Followers

Friday, September 24, 2010

Sape nak hadiah free? =) [saye sukeeee................nk...nk....nk...]

tibe2 nk join GA yang di organize oleh Nadiafarahida 
jom tengok camne nak join GA ni...

Mula-mula

1. bt entry "Sape nak hadiah free? =)" 
and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog 
-sudah-
2. dan jgn lupe, letakkan gambar ni skali kat side bar blog 
dan link kan terus ke entry ni ye. 
-sudah-

3. mnjadi follower blog Nadiafarahida
-sudah-

4. tag 3 org blogger
lain dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!
anis_squidward


5. dan last sekali,
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan kat
kotak komen entry "Sape nk hadiah free? =)" Nadiafarahida

-Sudah-


Hadiah?
die cakap misteri...pastu die cakap boleh pileh..
memandangkan saye sedang gile nk DSLR
sila la berikan adiah canon EOS 7D

Thursday, September 23, 2010

AndaSuka...Menyertai KL Urbanite 1st Give Away contest..yeeaahhhh [harap menang la]

haloo geng...
penat berblog walk arini....terjumpe contest yg menarik ni pulak..ahahh...ape lagi...join la...pree je..nak gi tandas pon kene bayo..bek join contest pree...betoi dak..haha...mekasih kepada KL Urbanite

ni banner contest 

Apakah syarat untuk memasuki pertandingan ni?
1. Pastikan anda mempunyai blog
2. Follow KL Urbanite di Followers Section
3. Like KL Urbanite di Our Fan Club Section (Facebook)
4. Subscribe feeds KL Urbanite.


Bagaimana cara untuk menyertai dan menang contest ni?
Create satu entry di blog anda mengenai pertandingan ni dan pastikan dalam entry tersebut mempunyai URL ke website KL Urbanite . Kemudian tinggalkan komen penyertaan anda di bahagian komen di bawah.
Hadiah wang tunai RM100 akan diberikan kepada blog yang mempunyai JUMLAH REFERRALS YANG TERBANYAK sepanyak tempoh pertandingan diadakan. Bagaimana nak dapatkan jumlah referral yang terbanyak terpulang pada kreativiti anda. Mungkin anda boleh promote contest ni di blog anda, letakkan banner di blog anda atau create seberapa banyak link ke website KL Urbanite untuk menarik pengunjung anda ke blog KL Urbanite.
Sekiranya ada keputusan seri, pemenang akan ditentukan berdasarkan blog yang mempunyai JUMLAH PENGOMEN TERBANYAK di blog KL Urbanite. Pastikan anda juga menjadi pengomen tegar supaya anda tidak terlepas peluang untuk memenangi contest ni.
Disebabkan sambutan yang menggalakkan, TARIKH TUTUP pertandingan telah dilanjutkan sehingga 30 November 2010. Pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup contest dan semua keputusan adalah muktamad.

Hadiah
Tempat Pertama : Wang tunai RM100 (amek kau..seratos...cukop nak beli shell HX7 tuu)
Tempat Kedua : Wang tunai RM30 (minyak kete seminggu)
Tempat Ketiga : Wang tunai RM20 (dinner kt mamak seminggu)

okess....ape lagi...kepada sape2 yg berminat tu...boleh la join sekali yer...tolong promote organizer nampaks...hahahahha

AndaSuka...atau adekah AndaPercaye Saintis buktikan Nabi Musa belah laut!!

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah. 

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. 

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi 

Sumber : Kosmo!

P/s: ermmm....sains dalam islam...hanya Allah Maha mengatahui...sedangkan bulan pon boleh terbelah...ni kan plak laut...Subhannallah....

Wednesday, September 22, 2010

AndaSuka...main rebut-rebut pulakkkk....

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

AMPANG: Gara-gara berebut teman wanita, sekumpulan lima lelaki warga Afrika bergaduh menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara untuk meleraikan pergaduhan itu di Bandar Baru Ampang, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, semua lelaki Afrika terbabit tidak mengendahkan amaran polis supaya berhenti bergaduh menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan bagi menghentikan tindakan itu.



sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Abdul Jalil Hassan berkata, kejadian berlaku ketika semua suspek berada di sebuah restoran.

Menurutnya, kelima-lima mereka yang berasal dari Nigeria dan Cameroon bersahabat baik dan datang ke restoran berkenaan untuk minum bersama dua lagi wanita yang juga berasal dari Afrika.

Beliau berkata, selepas minum dan mabuk, mereka mula bertekak kerana mahu berebut wanita Afrika yang dibawa bersama.

