Followers

Saturday, October 16, 2010

AndaSuka...Mendaftar di Jiwa Kacau Blog Review

ade ape ngn blog Jiwa Kacau..haha...mari sini kalau mau tau... blog ni antara Blog yang menyediakan software blogwalking yang sah disisi undang-undang...selain tu ade gak tutorial yang menarik..

okes...skang ni Jiwa Kacau sedang buat Blog review project...dimana setiap minggu blog2 terpilih akan di review secara percuma oleh Jiwa Kacau...








camane nak join??? mudah je...
  1. Copy code disini dan pastekan ke dalam blog anda…
  2. Letakkan juga link di sidebar anda (wajib)…
  3. Buat post ringkas tentang program ini…
  4. Follow blog, Twitter atau Facebook (Tidak diwajibkan)
  5. Kalo post dah siap, komen dekat page ni beserta link ke post anda…
  6. Setiap minggu blog2 yang terpilih akan direview secara percuma oleh Jiwa Kacau…
  7. Terbuka hanya kepada blogger2 dari Malaysia sahaja…
  8. Jika tidak mengikot step2 diatas secara automatik akan ditolak penyertaanya…
selamat mencoba....hehehehe

AndaSuka...Magika, Filem Muzikal Malaysia yang best..


Hah...walaupon filem ni dah kua sejak 23 September lagi..tapi baru semalam aku sempat gi tengok movie ni kt Alamanda.. sebelum ni banyak rumors aku dengar..ade yang cakap best...ade lak cakap tak best sebab nyanyi2..terpulang la pada citarasa masing2..

 Antara barisan pelakon filem Magika

 Team Hang Tuah (apek) and the geng cakap utara

Tapi pada aku..filem Magika ni sangat unik sebab biasanya kt Malaysia ni yang ade teater muzikal je..dan setahu aku rasenye ni la filem anak tempatan pertama yg bertema filem muzikal (kalau salah tolong betolkan)..
Filem ni menggabungkan fantasi dongeng dan lagenda terkenal dari Malaysia macam, Puteri gunung Ledang, Pak pandir, Hang tuah and the geng, Mahsuri, Nenek kebayan, Badang, bawang putih&bawang merah, orang minyak, Awang(lembing awang pulang ke Dayang), Pak belalang, dan jugak pokok yang bercakap iras2 macam cerita cave of the golden roses.

Hero: Bad a.k.a Badang (Mawi) dan Heroin: Ayu (Diana Danielle)

Secara ringkasnya, Magika mengisahkan Ayu (Diana Danielle) dan adiknya Malik (Fimie Don) yang baru kematian ibu telah terjatuh kedalam sebuah perigi yang mana ia adalah pintu untuk ke dunia fantasi Magika, lebih kurang macam kene culik ngn bunian la.. Malik yang menyalahkan diri sendiri kerana menganggap menjadi punca kematian ibunya menjadi sangat sedih dan tidak mahu mendengar nasihat kakaknya (ayu).. konflik antara Malik dan akaknya diselesaikan di alam Magika apabila Ibu Malik (Ogy) memujuk malik..

Nenek kebayan sexy

Watak antagonis yang dipegang oleh Nenek Kebayan (Ziana Zain) sangat berkesan dan bersahaja..selain watak2 dongeng lain yang sangat lawak memberikan tontonan santai kepada setiap penonton...Tentang nyanyian plak..dari pengamatan aku, nyanyian tu kebanyakan adalah dialog yang diolah dalam bentuk nyanyian je..so penyampaiannye agak unik dan sesetengah lagu yang disampaikan sangat menarik dan memberi kesan yg mendalam (dan namepon filem muzikal kan???)

bawang Putih&bawang Merah yang howtt

Okeh..dari segi kekurangan pulak...beberapa babak yang menggunakan teknik CGI masih boleh di tingkatkan kualitinya...normal la..ni filem malaysia...bukan hollywood yg ade teknologi CGI tercanggih....

Orang minyak (Nabil) yang agak lucah..hahaha

Filem ni ade iras2 macam The Chronicles of Narnia sket..so sesuai gak lah kalau nak dibuat sekual ke 2 filem ni..papepon...harapan dari aku..kalau ade sekual kedua Magika ni...harap lebih menarik dan mantap...
Sokonglah industri filem Malaysia dan tahniah kepada KRU studio kerana menghasilkan filem yg unik dan besh nih...

