Followers

Tuesday, November 23, 2010

AndaSuka...Tambak johor perlu ditukar dengan jambatan

Ganti segera tambak Johor


TAMBAK Johor merentasi Selat Tebrau yang dibina pada 1924 masih digunakan sehingga sekarang.


JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat negeri ini supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia - Singapura diteruskan.

Pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52, Sultan Ibrahim bertitah, projek tersebut bukan sahaja memberi keselesaan kepada rakyat yang berulang-alik ke Singapura malah memudahkan rakyat negara jiran itu melancong ke negara ini. "Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin dan berusaha menangani masalah rakyat. 

"Namun begitu, masih ada hasrat rakyat Johor yang belum dapat dipenuhi iaitu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor," titah baginda di Istana Besar di sini semalam.

sumber: Kosmo!

P/s: sian air laut selat Tebrau..dah lame sangat terpisah...bagi la die bercantum semula...haritu Tun Dr. Mahathir dah usul jambatan..tiba2 stop pulak..isk.isk...

1 comment:

Gen Fujita said...

Apa sajalah yang terbaik.

Entry terkini...

LinkWithin