Katanya, keadaan menjadi bertambah tegang apabila mereka mula bertumbuk dan memukul menggunakan kayu dan kerusi dalam restoran berkenaan. “Orang ramai termasuk pemilik restoran tidak berani masuk campur untuk menghentikan pergaduhan terbabit sebaliknya menghubungi polis.

“Polis tiba lima minit kemudian untuk meleraikan pergaduhan semua suspek terbabit,” katanya.

Namun, kehadiran polis tidak dihiraukan, malah mereka terus bergaduh menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan amaran ke udara untuk menyuraikan mereka.

“Selepas keadaan reda, polis menahan lima lelaki Afrika terbabit termasuk dua wanita yang menjadi punca pergaduhan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, dua daripada lelaki terbabit dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana cedera.

Katanya, semua suspek berusia 22 hingga 30 tahun kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.
Abdul Jalil berkata, berikutan itu, polis kini meningkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan Bandar Baru Ampang yang dikenal pasti sebagai tempat tumpuan warga Afrika berkumpul.


sekadar gambar hiasan

“Kami memandang serius insiden pergaduhan dan jenayah membabitkan warga Afrika. Kebanyakan mereka mengaku pelajar kolej,” katanya.

sumber : Harian metro

P/s : teringat slogan cerita Transformers “Their war. Our world” camtu la ibaratnye mereka ini...huhuhu...autobot...transformm....teeettt..teeettt....toottt...tottt...vroooooommmmmmmmmmm....hahahahaha

Tuesday, September 21, 2010

AndaSuka...Lawan orang jahat?? wacccaaa...waccaaa..

Seni mempertahankan diri Aikido


Aikido adalah salah satu seni mempertahan diri yang berasal dari Jepun yang dicipta oleh Morihei Ueshiba. Aikido diciptakan pada era modernisasi Jepun yang berlangsung sekitar tahun 1800an. Beladiri ini merupakan kombinasi dari ilmu pedang Kenjutsu dan Jujutsu yang juga merupakan bentuk seni bela diri tradisional Jepun. Pengaruh Kenjutsu boleh dilihat dalam pengaturan gerakan-gerakan atau langkah kaki. Sedangkan pengaruh jujutsu pula kelihatan dalam penggunaan teknik kuncian dan lemparan.


Berdasarkan terminologinya, Aikido dapat diterjemahkan:


  • AI, berarti penyelarasan, integrasi, atau harmoni




  • KI, berarti pusat energi hidup, spirit, dan




  • DO, yang bermakna jalan.



  • Aikido adalah jalan untuk membentuk kesatuan harmoni antara fisik, rohani dan fikiran.


    Seni mempertahankan diri ini dicipta dengan menekankan harmonisasi dan keselarasan antara ki (tenaga dalam) individu dengan ki alam semesta. Aikido juga menekankan pada prinsip kelembutan dan bagaimana untuk mengasihi serta membimbing lawan. Prinsip ini diterapkan pada gerakan-gerakannya yang tidak menangkis serangan lawan atau melawan kekuatan dengan kekuatan tetapi "mengarahkan" serangan lawan untuk kemudiannya menundukkan lawan tanpa ada niat untuk mencederai lawan. Berbeza dengan seni mempertahankan diri lain yang pada umumnya lebih mengutamakan pada latihan kekuatan fizikal dan stamina, Aikido mendasarkan latihannya lebih pada penguasaan diri dan kesempurnaan teknik. Teknik-teknik yang digunakan dalam Aikido kebanyakan berupa teknik elakan, kuncian, lemparan dan bantingan. Sementara teknik-teknik pukulan ataupun tendangan biasanya jarang digunakan. Falsafah-falsafah yang mendasari Aikido, iaitu kasih dan konsep mengenai ki inilah yang membuat Aikido menjadi suatu seni mempertahankan diri yang unik.


    Pola dasar gerakan Aikido adalah sirkular. Belajar Aikido adalah belajar tentang keseimbangan, mempelajari gerakan energi lawan, lantas membiarkan energi itu mengalir. Energi penyerang yang mengalir dalam bentuk apapun akan menimbulkan satu titik ketidakseimbangan. Ketidakseimbangan itu diubah pada satu titik konvergensi. Praktisi Aikido hanya menggunakan badan untuk proses itu, tidak membendungnya. Semakin besar energi serangan, semakin besar pula counter (pembalikan) serangan itu akan berbalik pada penyerangnya.

