Followers

Monday, November 29, 2010

AndaSuka..."Bom Jangka" yg kita makan selalu...


Makanan adalah salah satu keperluan untuk hidup...hatta ulat dalam batu sekalipon perlu makan...apetah lagi manusia yg terkenal sebagai pemakan berjaya...hahahahhaha...tapi...Tahukah anda????makanan adalah penyebab penyakit merbahaya seperti kanser,sakit jantung dan juga darah tinggi..pasti anda semua tahu kan...kan...kan...???

Dan harini...fokus makanan yg aku maksudkan...adalahhhh.....Mee segera...sape tak penah makan mee segera???angkat kening!!mesti sume penah makan mee yg terkenal ni kan..Mee segera pertama telah dijual di jepun dengan jenama Chikin Ramen pada tahun 1958 (wikipedia et al.). dan sehingga sekarang..satu undian yg dijalankan di jepun menunjukkan mee segera menduduki tangga pertama mengalahkan karaoke dan cakera padat..

Dalam banyak-banyak makanan segera...mee atau nama kampungnya meggi (tidak merujuk jenama mee segera) sangat popular di kalangan masyarakat malaysia tidak kira bangsa mahupun umur...malah...ada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun lagi sangat gemar makan mee segera daripada makanan lain...kepada student pulak...mee segera adelah sahabat dunia akhirat...kepada yg bekerja..mee segera adelah backup plan...kepada penggemar mamak....meggi goreng mamak ibarat candu...(perhh...sanskrit ni)...




tahukah anda....untuk menjadikan mee segera keras macam yg kita tengok tu...memerlukan bahan seperti lilin(wax) untuk menyaluti dan memberi struktur kepada mee tersebut...selain itu..ia juga penting untuk mengelakkan mee tersebut melekat antara mee ketika dimasak...mee segera ini...jika dimakan...mengambil masa 3 hari untuk di hadam (sumber dari pembacaan)...maksudnye...dok dalam usus lebih lame dari makanan lain..sebab...enzim pencernaan terhalang untuk mencernakan mee tersebut...


Sepinggan mi segera mempunyai kandungan karbohidrat (daripada tepung) yang tinggi tetapi rendah kandungan serat, vitamin dan mineral. Mee segera sering di masak dengan cara menggoreng.. ini mengakibatkan kandungan lemak tepu/lemak trans meningkat dalam makanan berasaskan mee tersebut. Selain itu..mee segera yg datang dengan serbuk perasa biasanya mengandungi MSG dan kandungan garam yg tinggi...kandungan MSG dan juga garam (natrium) yg tinggi dalam pemakanan sangat tidak sihat kepada tubuh badan..

Antara kesan jangka masa panjang ialah kanser usus yg disebabkan oleh bahan pengawet mee segera dan juga penyakit-penyakit lain seperti kanser hati dan darah tinggi akibat kandungan garam dan bahan kimia yg tinggi....Satu lagi kebimbangan mengenai kesan buruk pengambilan mee segera terhadap kesihatan ialah produk mungkin boleh dikilangkan dengan lemak dan minyak teroksida jika proses tidak dilakukan dengan sempurna. Lemak dan minyak teroksida adalah bahan yang berbahaya (karsinogen dan pengoksida) kepada kesihatan  boleh menggalakkan penghasilan neurotoksin serta menyebabkan sel-sel saraf kurang aktif. selain itu..kebergantungan kepada makanan segera juga meningkatkan gejala skurvi  (kurang vitamin).


Boleh dikatakan...hampir kesemua makanan terproses atau makanan segera adalah tidak sihat kerana mengandungi asid lemak trans (trans fatty acid),iaitu bahan pengoksida kepada tubuh badan dan agen kanser..
tapi...nk buat macam mana kan....makanan segera adalah salah satu trend zaman sekarang...ape yg boleh kita buat...kurangkan mengambil makanan segera ni...bukan bergantung terhadap makanan segera untuk hidup...
Kepada yg gemar mee segera...kalau anda masak sendiri kt rumah...dinasihatkan...rebus mee tersebut...kemudian basuh mee yg dah kembang tu...then rebus untuk kali kedua...air rebusan yg pertama tu jgn la di gunakan dalam masakan atau di buat kuah sup...atau...gi masak nasik la deyy....makan nk telur goreng sebijik+kicap...lagi masyuk...


Ingatla...badan kita adelah apa yg kita makan...kalau sedap kt tekak...tak semestinya sihat untuk badan..betoi dak???mungkin sekarang kita sihat walaupon dah 1 kontena mee segera kita hadap..tapi...untuk masa depan???esok???lusa???anda nak ke dengar dr bagitau..."maaf..anda mengidap kanser usus akibat mee segera"....mintak dijauhkan...so...tepuk dada...tepuk dahi...tepuk segala...jgn ikut selera...okew....


Renung-renungkan...




No comments:

Entry terkini...

LinkWithin