan penempatan utama masyarakat Melayu di tengah-tengah ibu kota akan berusia 111 tahun hari ini.
Sehubungan itu, pelbagai program bakal dianjurkan oleh Centrepro Sdn. Bhd. bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia akan turut diraikan kira-kira 35,000 penduduknya.

Menurut Pengarah Urusan Centrepro Sdn. Bhd., Ishak Abdul Kadir, acara akan bermula hari ini dengan majlis tahlil dan kesyukuran di Masjid Jamek dan beberapa buah surau di kawasan itu.
"Acara kemuncak sambutan ialah majlis makan malam yang dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan atau bulan berikutnya," katanya yang merupakan Penyelaras Acara Kampung Baru Warisan di sini semalam.

Kampung Baru berkeluasan 122.93 hektar mula dibuka pada tahun 1899 dan merupakan sebuah perkampungan rizab Melayu tunggal di tengah-tengah Kuala Lumpur.

p/s: jgn sampai tergadai sudah la kampung baru ni akibat pembangunan....





Entry terkini...

LinkWithin