Cuka epal telah diketahui sejak berabad dahulu sebagai minuman yang dapat memberikan rasa ketenangan dan membantu mempertingkatkan kesihatan tubuh badan . Sejak 400 tahun sebelum masihi, Hippocrates dikenali sebagai bapa ubat moden telah menggunakan cuka campuran madu sebagai satu ubat tenaga dan eliksir penyembuhan. Baru-baru ini, faedah kesihatan cuka epal telah dinaik taraf oleh banyak pengarang-pengarang terkenal seperti Dr Jarvis, Paul C bragg dan Patricia Bragg. DC Jarvis, doktor dari Vermont, menyatakan cuka epal ialah satu ubat yang dibuat di rumah dan mendapat nama dikalangan masyarakat Vermonters.
Cuka epal sebenarnya mengandungi lebih dari 30 nutrient, 12 jenis galian dan lebih dari 6 jenis vitamin, asid dan enzim. Penemuan semulajadi yang diproses banyak memberi kebaikan terutama kepada kesihatan manusia. Ia mengandungi banyak faedah, antaranya meningkatkan metabolisma badan, membersihkan buah pinggang, mencegah osteoporosis, menghilangkan gangguan tekak, sembelit dan kemurungan. Selain itu ia juga membantu melambatkan proses penuaan, cuka epal dikatakan mampu memecahkan pembentukan kolesterol dalam saluran darah. Kandungan anti oksidannya yang tinggi merupakan agen utama yang memusnahkan radikal bebas punca utama faktor penuaan manusia.
Khasiat cuka epal lebih ketara apabila diambil sebelum makan 2 kali sehari. Pengambilan dalam jangka masa tertentu juga membantu memberi tenaga, kecerdasan serta meredakan tekanan dan boleh membantu menguatkan sistem penghadaman yang secara langsung membantu memberi berat ideal kepada inidividu yang mengamalkannya.
Rasa cuka yang masam tidak mudah diterima oleh ramai orang. Tetapi, cuka buah-buahan terutamanya cuka epal tulen yang dicampur dengan madu asli akan dapat menghasilkan minuman penjaga kesihatan dan memelihara kecantikan. (Metro ,12 oktober 2010 )
**************************************************************************************************
Sebenarnya badan kita berfungsi paling optimum apabila pH darah berada dalam keadaan sedikit alkali, iaitu diantara pH 7.35 dan 7.45. tetapi akibat pemakanan yang kita ambil, tekanan, kurang senaman dan pencemaran, kebanyakan orang mempunyai darah yang sedikit berasid. Badan berasid juga diakibatkan diet yang kaya dengan daging atau karbohidrat terproses dan rendah serat.
Jika anda sukar mengurangkan berat badan dibanding orang lain, badan anda mungkin berada dalam keadaan asidik yang tinggi. Apabila badan anda berasid, ia akan secara semulajadi melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya - termasuk untuk menyimpan air dan lemak berdekatan dengan organ badan untuk melindunginya dari asid.
Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma untuk menyingkir lemak terkumpul pada badan anda.
No comments:
Post a Comment