Pakar IT hina sultan ditahan
KUALA LUMPUR – Selepas lima bulan pasukan khas polis memburu dalang yang mewujud dan mengendalikan akaun laman sosial Facebook dengan menyiarkan pelbagai komen menghina institusi diraja Johor, suspek yang licik itu akhirnya ditahan di Sentul di sini baru-baru ini.Lelaki berusia 40 tahun itu dicekup di sebuah rumah sewa di Bandar Baru Sentul pada pagi 29 November lalu.
Suspek yang menggunakan alamat e-mel, pendekar.bentan@gmail.com untuk akaun laman sosial itu telah memaparkan status dan komen-komen yang mempunyai unsur-unsur menghina institusi diraja Johor.
Turut dirampas dalam serbuan itu adalah lima telefon bimbit, gajet pembantu peribadi digital (PDA) pelbagai jenis, empat komputer riba dan perkakas komputer yang digunakan oleh suspek untuk menjalankan aktivitinya.
No comments:
Post a Comment