  Rindu seorang anak (Malik a.k.a Fimie Don) kepada ibu yang telah tiada

Genre: muzikal/komedi/drama
Mode tontonan: santai sambil makan popcorn gelak2 lagi
Rating: 8/10 Bintang

P/s: Diana dalam cite ni ayu gile cam name watak die woo....gigil2 tangan nk suap popcorn...ahahahahaha

Thursday, October 14, 2010

AndaSuka...Ukiran mimbar unik dari kayu cengal

MIMBAR masjid merupakan satu bahagian di dalam masjid yang menjadi tempat imam berdiri untuk membaca khutbah. Mimbar juga berperanan untuk imam melihat jemaah supaya khutbah dapat disampaikan secara terus kepada jemaah.

MIMBAR berperanan untuk imam melihat jemaah supaya khutbah dapat disampaikan secara terus kepada jemaah. 

Kebiasaannya, mimbar mempunyai pelbagai bentuk dan ukiran yang dihias cantik serta berkubah. Selain itu, mimbar juga didirikan lebih tinggi dan mempunyai tangga dengan kedudukannya menghadap ke arah kiblat.
Tata rias dan corak yang dibuat oleh pereka mimbar biasanya mengikut kreativitinya. Malah ada juga antara pelanggan yang mereka khutbah mengikut cita rasa sendiri.

Bagi seorang pembuat mimbar majid bumiputera, Nasarudin Yahaya, 46, beliau akan memastikan setiap mimbar yang dihasilkan mempunyai keistimewaan tersendiri.


Nasarudin juga akan memastikan pelanggan berpuas hati kerana beliau mengakui pembuatan mimbar merupakan satu tugas rumit dan memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan.
“Bagi satu-satu mimbar, tempahan boleh disiapkan dalam masa dua bulan dan ukiran merupakan bahagian paling sukar untuk dihabiskan.



“Ukiran perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan ukirannya betul-betul mengikut cita rasa pelanggan.
“Setakat ini, kebanyakan pembeli berpuas hati dengan mutu kerja saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Kelebihan mimbar di bawah syarikat milik Nasarudin iaitu Mimbareka Enterprise di Lorong Padi Emas, Pantai Johor, Alor Setar, Kedah ialah beliau menggunakan kayu cengal sebagai bahan asas.

 kayu cengal yg tahan dan kuat

Pengalaman kedai perabot
Pada masa yang sama, ukiran-ukiran di mimbar itu juga menggunakan reka bentuk terkini. “Kayu cengal diperoleh dari negara jiran dan kebanyakan reka bentuk saya buat sendiri.
“Ada juga pelanggan yang membawa reka bentuk mengikut cita rasa mereka,” katanya yang dibantu oleh tiga orang pekerja.

TEMPAHAN mimbar boleh disiapkan dalam masa dua bulan.


Menyentuh tentang pengalaman Nasarudin menceburi bidang itu, beliau pernah mencuba pelbagai kerja termasuk belayar dengan kapal selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selepas itu beliau menimba pengalaman bekerja di kedai perabot selama tujuh tahun sebelum membuat mimbar.

“Selepas tamat SPM, saya belayar dan kemudian berfikir untuk cuba satu benda baru dengan berkecimpung dalam bidang perabot.
“Saya mula bekerja dengan orang lama seperti membuat perabot rumah dan lama-lama baru terfikir untuk membuat mimbar,” katanya.
Dengan pengalaman yang diperoleh termasuk bimbingan daripada kerajaan, kini Nasarudin boleh berpuas hati kerana perniagaannya yang semakin maju kerana sering mendapat tempahan daripada kontraktor binaan masjid dan ahli-ahli masjid.

Bagi mengukuhkan perniagaannya, Nasarudin tidak hanya memfokuskan pada membina mimbar semata-mata. Beliau sebaliknya, mempelbagaikan kepakarannya membuat perabot.
“Berbekalkan pengalaman bekerja di kedai perabot, saya juga ada membuat kabinet dapur,” katanya.

Sumber : Kosmo!

Entry terkini...

LinkWithin