    Sebagai ilmu beladiri, Aikido adalah jenis beladiri untuk pertempuran cepat dan jarak dekat (close combat). Teknik-teknik Aikido ini banyak dipengaruhi oleh:


  • Teknik Bantingan Judo Kodokan Jigoro Kano




  • Teknik Kuncian Jujutsu gaya Sokaku Takeda (Bapak Jujutsu)




  • Teknik Pedang (Kenjutsu), dan




  • Teknik Toya berpedang/ straight spear (Yarijutsu)




  • Beladiri dari negeri matahari terbit ini bermula pada tradisi samurai, oleh sebab itu dalam latihan selalu dilakukan dalam posisi seiza (duduk bersimpuh dengan kedua kaki dilipat ke belakang)




    Sistem tingkatan yang harus dilalui oleh seorang pelajar aikido (digelar aikidoka) hampir sama dengan yang digunakan oleh seni bela diri asal Jepun lainnya, iaitu sistem Kyu untuk tingkat asas dan Dan untuk tingkat mahir. Secara ringkas, aikidoka baru (tingkat Kyu 6) hingga Kyu 4 menggunakan tanda berupa sabuk yang berwarna putih. Sementara aikidoka yang mencapai tingkatan Kyu 3 hingga 1 menggunakan sabuk berwarna coklat. Tingkatan selanjutnya adalah Dan, dan aikidoka yang berjaya mencapai tingkatan ini ditandai dengan sabuk yang berwarna hitam serta peralatan tambahan berupa celana panjang bernama Hakama. Celana seperti ini biasa dipakai oleh samurai-samurai pada zaman dahulu.

    sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Aikido
                  http://shizendojomalang.wordpress.com/2006/03/25/mengenal-seni-beladiri-aikido/

    p/s : ni gara-gara bace cite naruto la ni...huhuhu...kagebunshin no jutsu...piang...piang...piang...aku pon mengcopy diri menjadi lapan org..pastu, aku yg original balik umah tido...aku nye klon bleh dok lab sorang..gi part time job 4 orang..gi dating 2 orang [ahaksss] pi basuh kete sorang...hahahahha





    Monday, September 20, 2010

    AndaSuka...dapat Buffered Earnings..yaho000OOOOOOO

    chak....bukak je nuffnang....tekijot tengok ade BE...yeaayyyyy.......mekasehh encik nuffnang...bleh la letak banyak2 lagi ei...i lap u....hehehhee

    AndaSuka...Mencuba mane la tau ade rezeki!! [andasuka.com] hikhikhik

    huih....ngah blogwalking...tibe2 terjumpe contest ni...baikkk punye GA die mau kasih...free .com domain..
    terima kasih kepada encik Dayat wat contest yg sungguh hebat ini...hahaha walaupon tak tau sape menang lagi dah puji macam aku je yg menang...

    Banner contest:
    Link Contest:

    Domain:
    andasuka.com

    Tag:

    AndaSuka...sambut besday selepas 8bulan...hehehe..mekacehh sume..

    Salam Aidilfitri kepada sume blogers..

    lepas 1minggu lebey bercuti...harini rase malas sesangat sebab da kene masuk lab...padahal tak buat pape pon..releks2 je...belek2 facebook...jumpe pic sebelom raye aritu, kawan2 ni ajak kua makan...rupenye ade yg nak sambut besday secara berjamaah....beli 1 kek...tulis sume name kengkawan...hahaha...mekasih kepada kawan2 yang join dan membelanjakan duit untuk kek tersebut....walaupon besday aku bulan 1...takde hal la kalau korang nk sambut bulan 10 11 12 atau pon hari2...mekaseh saye ucapkan...i love u all...peeeewhiitttt.....

    kek besday berjemaah


    happy besday to paan, padel, pared n ryhan

    huhh..sedap

    haa...potong jgn tak potong

    ehh..macam kenal..



    haha...aku da letak racun kt kek yg aku suap tu..



    thanks to all


    Tuesday, September 7, 2010

    AndaSuka...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN

    KAD RAYA UNTUK ANDA SEMUA


    Dikesempatan ini, saya Fadhil Mohamad ingin mengucapkan

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

    kepada semua rakan Bloggers yang banyak memberi sokongan walaupon kita tidak pernah berjumpa apetah lagi makan semeja..Di harap Lebaran ini dapat merapatkan lagi hubungan siber antara kita semua..

