Followers

Thursday, December 23, 2010

AndaSuka...kahwin budak 11 tahun tak sah

Nikahi budak 11 tahun tidak sah

Siti Sarnan (depan) bersama anak dan suaminya, Hussin meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memutuskan perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun yang popular dengan panggilan 'Sudin Ajaib' pada 19 Februari lalu adalah tidak sah.

Hakim Abdullah Man berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati, tidak ada asas membatalkan perkahwinan antara kanak-kanak terbabit dengan lelaki berkenaan kerana hubungan mereka berlangsung tanpa apa-apa dokumen yang sah mahupun sijil nikah.Keputusan tersebut disambut dengan linangan air mata oleh ibu kanak-kanak itu, Siti Sarnan Mat Ail, 42, plaintif yang memfailkan tuntutan membatalkan perkahwinan tersebut.

Siti Sarnan dalam samannya memfailkan suaminya, Hussin Salleh, 54, sebagai defendan pertama manakala lelaki yang dikatakan bernikah dengan anaknya, Shamsudin Che Deraman atau 'Sudin Ajaib' sebagai defendan kedua.Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata, pernikahan antara kanak-kanak itu dengan defendan kedua hanya dakwaan pihak plaintif semata-mata kerana ikatan itu tidak disokong dengan dokumen yang lengkap untuk menjelaskan wujudnya pernikahan itu.

sumber: Kosmo!

p/s: macam-macam hal...

1 comment:

anis said...

mcm2 hal skunk ni kn..
cian bdk tu x taw pape pown dh kna nikah...
eeii, ngeri betoi..huhu

Entry terkini...

LinkWithin