Followers

Friday, December 24, 2010

AndaSuka...Pelacur asing bermaharajalela

Pelacur asing cabar polis


KELIHATAN beberapa pelacur bersidai di kaki lima bangunan Wisma Indah, Cheras untuk mencari pelanggan semalam.


KUALA LUMPUR – Masih tidak serik! Walaupun telah banyak kali diserbu, pelacur yang bersidai di kaki lima di bangunan empat tingkat di Wisma Indah Jalan Pudu di sini bukannya berkurang tetapi bertambah rancak.Mereka yang beraksi manja dan berpakaian seksi terus menjalankan tugas menggoda pelanggan berhidung belang tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Tinjauan Kosmo! mendapati, beberapa pelacur tempatan, China dan Filipina terus mendominasi kawasan berkenaan sejak empat bulan lalu sejak awal pagi. Wartawan yang berpura-pura mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank kemudian terus didekati seorang pelacur yang menawarkan khidmat urutan badan.

sumber: kosmo!

p/s: Syarat kemasukan warga asing perlu diperketatkan...kebanyakkan pelancong wanita dari China dan Filiphin ni datang untuk melacur je ha...

No comments:

Entry terkini...

LinkWithin