    MAAF ZAHIR & BATIN

    serangkap pantun Banjar untuk sape yg paham

    Tulak kasakolah basango dodol
    Tahaga upeh diulah kurita
    Ramadhan talah Syawal mancungol
    Takurang talabih barilaan kita


    Monday, September 6, 2010

    AndaSuka...Lagi permain isu RACIST

    tengok la page nih

    klik untuk kembang

    admin untuk akaun ni tak tentu lagi cina...kemungkinan jugak melayu/india/mungkin juga indonesia...atau sape2 je la yang mempunyai perangai khinzir aka BABI ni...
    motif die tak lain...permainkan isu racist...ade agenda yang tersembunyi untuk kepentingan sesebuah pihak rasenye ni...papepun...aku harap...admin akaun facebook ni kene tangkap polis...kalau tak pon mati kene sondol babi je...


    Friday, September 3, 2010

    AndaSuka...jgn permainkan isu Racist dan hina agama..sial kau Katy Lim Li Lian

    Harini banyak isu2 panas yg aku bace dalam paper dan juga beberapa blog...
    ape yg kita perlu buat?????MARAH????setan lagi la suka...so, ape sepatutnye kita perlu buat...komen skett...


    Gempur buat laporan polis perbuatan hina Allah dalam Facebook

    2010/09/03

    PUTRAJAYA: Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang wanita dikenali Katy Lim Li Lian yang didakwa menghina Allah melalui laman Facebook.
    Presiden Gempur Mohd Hisamudin Yahya berkata, laporan itu, yang dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya pada 10.30 pagi tadi, adalah satu langkah awal untuk mengingatkan semua kaum di negara ini agar sentiasa menjaga sensitiviti kaum lain.




    "Gempur mendesak polis segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas Katy Lim Li Lian terhadap perbuatannya yang telah menghina Allah, agama Islam dan seluruh masyarakat Islam," katanya.-Bernama


    -myMetro online-


    klick untuk besarkan 


    jgn la kite tergolong dengan manusia jenis camni.....aminnnn

    lihatlah kebesaranNya

    Wednesday, September 1, 2010

    AndaSuka...info tentang baik dan buruk...meh la bace!!!

    LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG
    BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN


    1) Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
    2) Mandi setelah makan.
    3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
    4) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
    5) Berjaga malam selain dari qiamullail. (seperti maen game/gayot/lepak kt mamak)
    6) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

    FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN :

    1) Memakan daging.
    2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
    3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
    4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
    5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
    6) Memakan makanan yang agak manis. (manis buah-buahan yer,manis gula tu penyakit je)

    FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT :

    1) Bercakap banyak. (kurangkan ngumpat/mengata/mengeji)
    2) Tidur banyak.
    3) Makan banyak.
    4) Banyak jimak.

    4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN :

    1) Banyak jimak.
    2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
    3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
    4) Banyak memakan makanan yang serba masam.

    SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT :

    1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(masak).
    2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

    BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL :

    1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
    2) Sentiasa bersugi.
    3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

    MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,MAKANLAH,
    JANGAN DIBUANG


    Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan
    badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ia tidak
    beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah
    saudara atau sahabat syaitan.



    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN
    DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN :


    1) Melihat pekara-pekara yang haram.
    2) Melancap. (beronani la..ni sape yg tulis tak tapis2 ni)
    3) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi. (haha..ade ke yg buat ni)
    4) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
    5) Tidak membaca Al-Quran.
    6) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
    7) Mengumpat dan mengata.
    dirol.gif terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya. (ahaksss)
    9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
    10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
    11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


    LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN :

    1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
    2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
    3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

    SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN
    SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :


    1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
    2) Selepas berjimak.
    3) selepas makan atau sebelumnya.
    4) Ketika sedang makan.
    5) Selepas memakan buah-buahan.
    6) Selepas keluar dari bilik mandi.
    7) Ketika terjaga dari tidur.

    CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W :

    1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan
    keadaan berwuduk.
    2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan
    bersembahyang tahajjud.
    3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
    4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya
    tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.
    Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

    WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR :

    1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
    2) Selepas masuk waktu Asar.
    3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.

    BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI :

    Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
    1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
    2) Merosakkan warna kulit.
    3) Melemahkan jantung.
    4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
    5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
    6) Melemahkan kecerdasaan akal.

    CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR :

    1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
    2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
    3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
    4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari
    tidur.
    5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
    6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

    PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN
    TUA :


    1) Banyak melakukan jimak.
    2) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
    3) Banyak minum air di waktu pagi.
    4) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

    SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG :

    1) Merokok yang berterusan.
    2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
    3) Kurang tidur.
    4) Sentiasa mandi di tengah malam.
    5) Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
    6) Melakukan kerja secara berterusan.

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN :

    1) Melihat kepada benda-benda kotor.
    2) Melihat kepada palang +/salib. (laa...yeke)
    3) melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
    4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
    5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
    6) Banyak menangis.

    Entry terkini...

    LinkWithin