Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung...
Agak lame tak dapat nak update post baru..sebabnye minggu lepas ade masalah dengan talian internet kt lab dan jugak sebab menghadiri conference MSBMB yg ke 35th..
malam tadi terpikir la nak carik bahan untuk post terbaru...ngan rajinnye...bukak la segala majalah yang ade kt umah...kebetulan tv memang takde cite besh..bace megazine je la..ni ade sikit info menarik kepada perokok.. artikel di petik dari MAJALAH i Bil. 9 keluaran MEI 2010."Bagaimana Berfikir Hebat" oleh DR. HM. TUAH
Menurut DR HM TUAH..antara sebab kenapa tahap kecerdikan, daya kretiviti dan inovasi seseorang menjadi lemah adelah disebabkan oleh merokok...menurut satu kajian yang dijalankan oleh pihak tentera ISRAEL terhadap rekrut tenteranya seramai 20,000 org. Perokok mempunyai tahap KECERDIKAN atau IQ lebih RENDAH daripada mereka yang TIDAK menghisap rokok..
Dr. Mark Weiser dan rakan sejawatnya dari pusat perubatan Sheba di Tel Hashomer mendapati lelaki muda yang menghisap sekotak rokok atau lebih mempunyai IQ 7.5 mata lebih rendah daripada bukan perokok. dalam kajian itu, perokok secara konsisten mempunyai tahap IQ yang lebih rendah daripada mereka yang tidak merokok.
Purata tahap IQ bukan perokok adalah 101, manakala perokok adalah 94. Tahap IQ berkenaan jatuh apabila jumlah rokok yang dihisap responden meningkat, iaitu 98 bagi mereka yang menghisap kurang daripada 5 batang sehari dan 90 bagi mereka yang menghisap 1 kotak sehari. Tahap IQ 84 hingga 116 dianggap sebagai kecerdikan sederhana (Reuters 26 Feb 2010).
-petikan dari ruangan Merangkai Problem Oleh DR. HM TUAH, Majalah i -
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di malaysia sendiri ade ulama yang menyatakan bahawa menghisap rokok itu makruh..malah, ada sesetengahnya yang menyatakan haram menghisap rokok atas dasar rokok membawa kesan buruk kepada diri dan juga masyarakat di sekitar..tentang hal hukum ni..saye tak reti la nak komen lebih2..tapi pada pendapat saya..kalau sah mendatangkan penyakit dan keburukan tu..jgn la di amalkan dan diikuti..kan senang... dalam artikel yang saya post sebelum ini mengenai "tips untuk mendapat anak yang cerdik " juga ade menyatakan bahawa merokok akan menyebabkan perubahan pada genetik yang membawa kepada kebodohan,dungu dan paling penting...ia kekal dan akan diwarisi oleh anak perokok tersebut..sangat bahaya kan...
bek makan eskrem wei
apela nak jadi
Kebanyakan kajian ini dilakukan sendiri oleh barat atau lebih tepat lagi ISRAEL..mereka mengatahui bahaya rokok dengan lebih mendalam dari kita...tapi, mereka jugalah saudagar-saudagar rokok paling kaya dan terbesar di dunia dan mereka TIDAK MEROKOK. Sudah tentu ade agenda disebalik semua ini bukan...
Jika kita berkobar-kobar mengatakan slogan anti israel...tapi kita masih menghisap rokok..same la jugak
macam anjing menyalak bukit...
kalau harini anda seorang professor,engineer, doktor, atau cerdik pandai..tetapi anda masih seorang perokok..kemungkinan jika anda bukan seorang perokok...anda adalah Albert Einstein, Al-Khwarizmi, Ibn Battuta, Ibn Sina, Omar Khayyam zaman moden..renung-renungkan.....
KATAKAN TIDAK PADA ROKOK!!
7 comments:
mari berhenti merokok.. lebih baek utk kita semua !
setiap sedutan menyumbang ke yahudi
yeaahh!! benci rokok!!
say NO to rokok!!!
say no untuk merokok..;-)
kempen camana pun...perokok tegar bukan heran dan gentar...ada yang kata x isap rokok pun mati juga...
at least mati tak tanggung dosa sebab rokok...setiap kali asap rokok tu menyebabkan org tak selesa,sesak napas,saket...sume perokok tanggung..
didik anak bangsa dari sekarang..untuk generasi akan datang yg bebas rokok...
Post a Comment