GRO ala Santa Claus ditahan
GEORGE TOWN - Pelanggan yang meraikan sambutan Krismas di sebuah pusat karaoke di Tanjung Tokong di sini menerima 'hadiah istimewa' apabila dilayan oleh puluhan gadis pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berpakaian ala Santa Claus malam kelmarin.Dengan memakai topi bulu bersama blaus merah paras paha, setiap gadis tersebut boleh ditempah oleh pelanggan dengan bayaran RM130 bagi sesi karaoke serta tambahan RM50 jika mahu mereka menanggalkan baju.
Jika inginkan layanan lebih hangat termasuk dibawa ke ranjang, pelanggan dikenakan bayaran dari RM230 hingga RM400 untuk satu malam.Bagaimanapun keseronokan yang ditawarkan gadis-gadis tersebut tidak sempat dinikmati oleh pelanggan terbabit apabila pusat karaoke itu diserbu sekumpulan pegawai Jabatan Imigresen Putrajaya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.
Sumber: Kosmo!
p/s: Oh! GRO....
1 comment:
hohoho...
maksiat berleluasa..:D
Post a Comment